Utusan Online - Rencana |
| Posted: Strategi membangun belia
SEJAK kebelakangan ini, belia negara kita dilanda pelbagai krisis moral dan nilai sehingga menimbulkan perasaan pesimis di kalangan masyarakat terhadap kewibawaan mereka untuk memacu pembangunan negara pada masa hadapan. Kebimbangan yang disuarakan itu memang mempunyai asas kerana krisis berkenaan sekiranya tidak diperbaiki dengan segera akan menyebabkan generasi pewaris negara menjadi beban masyarakat dan bukannya aset seperti yang diharapkan. Dalam satu wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia, NIZAM YATIM baru-baru ini, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), DATUK IRMOHIZAM IBRAHIM (gambar) menegaskan bahawa masih terdapat harapan untuk menyelesaikan segala permasalahan yang wujud itu supaya belia dapat memberikan sumbangan berguna kepada masyarakat. UTUSAN: Tahniah kerana telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Belia ASEAN 2010 di Manila, Filipina pada Disember lalu? IRMOHIZAM: Sebenarnya anugerah ini merupakan pengiktirafan oleh Sekretariat ASEAN terhadap sumbangan pemimpin belia ke arah pembangunan generasi muda dan masyarakat di Asia Tenggara serta negara di mana pemimpin berkenaan berasal. Saya menganggap pengiktirafan yang diberikan ini adalah milik seluruh belia di Malaysia. Saya berazam untuk menjadikan anugerah ini sebagai landasan untuk mengeratkan hubungan belia di negara-negara ASEAN. Anugerah ini akan menguatkan lagi azam saya untuk mempromosikan gagasan 1Malaysia di samping membela nasib belia yang tercicir supaya mereka dapat meningkatkan taraf ekonomi masing-masing. Saya juga berharap pengiktirafan ini akan memberi galakan kepada generasi muda Malaysia untuk terlibat dalam pertubuhan dan aktiviti belia. Mereka bukan sahaja harus cemerlang sebagai pemimpin pertubuhan belia di peringkat tempatan, malah perlu bersedia bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa. Wujud kebimbangan bahawa krisis moral dan nilai yang dihadapi belia sekarang gagal ditangani dengan berkesan? Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp | ||
| Iran potong subsidi minyak, elektrik Posted: Iran potong subsidi minyak, elektrikSusunan ROHANI IBRAHIM
Pelan Iran untuk menjimatkan wang dengan memotong sebahagian besar subsidi untuk minyak, elektrik dan bahan asas makanan menerima reaksi di luar jangkaan. Ramai warga Iran diancam akan ditangkap jika mengadu. Justeru, mereka cuba sedaya upaya untuk berdiam dan menyesuaikan diri dengan kos hidup seharian yang semakin meningkat. Sejak penghapusan subsidi pertama yang diperkenalkan pada 20 Disember, penggunaan gasolin turun sebanyak 14 peratus menjelang 14 Januari, kata Menteri Minyak, Seyed Masound Mir Kazemi. Pihak berkuasa tenaga pula menyatakan, penggunaan gas isi rumah turun sebanyak lima peratus. Pengguna pengangkutan awam pula meningkat sehingga hampir 20 peratus sejak harga gasolin dinaikkan daripada 1,000 rial seliter kepada 4,000 rial seliter, menurut pegawai di Kementerian Pengangkutan. Tambang untuk bas-bas dan laluan bawah tanah di Teheran meningkat sebanyak 20 peratus. Pihak berkuasa bersedia untuk menghadapi reaksi yang lebih agresif. Pemotongan subsidi yang pertama itu hanya diperkenalkan selepas beberapa penangguhan oleh anggota Parlimen yang bimbangkan tindakan ganas masyarakat awam. Pihak media dikenakan sekatan dan anggota pasukan keselamatan turut ditambah di kota untuk membendung tunjuk perasaan oleh mereka yang tidak berpuas hati. Kerajaan turut memperkenalkan gaji sebanyak $40 Amerika Syarikat (AS) RM122 sebulan bagi meringankan beban yang ditanggung. Kerajaan turut mengancam untuk mengenakan hukuman keras ke atas peniaga yang meningkatkan harga barangan demi menampung kos hidup yang semakin meningkat dan menambah beban pengguna. Rasa bimbang mengenai reaksi ganas tetap ada. Pada Rabu lalu, pihak berkuasa menaikkan had jumlah gasolin bersubsidi yang boleh dibeli oleh pemandu selain menghapuskan had diesel bersubsidi yang digunakan oleh trak dan bas. Diesel yang merupakan bahan api utama dalam ekonomi Iran masih 837 peratus lebih mahal hari ini berbanding pada 19 Disember lalu. Penganalisa berkata, pendekatan Iran menguruskan pelan berkenaan boleh dijadikan contoh untuk seluruh rantau. Negara-negara lain yang kaya dengan minyak dan menyediakan subsidi yang tinggi di Asia Barat termasuk Arab Saudi kini berdepan dengan rasa bimbang. Ini kerana mereka perlu menyeimbangkan kesan jangka panjang ekonomi dan sumber serta ancaman ketidakstabilan politik. ''Lambat laun kesemua negara-negara ini perlu menghentikan subsidi masing-masing. Mereka (negara lain) boleh melaksanakannya secara perlahan, namun apa yang membuatkan Iran melakukannya dengan segera adalah tekanan fiskal," kata Nader Habibi, seorang profesor ekonomi di Brandeis University, Boston. Beberapa penduduk Teheran yang ditanya mengenai perubahan tersebut menyuarakan rasa bimbang sama ada mereka berupaya menyesuaikan diri apabila pemotongan subsidi secara penuh dilaksanakan. Pengguna menyedari bahawa kos bekalan elektrik yang mereka gunakan kini adalah lebih tinggi, namun mereka cuma akan menerima bil elektrik pada bulan Februari ini. Biarpun semua orang melahirkan rasa bimbang dan mengeluh, tidak ada sebarang bantahan atau demonstrasi diadakan. Pemimpin pembangkang, Mir Hossein Mousavi dan Mehdi Karroubi menerima potongan subsidi berkenaan sebagai keperluan ekonomi. Walau bagaimanapun mereka tetap mempertikai masa yang dipilih oleh kerajaan untuk melaksanakannya. Setiap individu dan keluarga kini mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kos isi rumah. Seorang ibu tiga anak, Minou Razazi, 33, menjelaskan keluarganya mengurangkan penggunaan pelbagai peralatan elektrik seperti ketuhar gelombang mikro, pengering rambut dan memilih untuk menggunakan lampu jimat tenaga. Razazi meramalkan bil elektriknya akan tetap meningkat 10 kali ganda berbanding sebelumnya. Beberapa keluarga lain pula mengakui mereka menyimpan bahan makanan seperti beras, kacang dan daging. Ia satu pendekatan yang memberikan masalah kepada golongan peniaga. Iran sebelum ini mempunyai pelan subsidi terbaik di kalangan negara-negara yang kaya dengan minyak. Ia meliputi sehingga 80 peratus daripada kos tenaga dan barangan keperluan asas. Ini mendorong kepada keadaan yang disifatkan oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) sebagai salah satu pembaziran paling tinggi dalam penggunaan tenaga di dunia. Sekatan antarabangsa bagi memaksa Iran untuk berkompromi berhubung program nuklearnya serta masalah pentadbiran dalam kerajaan menambahkan tekanan ekonomi di Iran yang juga mengalami masalah inflasi dan pengangguran. Pelan yang dipanggil Pelan Subsidi Pintar, ditakrif oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad menggariskan penghapusan subsidi dalam tempoh lima tahun. Kerajaan mendakwa potongan berkenaan yang turut disokong oleh IMF dan Bank Dunia akan menjimatkan $100 bilion AS (RM305 bilion) setahun. Kesan penuh pelan berkenaan ke atas ekonomi Iran masih belum dilihat. Industri yang bergantung kepada tenaga dan perniagaan bersubsidi dihalang daripada menaikkan harga bagi menampung kenaikan ekoran pemotongan awal subsidi yang dikenakan pada Disember lalu. Pihak kesatuan berkata, sektor pengangkutan yang menggunakan diesel sebagai bahan api berhadapan dengan risiko. Pihak berkuasa membenarkan pemilik trak menaikkan caj sehingga 15 peratus tetapi menghalang mereka menaikkan lagi caj untuk menampung kenaikan kos, biarpun harga diesel pada hari ini adalah 837 peratus lebih tinggi berbanding sebelumnya. Seorang pemandu trak Jamshid Nourani, 60, mengeluh mengenai kerugian yang dialami ekoran kenaikan kos. Pemandu kargo hanya dibenarkan menaikkan caj sebanyak 15 peratus. Tidak boleh lebih. ''Perniagaan saya pasti akan berkubur secara perlahan satu hari nanti," katanya. - The Wall Street Journal, 21-23 Januari 2011 |
| You are subscribed to email updates from Utusan Online - Rencana To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan