Ahad, 23 Januari 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


"Tiba-tiba rasa badan terbakar"

Posted:

"Tiba-tiba rasa badan terbakar"

"Tiba-tiba rasa badan terbakar"

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my


MUHAMAD HAIRUMAN menerima kunjungan bekas rakan
kolejnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang semalam.


KLANG - "Tiba-tiba saya rasa seluruh badan terbakar sebelum terpelanting jauh dalam kebun kelapa sawit."

Itu detik-detik yang masih diingati oleh mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhamad Hairuman Miskon, 22, yang buat pertama kali ditemu ramah selepas insiden ngeri yang berlaku kepadanya pada 26 November tahun lalu.

Menurut Muhamad Hairuman, dia sudah mengait lima hingga enam pokok kelapa sawit dan ketika mengait pokok yang seterusnya, dia tidak perasan kabel elektrik di kawasan berkenaan.

Lagi pun, katanya, ini bukan kali pertama dia pergi ke kebun kelapa sawit rakannya yang terletak di Kampung Masjid Baruh, Tanjung Karang itu.

Sebelum ini dia sudah empat kali mengait sawit di kebun itu.

Dia juga mengakui sudah biasa melakukan kerja-kerja mengait dan mengutip buah kelapa sawit bagi menambah sumber pendapatan bersama abangnya, Muhamad Firdaus, 24.

"Selama ini, itulah kerja-kerja kami bagi mencari wang kepada keluarga terutama bagi menyara seorang kakak kami yang mempunyai masalah kesihatan," ceritanya.

Menurutnya, selepas tamat kolej dua tahun lalu, dia selalu mengambil upah melakukan kerja-kerja pendawaian dan pernah terkena kejutan elektrik tetapi kejadian di kebun kelapa sawit tahun lalu itu merupakan yang terburuk.

"Sampai sekarang saya masih rasa panas dan kerap minum air sebab selalu rasa dahaga,'' katanya lagi.

Muhamad Hairuman sudah mula menunjukkan perubahan positif apabila sudah boleh bercakap dan melemparkan senyuman kepada setiap pelawat termasuk bekas rakan-rakannya yang menziarahinya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Lelaki parah dipijak gajah naik minyak

Posted:

Lelaki parah dipijak gajah naik minyak

Lelaki parah dipijak gajah naik minyak

Oleh KHAIRI MOHAMAD
dan SHAMSUL BAHARI MOHAMED
berita@kosmo.com.my


BERNARDUS NGONGO NARU menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu semalam.


KUALA KRAI - Seorang pengawal keselamatan ladang Fokus Bonanza Sdn. Bhd., dekat Dabong di sini kini kritikal akibat dilibas dan dipijak oleh seekor gajah liar seberat lima tan dalam satu kejadian awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, Bernardus Ngongo Naru, 24, cedera parah di bahagian rusuk dipercayai akibat dilibas gajah tersebut sehingga tercampak ke dalam parit berdekatan sebelum dipijak.

Berikutan itu, mangsa yang berasal dari Sumbar, Indonesia dibawa ke sebuah klinik di Dabong sebelum dibawa ke Hospital Kuala Krai.

Bagaimanapun, disebabkan kecederaannya yang sangat parah, dia dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu pada pukul 5 petang semalam.

Rakan mangsa, Mohd. Nor Rahim, 21, terselamat dalam serangan itu.

Menurut Mohd. Nor, kejadian berlaku ketika mereka mengawal ladang berkenaan di satu kawasan berbukit dalam suasana gelap gelita.

"Ketika menyuluh kawasan dengan lampu, kami tiba-tiba tersuluh gajah berkenaan menyebabkan kami terus melarikan diri.

"Dalam keadaan terkejut itu saya berjaya menyeberangi parit berdekatan tetapi rakan saya tertinggal di belakang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

ADUN BN akan menentang

Posted:

ADUN BN akan menentang

ADUN BN akan menentang

Oleh MEGAT RAMLI
MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my



SHAH ALAM – Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) Selangor mengambil bahagian dalam sesi perbahasan draf pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 pada sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang djadual berlangsung hari ini.

Ketua Pembangkang negeri merangkap ADUN Seri Serdang, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman (gambar kecil) akan mengetuai perbahasan itu.

Mohamad Satim berkata, wakil rakyat BN yang lain pula bertindak sebagai pembantu untuk berbahas dan menentang pindaan tersebut.

"Masing-masing telah diminta supaya aktif dalam menyuarakan pandangan kita sebagai BN kerana undang-undang yang sedia ada sebenarnya tiada cacat cela.

"Kita akan mempertikaikan kenapa perkara ini menjadi satu isu besar kerana daripada segi draf pindaan undang-undang yang dilihat, ia bukan mengembalikan kuasa Sultan cuma nak memberi kuasa nasihat kepada Menteri Besar dan bermakna dia lebih berkuasa daripada Sultan," katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan