Selasa, 25 Januari 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Mastika teman istimewa Suriyati

Posted:

Mastika teman istimewa Suriyati

Mastika teman istimewa Suriyati

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Suriyati Muhammad menunjukkan cerpen bertajuk Doa Untuk Kak Ani yang dihasilkannya dan disiarkan dalam Mastika.


KOTA BHARU 24 Jan. - Sesiapa saja yang melangkah masuk ke ruang tamu rumah Suriyati Muhammad, 41, di Kampung Tini, Pasir Hor dekat sini, mesti terpegun melihat susunan ribuan buku-buku kecil yang disusun kemas dalam sebuah almari.

Koleksi ribuan buku-buku kecil itu pasti menimbulkan tanda tanya kepada tetamu yang berkunjung ke rumah tersebut.

Sudah pasti mereka bertanya buku apa dan kenapa pemiliknya begitu berminat untuk menyimpan buku-buku berkenaan?

Apabila diamati, ia sebenarnya bukan sembarangan buku kecil, sebaliknya ribuan buku yang tersusun rapi itu adalah majalah Mastika keluaran Utusan Karya Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan Utusan.

Setelah diperhatikan kepada tarikh buku-buku tersebut pula, barulah diketahui bahawa ribuan majalah Mastika itu merupakan koleksi istimewa bagi Suriyati sejak 1997 lagi.

Kini, bekas guru tadika itu menjadikan majalah tersebut sebagai 'teman istimewanya' untuk mengisi masa terluang, berbanding ratusan majalah lain yang wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan di pasaran.

Menurut Suriyati, minatnya terhadap Mastika sebenarnya tercetus ketika mula-mula menatap majalah tersebut semasa dia berusia 15 tahun iaitu selepas meminjamnya daripada seorang rakan.

Perkenalan sulung itu kemudiannya mencetuskan 'bibit-bibit cinta' selepas tertarik dengan satu cerpen yang dipaparkan dalam majalah berkenaan tetapi tidak serius untuk menjadikannya koleksi sehinggalah dia mencecah usia 28 tahun.

"Cerpen itu masih saya ingat tajuknya iaitu Melihat Syurga dan Neraka Sewaktu Koma, mengisahkan tentang seorang lelaki yang banyak melakukan perbuatan keji di sisi Allah S.W.T seperti meminum arak, merogol dan menipu.

"Namun, selepas itu lelaki berkenaan terlibat dalam satu kemalangan sehingga mengalami kecederaan parah yang amat serius di kepala dan seluruh badan.

"Dia koma beberapa bulan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital dan pada satu masa lelaki terbabit telah didatangi mimpi mengenai alam syurga dan neraka serta azab yang akan diterimanya jika tidak bertaubat," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini baru-baru ini.

Tambah Suriyati yang masih segar mengingati cerita tersebut, namun usia lelaki itu masih panjang dan dia insaf atas segala apa yang dilihatnya dalam mimpi sehingga terbuka hatinya untuk bertaubat.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, isi kandungan cerpen tersebut yang benar-benar mengusik jiwa, turut menarik minatnya untuk terus mendapatkan majalah Mastika bagi setiap keluaran.

Berikut itu, dia sanggup menyimpan sebahagian wang belanja sekolah semata-mata untuk membeli majalah kecil tersebut yang ketika itu berharga RM3.50 senaskah.

Kata Suriyati, sungguhpun ada pandangan negatif daripada rakan-rakannya mengenai cerita-cerita yang dipaparkan dalam Mastika, dia tidak mempedulikan kritikan itu.

"Mastika banyak menyedarkan saya tentang apa yang berlaku di sekeliling. Paparan kisah masyarakat sama ada disedari atau tidak, semuanya berada di situ. Masing-masing ada pengajaran tersendiri," ujarnya.

Disebabkan minat mendalam terhadap Mastika jugalah, Suriyati yang berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) turut terikut-ikut dengan lenggok atau gaya penulisan majalah tersebut dan secara kebetulan membangkitkan minatnya untuk menceburi bidang penulisan cerpen dan sebagainya.

Lebih menarik, ada nukilannya turut dimuatkan dalam majalah Mastika seperti Tragedi Siti Mastika dan Doa Untuk Kak Ani, mengisahkan realiti kehidupan masyarakat di sekelilingnya pada Oktober lalu.

"Saya tidak kisah kalau ada orang yang memperkecil-kecilkan bakat saya. Sebabnya saya tahu kemampuan sebenar diri dan niat saya cuma satu, berkongsi kepada pembaca Mastika semua," katanya.

Kewujudan ribuan majalah Mastika itu sebenarnya turut mencuri hati tetamu yang berkunjung ke rumah Suriyati sehingga ada yang sanggup meminjam untuk ditelaah di rumah masing-masing ketika waktu senggang.

"Banyak juga naskhah Mastika yang disimpan hilang begitu saja akibat dipinjamkan kepada rakan terdekat dan tidak dikembalikan semula," akui Suriyati.

Keadaan itu menyebabkan wanita tersebut tidak lagi terlalu bermurah hati apabila ada yang ingin meminjam koleksinya itu kerana bimbang lebih banyak lagi akan hilang dari almarinya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

UMT jadi pusat R&D arowana

Posted:

UMT jadi pusat R&D arowana

UMT jadi pusat R&D arowana

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my


Aziz Deraman (tiga dari kiri) menandatangani memorandum persefahaman dengan pengusaha ikan arowana terkemuka negara, Bukit Merah Arowana Village Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Law Cheing Kiat di UMT, Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 24 Jan. - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bakal menjadi pusat rujukan bagi penyelidikan dan pembangunan industri ternakan ikan arowana di negara ini menerusi kerjasama dengan Bukit Merah Arowana Village Sdn. Bhd. (BMAV).

Satu memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara UMT dengan syarikat pengusaha ikan arowana itu baru-baru ini bagi membolehkan UMT menggunakan pusat penetasan BMAV di Gunung Semanggol, Perak sebagai pusat penyelidikan dan latihan industri.

Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman menyifatkan kerjasama itu sebagai usaha memulihara dan mengembangkan khazanah yang tinggi nilainya.

"Ia dapat mendedahkan para pegawai serta penyelidik dengan membawa kepakaran industri sebenar ke dalam universiti melibatkan kerjasama pintar di antara syarikat tempatan itu," ujarnya selepas majlis berkenaan.

UMT diwakili Aziz sendiri manakala BMAV diwakili oleh Pengarah Urusan, Law Cheing Kiat.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Prof. Dr. Noor Azhar Mohamed Shazili dan dekan-dekan serta para pegawai universiti berkenaan.

Aziz menambah, usaha sama itu membolehkan kedua-dua pihak menyelidik spesies baru serta masalah-masalah dalam pembiakan ikan berkenaan.

Katanya, BMAV telah memberi sumbangan RM35,000 bagi tujuan penyelidikan merangkumi kajian ketahanan arowana terhadap penyakit, penentuan jantina dan jenis ikan, penghasilan spesies baru serta pembiakan arowana induk dan kajian habitat ikan berkenaan.

Beliau yakin UMT mampu mengukuhkan salah satu peranannya sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang penyelidikan akuakultur apabila menjadi pusat rujukan penyelidikan ikan hiasan itu.

Jelasnya, sebelum ini UMT telah bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyelidik ikan air tawar iaitu kelah, selain turut mempunyai pusat penyelidikan di Tasik Kenyir.

"Kita memang berharap universiti ini dapat menghasilkan pelbagai penemuan baru dalam penyelidikan yang dilaksanakan agar kejayaannya dapat dikongsi bersama terutama dalam industri bernilai tinggi.

"Saya dimaklumkan bahawa ada kira-kira 80 pengusaha ikan arowana yang terdapat di sekitar Gunung Semanggol.

"Jadi, penyelidikan tentang ikan ini amat diperlukan dan kita rasa bertuah dapat menjadi sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam industri ini," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

11 ditahan, dadah RM150,000 dirampas

Posted:

11 ditahan, dadah RM150,000 dirampas

11 ditahan, dadah RM150,000 dirampas


Roslan Abd. Wahid (tiga dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas di IPK Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 24 Jan. - Polis Terengganu menahan 11 lelaki dan merampas beberapa jenis dadah termasuk pil kuda bernilai kira-kira RM154,000 dalam lima serbuan berasingan sepanjang lima hari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, polis turut menyita beberapa aset milik suspek yang dipercayai pengedar bernilai RM70,124.

Katanya, dalam kes pertama Rabu lalu, dua lelaki ditahan di Kampung Durian Kasim, Hulu Terengganu kerana memiliki 1,940 pil kuda yang dianggarkan bernilai RM67,900.

"Kedua-dua suspek berasal dari Kampung Durian Guling, Marang. Suspek pertama yang berusia 28 tahun merupakan penganggur manakala seorang lagi berusia 19 tahun bekerja sebagai pencuci kereta.

"Polis menyita sebuah kereta jenis Proton Perdana bernilai RM26,000, barang kemas bernilai RM600 serta wang di bank sebanyak RM41,364 di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB)(Perlucuthakan Harta) 1988," katanya dalam satu sidang akhbar di sini.

Jelas Roslan, pada hari yang sama polis turut menahan seorang lelaki di Kampung Pengadang Baru, Jalan Gelugor dekat sini dan merampas 2,000 pil kuda bernilai RM70,000.

"Jika sabit kesalahan, suspek yang berusia 29 tahun dan bekerja sebagai juruelektrik itu boleh didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati," ujar beliau.

Roslan memberitahu, pada Jumaat lalu pula, polis menahan seorang kontraktor yang merupakan penagih berusia 57 tahun di Kampung Banggol Air Lilih dan menemui tiga botol kecil heroin bernilai RM4,500.

Katanya, suspek akan disiasat di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup atau 10 sebatan.

"Pada hari yang sama, seorang pengusaha bengkel motosikal berusia 27 tahun di Seberang Takir ditahan kerana memiliki heroin dianggarkan seberat 14 gram bernilai RM6,000.

"Dia juga akan disiasat di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Tambah Roslan, awal pagi ini pula pihaknya menahan enam lelaki berusia antara 28 hingga 39 tahun di Kampung Alor Jambu, Gong Badak kerana diuji positif dadah jenis morfin serta memiliki enam biji pil kuda yang bernilai RM35 setiap satu serta heroin seberat 14 gram dianggarkan bernilai RM6,000.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan