Isnin, 24 Januari 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Presiden NUJ sakit dada, tak hadir siasatan dalaman

Posted: 24 Jan 2011 06:53 PM PST

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari hari ini terpaksa mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur kerana sakit dada.

"Saya ada di wad kecemasan. Sakit dada dan blood sugar (kandungan gula dalam darah) naik mencanak. Tengah tunggu keputusan pemeriksaan ECG dan darah," katanya dalam sms kepada Malaysikini ketika ditanya perkembangan siasatan dalamanya yang dijadualkan pagi.

NONEMenurut Hata, beliau yang dalam perjalanan ke pejabat Utusan Melayu, di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, tiba-tiba berasa sakit di dada.

"Rasa sakit ketika dalam perjalanan untuk ke perbicaraan siasatan dalaman menyebabkan tukar haluan terus ke hospital untuk buat pemeriksaan.

Sementara itu, anggota majlis esekutif NUJ, Hayat Sueet, berkata pihak pengurasan Utusan telah menunda sisatan dalaman hari ini berikutan perkembangan berkenaan.

Tarikh mendengar siasatan baru belum diputuskan, katanya.

Bagiamanapun menurut Hayat, pihak pengurusan memutuskan bahawa Hata hanya boleh diwakili oleh ahli NUJ dari cawangan Utusan dan bukannya mereka yang mewakili NUJ pusat.

Siasatan dalaman sepatutnya bersambung hari ini selepas ditangguhkan pada 17 Januari lalu kerana pihak pengurusan menimbangkan sama ada membenarkan Setiausaha NUJ V Anbalagan mewakili Hata.

Hata dituduh menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai portal berita dan akhbar, termasuk Malaysiakini.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'. Kesatuan itu mempunyai keanggotaan daripada kira-kira 1,300 wartawan.

Pandangan dan kritikannya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Jika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian. Ini kerana pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Presiden MCA: K'tan, P Pinang kekal milik Pakatan

Posted: 24 Jan 2011 06:19 PM PST

BN dijangka menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 dengan majoriti lebih besar, tetapi sukar untuk meramalkan sama ada ia majoriti mudah atau dua pertiga, kata presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

chua soi lek tenang moral uplifting society 240111Beliau berkata pengundi Malaysia diramal akan mengundi BN lagi setelah mencuba pembangkang pada 2008.

Ramalan ini berdasarkan perkembangan terbaru politik tanah air, kata Chua dalam syarahannya berjudul "Barisan Nasional dan Pilihan Raya Umum ke-13 di Malaysia" pada siri Kuliah Unggul S.Rajaratnam School of International Studies (RSIS) di Singapura, semalam.

Teks syarahannya difaks ke Bernama.

Chua berkata pengundi Malaysia kini lebih bijak dalam membuat pilihan. Selepas mencuba 'Pakatan' atau gabungan pembangkang pada 2008, ramai memilih mempertaruhkan Barisan dalam suasana politik yang jelas kini.

BN terus berkuasa

"Saya yakin majoriti Barisan yang konsisten akan kekal konsisten dalam PRU ke-13 dan selepasnya. Perdana Menteri "baru" (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) berusaha meraih kemenangannya yang pertama dalam pilihan raya umum, tetapi segala petanda membayangkan bahawa BN akan terus berkuasa selepas PRU ke-13," kata beliau.

NONEBagaimanapun, beliau berkata cakap-cakap mengenai PRU akan diadakan tahun ini hanyalah spekulasi oleh kerana penggal sekarang hanya berakhir pada 2013.

Beliau meramalkan dalam PRU akan datang, Pakatan Rakyat mungkin kekal berkuasa di Kelantan dan Pulau Pinang tetapi terpaksa bekerja keras di Kedah, Perak dan Selangor sementara Johor, Sabah dan Sarawak akan terus menjadi "simpanan tetap" BN yang memerintah, yang merangkumi hampir 35 peratus dari jumlah kerusi parlimen.

Pakatan banyak percakaran

"Barisan akan memenangi lebih banyak kerusi parlimen dan peratusan undi popular yang lebih besar. Sementara itu, lebih banyak percakaran dijangka berlaku di kalangan parti Pakatan.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 PKR marchers behind police"Di negeri-negeri Pakatan berkuasa, kekuatan dewan negerinya mungkin menurun," kata beliau.

Chua berkata lebih banyak langkah ke arah isu-isu keprihatinan awam yang merentasi sempadan kaum dan agama akan dilakukan, sementara kempen politik akan lebih berasaskan isu, daripada mirip kepada sesuatu yang memaparkan identiti kaum.

"Kualiti urus tadbir menjadi kritikal. Pilihan antara BN dan Pakatan Rakyat berpusat pada sistem penyampaian, prospek pertumbuhan dan keselamatan awam," katanya.

- Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan