Sabtu, 1 Januari 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Elak cicir: PPD pantau pelajar miskin

Posted:

Elak cicir: PPD pantau pelajar miskin

Elak cicir: PPD pantau pelajar miskin

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my


Sebahagian daripada 60 pelajar pendidikan khas yang menerima sumbangan beg dan peralatan sekolah bersama warga pendidik di Pejabat Pelajaran Daerah di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 31 Dis. - Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Bharu akan memantau pelajar-pelajar miskin di daerah ini bagi memastikan mereka tidak tercicir pada sesi persekolahan bermula Isnin ini.

Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu, Che Ab. Aziz Daud berkata, banyak bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Pusat untuk pelajar berkenaan bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada alam persekolahan.

Menurutnya, sesetengah bantuan itu yang disalur terus kepada pelajar terbabit mampu mengatasi beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa mereka dalam menyediakan keperluan persekolahan.

"Sewajarnya ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka bersekolah dan tidak menjadikan masalah kemiskinan hidup sebagai alasan untuk tidak meneruskan persekolahan," katanya.

Beliau berucap merasmikan majlis penyampaian beg dan peralatan sekolah kepada 60 murid pendidikan khas PPD Kota Bharu yang diadakan dengan kerjasama Biro Sosial dan Etika Pemuda UMNO di sini semalam.

Hadir sama Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian.

Pada majlis itu, Che Ab. Aziz turut menyampaikan sumbangan kepada empat pelajar miskin yang juga adik-beradik iaitu, Nor Aimin Mohd. Sanata, 16; Nor Amirul 15; Nor Huda Nabila, 14, dan Nor Siti Aisyah, 8.

Ayah mereka, Mohd. Sanata Yaacob, 42, dari Kampung Kubang Tin hanya bekerja di kilang papan dengan pendapatan bulanan kira-kira RM600.

Menyentuh tentang pelajar istimewa, Che Ab. Aziz berkata, 831 pelajar berkenaan adalah dari sembilan buah sekolah menengah dan 15 sekolah rendah sekitar daerah ini yang menghidap pelbagai penyakit seperti sindrom down dan sawan serta mendapat bantuan bulanan sebanyak RM150.

"Sehubungan itu, tidak timbul masalah kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan di sekolah. Sementara di sekolah pula, semua kelengkapan disediakan," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

241 pelajar yatim di Manir terima RM20 sebulan

Posted:

241 pelajar yatim di Manir terima RM20 sebulan

241 pelajar yatim di Manir terima RM20 sebulan

KUALA TERENGGANU 31 Dis. - Pejabat Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir memperuntukkan wang saku berjumlah RM57,840 kepada 241 anak yatim di DUN itu bagi keperluan perbelanjaan sekolah tahun depan.

Pegawai Pembangunan DUN itu, Yusof Awang Hitam berkata, peruntukan tersebut akan diagihkan dengan kadar RM20 sebulan bagi membantu meringankan beban ibu atau bapa dan penjaga pelajar terbabit.

"Apa yang kerajaan harapkan, setiap bantuan yang dihulurkan dapat dimanfaat sepenuhnya manakala ibu atau bapa atau waris pelajar tersebut pula perlu memberi sokongan dan motivasi untuk memastikan mereka cemerlang dalam pelajaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian program Juara Rakyat di Kampung Pulau Bahagia di sini semalam yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat.

Program dua hari yang bertemakan Kerjaya dan Kemahiran itu menghimpunkan 20 agensi kerajaan dan swasta termasuk Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC), Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) dan JobsMalaysia.

Turut diadakan ialah pertandingan memasak bubur asyura, pertunjukkan motosikal klasik dan antik, forum Maal Hijrah, jamuan rakyat, sukaneka, ziarah ke rumah warga emas dan pertunjukan bunga api sempena sambutan tahun baru.

Tambah Yusof, seramai 71 murid sekolah rendah dan menengah dari DUN berkenaan yang tersenarai di bawah program e-Kasih turut menerima bantuan kelengkapan persekolahan seperti pakaian, kasut dan beg sekolah.

"Bantuan yang disalurkan melalui Program Akhiri Zaman Miskin (Azam) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu bertujuan membantu golongan ini melakukan persediaan sebelum memasuki sesi persekolahan pada Isnin ini," ujarnya.

Sumbangan disampaikan oleh Rozi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu.

Beliau dalam ucapan perasmiannya berkata, program ini adalah kesinambungan kerajaan yang secara tradisinya mengambil berat golongan berpendapatan rendah bagi mengurangkan beban perbelanjaan mereka khususnya di waktu awal persekolahan.

"Walaupun serba kekurangan, sudah menjadi kebiasaan pada hari ini anak penternak dan petani daripada golongan miskin muncul sebagai pelajar terbaik dalam peperiksaan.

"Kerajaan melalui pelbagai agensi akan terus berusaha setiap tahun untuk memastikan golongan miskin juga memperoleh peluang pendidikan di semua peringkat," jelasnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan