Harian Metro: Mutakhir |
| Polis Melaka cari remaja 17 tahun bantu siasatan tiga sahabat mati dibunuh Posted: 23 Jan 2011 03:56 AM PST MELAKA: Polis Melaka kini menjejaki seorang remaja, Lee Jun Hon @ Ah Hon, 17, bagi membantu siasatan kes tiga sahabat yang ditemui mati dengan kesan tikaman dan tetakan di badan di Kampung Solok, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, pada Jumaat lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata remaja lelaki itu yang berasal dari Lubok Cina di sini, adalah sumber penting dalam siasatan kes berkenaan.
Dalam kejadian itu, Lan Ee Shen, 20, Chong Sang Keong, 17, dan Tai Chi Yong, 18, maut dengan kesan tikaman di badan dan lengan, dipercayai kerana pergaduhan antara dua kumpulan.
Katanya, sehingga kini enam orang yang berusia antara 17 dan 37 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan.
|
| Lima rumah kedai hangus dalam kebakaran awal pagi di Lebuh Pantau P.Pinang Posted: 23 Jan 2011 02:37 AM PST GEORGETOWN: Lima rumah kedai yang terletak kira-kira 100 meter dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai di sini hangus dalam satu kebakaran awal pagi ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Mohd Razam Taja Rahim berkata bomba pada mulanya menghadapi kesukaran untuk memadam kebakaran pada kira-kira pukul 1 pagi itu disebabkan struktur binaan bangunan yang terlalu rapat dan kebanyakan unitnya terkunci semasa kejadian.
Bagaimanapun, menurutnya tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal api daripada terus merebak ke bangunan lain di sekitar kawasan berhampiran yang kebanyakannya diperbuat daripada kayu.
Katanya, api padam sepenuhnya pada kira-kira jam 5 pagi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan. - Bernama |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan