Isnin, 24 Januari 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


TLDM bakal guna kapal tempur lebih canggih

Posted:

TLDM bakal guna kapal tempur lebih canggih

TLDM bakal guna kapal tempur lebih canggih

LABIS 23 Jan. - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak akan menggunakan kapal Meko A-100 yang menjadi asas kepada Kapal Ronda Generasi Baru (NGPV) untuk membangunkan skuadron Kapal Tempur Pesisir (LCS) sebaliknya, ia menggunakan model baru yang lebih canggih.

Sumber pertahanan memberitahu Utusan Malaysia, model baru itu mempunyai reka bentuk halimunan termoden yang setanding dengan keupayaan halimunan kapal friget kelas Delta milik Singapura yang diiktiraf selaku kapal perang tercanggih di rantau ini selain, memiliki kemampuan tempur tiga dimensi yang mantap.

Jelasnya, pembinaan LCS daripada model baru tersebut juga akan membolehkan negara menguasai pembuatan kapal perang termoden sekali gus, memenuhi tuntutan pertahanan abad ke-21 yang menekankan kepada ciri-ciri halimunan kerana kerajaan bukan sahaja membeli kapal tersebut tetapi teknologinya sekali.

"Sebuah kapal akan dibina di negara asal syarikat pengeluar tersebut iaitu di Perancis, manakala baki lima lagi kapal akan dibina oleh syarikat tempatan iaitu Boustead Holdings Berhad yang mana surat tunjuk minat (LOI) sudah pun diserahkan kepada syarikat ini.

"Kita memilih kapal ini kerana ia mempunyai keupayaan tempur termoden sesuai dengan kehendak TLDM memandangkan kapal-kapal perang negara serantau juga sudah memiliki teknologi terkini dan langkah ini bertujuan bagi menjaga perairan negara terutama di Laut China Selatan," katanya di sini hari ini.

Sumber itu bagaimanapun enggan mendedahkan lanjut mengenai spesifikasi sebenar kapal perang itu tetapi rata-rata penganalisis pertahanan tempatan menjangka kerajaan akan memilih Kapal Kelas Gowind buatan DCNS iaitu syarikat perkapalan sama yang membina kapal selam pertama negara.

Selain dibina dengan aplikasi teknologi halimunan, Kapal Gowind yang sepanjang 105 meter juga mampu membawa 16 peluru berpandu pertahanan udara jarak sederhana (50 kilometer) sama ada Aster 15 atau Mica RF; lapan peluru berpandu antikapal (Exocet, Harpoon atau RBS-15 MK.3) serta torpedo.

Pada masa yang sama, kapal berkenaan juga boleh membawa helikopter serta berupaya menjadi kapal induk kepada semua jenis pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi tujuan pemantauan laut.

Ditanya mengenai apakah jenis persenjataan yang akan dipasang pada kapal perang tersebut, sumber tersebut berkata, pihak TLDM sedang mengkaji perkara berkenaan tetapi beliau yakin, jenis peluru berpandu sedia ada akan digunakan kecuali melibatkan pertahanan udara.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan memberitahu, kapal LCS yang bakal dibina bagi memperkukuhkan perairan negara tidak lagi mengguna pakai konsep fitted for but not with seperti aplikasi pada kumpulan pertama kapal NGPV jenis KD Kedah.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Wakil rakyat sokong wajib jalani ujian kesihatan

Posted:

Wakil rakyat sokong wajib jalani ujian kesihatan

Wakil rakyat sokong wajib jalani ujian kesihatan

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Beberapa anggota Parlimen menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan untuk mewajibkan wakil rakyat menjalani ujian kesihatan setiap tahun untuk mengenal pasti tahap kesihatan mereka bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik.

Bagi Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, anggota Parlimen bukan sahaja hanya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun malah perlu diberi latihan bagaimana untuk mengawal tekanan memandangkan tanggungjawab mereka.

Anggota Parlimen Santubong itu berkata, walaupun ajal dan maut di tangan Tuhan, tetapi wakil rakyat mestilah menjaga kesihatan bagi memastikan mereka sihat untuk berkhidmat.

Sebagai orang yang berpengalaman sebagai wakil rakyat, iaitu telah menjadi wakil rakyat sejak 20 tahun lepas dan mewakili dua kawasan Parlimen yang berbeza iaitu di Batang Lupar selama tiga penggal (1990- 2004) dan di Santubong sejak pilihan raya umum 2004 hingga kini, beliau berkata, terdapat masalah yang berbeza dari satu kawasan ke satu kawasan.

"Untuk jadi wakil rakyat perlu bersedia dengan semua ini," katanya kepada Bernama apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa pihaknya akan membawa ke mesyuarat mingguan Jemaah Menteri minggu ini untuk mewajibkan wakil rakyat menjalani pemerikasaan kesihatan berikutan banyak pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian wakil rakyat disebabkan masalah kesihatan.

Sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008, sebanyak 14 pilihan raya kecil telah diadakan dengan 10 daripadanya berikutan kematian wakil rakyat kerana pelbagai masalah kesihatan.

Kematian terbaru ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada Khamis lepas kerana serangan jantung yang menjadikan jumlah pilihan raya kecil meningkat kepada 15.

Dua lagi wakil rakyat BN yang meninggal kerana serangan jantung ialah Datuk Razali Ismail anggota Parlimen Kuala Terengganu pada 28 November 2008 dan ADUN Batang Ai, Datuk Dublin Unting, 55, pada 24 Februari 2009.

Selain itu tiga wakil rakyat Pas iaitu anggota Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom, 50, pada 9 Februari 2009; ADUN Manek Urai, Ismail Yaacob, 60, (25 Mei 2009); ADUN Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abdul Rahman, 63, (31 Julai 2009) juga meninggal akibat sakit jantung.

Seramai tiga wakil rakyat meninggal kerana penyakit kanser iaitu anggota Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat pada 25 Mac 2010 kerana barah otak; anggota Parlimen Sibu, Datuk Robert Lau dari BN, 68, pada 9 April 2010 kerana kanser hati dan ADUN Galas, Chek Hashim Sulaima dari Pas, 47, kerana barah usus pada 27 September 2010.

Bagi anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, cadangan Liow itu adalah satu inisiatif yang baik, malah beliau sendiri sejak menjadi wakil rakyat pada 1999 sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.

"Tetapi pemeriksaan ini bukanlah satu cara untuk mencegah kematian. Mungkin dalam tempoh enam bulan selepas melakukan pemeriksaan kita jatuh sakit, kita tidak akan tahu perkara itu dan ia di luar kawalan doktor," kata Naib Presiden Pas itu.

Anggota Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahalan pula mencadangkan maklumat mengenai kesihatan wakil rakyat itu perlu dirahsiakan dengan hanya pemimpin parti sahaja yang mengetahui mengenainya.

Abdul Rahman juga mencadangkan supaya wakil rakyat perlu berhati-hati dalam menggunakan pengangkutan semasa melawat kawasan kerana ada yang terpaksa menaiki bot ataupun menaiki kenderaan berjam-jam untuk sampai ke kawasan masing-masing terutama di luar bandar.

Bagi Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw, 69, yang merupakan antara anggota Parlimen paling lama iaitu anggota Parlimen Kepong sejak pilihan raya umum 1982 dan seorang doktor berkata, "Walaupun kita tidak boleh menjamin kesihatan seseorang selepas pemeriksaan kesihatan setiap tahun (atau berkala), ia boleh memberikan peringatan kepada mereka mengenai betapa pentingnya kesihatan itu (untuknya)." - BERNAMA

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

PM sentiasa ingatkan Jemaah Menteri jaga hak kaum lain

Posted:

PM sentiasa ingatkan Jemaah Menteri jaga hak kaum lain

PM sentiasa ingatkan Jemaah Menteri jaga hak kaum lain


Rais Yatim menyampaikan komputer riba 1Malaysia kepada pelajar cemerlang PMR 2010, Intan Nur Ain Sarwan semasa perasmian Dewan Karisma Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu, Negeri Sembilan, semalam. - BERNAMA


JELEBU 23 Jan. - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mengingatkan Jemaah Menterinya supaya mengiktiraf hak-hak rakyat mengikut kaum dan agama masing-masing.

Katanya, Najib sering menasihatkan Menteri Kabinetnya bahawa perpaduan dan kesatuan kaum-kaum ini boleh menjadi retak jika ada menteri yang mengenakan syarat dalam pembangunan sesuatu kaum.

"Kita seharusnya jangan mencabul apa-apa hak itu. Apa yang telah menjadi asas kepada sesuatu komuniti tidak menjadi rintangan kepada perpaduan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Karisma Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib semalam yang mahu agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan bersama dengan kerajaan dalam memastikan golongan tidak berkemampuan terus mendapat pembelaan.

Katanya, hak setiap kaum di negara ini telah dijamin oleh perlembagaan dan dengan itu hak-hak tersebut janganlah dicabul.

Sementara itu dalam ucapannya, Rais menekankan bahawa galakan kerajaan dalam membudayakan pengetahuan teknologi maklumat termasuk pemberian komputer riba percuma kepada pelajar bukan untuk disalahgunakan.

"Jika kemudahan dan pengetahuan internet ini telah memberi kebaikan, kita rasa amat bersyukur," katanya.

"Keburukan juga banyak ada dalam internet seperti penyebaran fitnah dan pornografi tetapi pengguna jangan terus membiarkan budaya mereka hanyut dalam arus permodenan ini walaupun komputer, Internet dan perisian dicipta oleh masyarakat luar negara," kata beliau. - BERNAMA

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan