Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 31 Dec 2010 10:17 AM PST IPOH: "Sejurus kemalangan, Maizawati tidak sedarkan diri dan saya bimbangkan keselamatan kandungannya serta anak-anak tiri. "Pada masa itu, saya berdoa semoga zuriat kami tidak mengalami masalah. Namun, sebaik doktor memaklumkan kandungan itu selamat, saya orang paling gembira," kata Mohd Yassin Ben@Abdul Rahim, 23, suami Maizawati Zainal, 35, selepas kereta yang dipandu isterinya itu bertembung sebuah kereta lain, Selasa lalu.
Dalam kejadian jam 5.15 pagi di Jalan Sultan Azlan Shah di sini berdekatan Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah itu, Proton Gen.2 dipandu Maizawati merempuh sebuah kereta lain yang tiba-tiba membuat pusingan U.
Sementara itu, Maizawati ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam, berkata: "Doktor yang merawat saya mulanya tidak mengetahui saya hamil kerana kandungan tidak begitu kelihatan biarpun mencecah lima bulan. "Namun, sebaik dimaklumkan, doktor mengesahkan uri mengalami pendarahan kecil selepas ujian imbasan dilakukan.
Menurutnya, ketika kejadian dia bersama keluarga dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Utama, Bercham selepas menghantar rakan suami di Stesen Bas Medan Gopeng yang mahu menaiki bas ke Singapura.
|
‘Tak sabar nak sekolah’ Posted: 31 Dec 2010 10:14 AM PST JEMPOL: "Dia begitu bersemangat dan beritahu tidak sabar untuk mula bersekolah dan berulang kali mencuba pakaian sekolah baru yang dibeli, selain mengemas beg sekolahnya," kata Norlida Khalid, 39, mengenai anaknya, Siti Nurzulaihah Mohd Zaidi, 6, yang maut apabila dirempuh dua motosikal dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Bahau-Juasseh di sini, malam kelmarin. Insiden menyayat hati berkenaan sekali gus memusnahkan impian dan harapan kanak-kanak itu yang sepatutnya dijadualkan mendaftar di sebuah sekolah rendah di daerah ini, semalam.
"Kami berdua dan seorang rakan saya yang menunggang motosikal berasingan ketika itu baru selesai menjamu selera di restoran berdekatan untuk memenuhi keinginan Nurzulaihah yang beria-ia mengajak keluar makan bihun sup.
"Pada waktu itu terdetik kuat mengatakan Nurzulaihah sudah meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya," katanya yang gagal menahan sebak.
Katanya, dia dan lima anaknya menetap sementara di Felda Pasoh 1 untuk menemani serta menjaga ibunya yang kurang sihat selepas kematian bapanya, Khalid Ujang, 70-an, kira-kira tiga minggu lalu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan