Harian Metro: Setempat |
| Posted: 23 Jan 2011 10:24 AM PST KUALA LUMPUR: Taktik menggunakan warga tempatan bagi mendapatkan lesen perniagaan dikesan dilakukan peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan di negara ini. Menurut peniaga warga asing dikenali sebagai Wak, 40-an, yang menjalankan perniagaan kedai runcit sejak enam tahun lalu, tindakan itu dilakukan bagi mengaburi mata pihak berkuasa serta mengelakkan kedai diserbu ketika operasi dijalankan.
"Namun, ada juga peniaga kedai runcit, warung makan dan kedai jamu menggunakan nama warga tempatan dan mendakwa hanya pekerja sedangkan perniagaan itu milik mereka," katanya ketika mendedahkan perkara itu.
Mengaku tidak berkemampuan memiliki unit perniagaan itu, namun kerana desakan hidup di negara orang, dia sanggup mengambil risiko mengubahsuai kediaman yang disewanya untuk dijadikan warung makanan bagi pelanggan senegaranya.
"Kita sedar warga tempatan mengubahsuai kediaman dan menyewakannya kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan. Jika amaran tidak diendahkan, tindakan mengikut peruntukan Seksyen 70(12), Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133) akan dikenakan dan boleh didenda mencecah RM12,500.
|
| Posted: 23 Jan 2011 10:23 AM PST KUALA LUMPUR: "Hanya satu perkara terlintas di fikiran saya apabila melihat kenderaan mewah seperti Ferrari, Lotus, Audi dan BMW iaitu kenderaan untuk mereka yang kaya raya," kata salah seorang peserta program Millionaire Mind Power (MMP) Advance, NorAzura Mohd Radzi, 36. NorAzura adalah antara 40 peserta program MMP Advance yang turut serta dalam lawatan ke bilik pameran Naza Motors yang diadakan di sini, kelmarin. Hadir sama dalam lawatan itu, Pengasas MMP, Profesor Datuk Dr Ibrahim Ahmad dan Penasihatnya, Datin Ira Ghani.
"Namun, semuanya berubah sebaik saja menyertai program MMP sejak Jun 2010 lalu. Segala ilmu yang diperoleh membuatkan saya lebih yakin dan tidak mudah memandang rendah pada diri sendiri.
Menurutnya, lawatan itu bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan mengenai dunia kemewahan dan kekayaan sebenar serta merasai sendiri aura jutawan. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan