Ahad, 23 Januari 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


GAPS protes sidang DUN S'gor

Posted: 23 Jan 2011 07:18 PM PST

Kira-kira 200 berkumpul di Dataran Shah Alam di bawah pengawasan ketat polis sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bersidang untuk membahaskan cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik pegawai tinggi negeri kepada sultan dan kerajaan negeri.

NONESebahagian peserta memakai ikat kepala bertulis GAPS (Gagasan Anti Penyelewengan Selangor) berkumpul mulai kira-kira jam 9.30 pagi. Empat unit pasukan polis berkawal di depan pintu SUK.

Dewan mula bersidang jam 10 pagi. ADUN Pelabuhan Kelang Badrul Hisham Abdullah - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan.

Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan pekenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan.

Baginda juga memberitahu ADUN supaya tidak menariknya sama dalam politik. Istana sentiasa tidak mencampuri urusan politik, titahnya lagi.

Ia diikuti dengan ucapan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurutnya, berdasarkan perkara 10(3) peraturan dewan, kerajaan Selangor membentangkan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Selangor 1959 terhadap perkara 52(1).

Katanya, pindaan itu dicadangkan supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan Sultan, kata Khalid.

Pakatan Rakyat, tegas Khalid lagi, memberikan komitmen menjunjung perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri serta Rujun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini.


Pakatan juga, tambahnya, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan.

[Berita lanjut menyusul]

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Badrul muncul di sidang DUN S'gor

Posted: 23 Jan 2011 06:16 PM PST

Sidang DUN khas bagi meminda undang-undang tubuh Selangor yang dinantikan banyak pihak akhirnya akan berlangsung sebentar tadi dengan kemunculan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah.

Beliau bagaimanapun tidak dibenarkan masuk dan hanya menontonnya daripada bilik yang dikhaskan kepada media.

NONEADUN Pelabuhan Klang itu tiba di bangunan SUK, diiringi dua pembantu pada kira-kira jam 9.30 pagi.

Beliau disambut oleh silauan lampu kamera jurufoto, menyebabkannya agak terkejut.

"Wah, banyak peminat ni," katanya berseloroh.

Beliau enggan menjawab sebarang soalan walaupun ditanya bertubi-tubi oleh pemberita sama ada akan mencabar keputusan speaker Teng Chang Khim yang mengisytiharkan kerusinya kosong.

Selepas terus didesak pemberita, Badrul memberitahu akan memfailkan saman bagi mencabar keputusan itu tengah hari ini selepas menghadiri sidang DUN.

Apabila DUN mula bersidang jam 10 pagi, kerusi ADUN Pelabuhan Klang itu - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan.

Selepas duduk di bilik khas media kira-kira 30 minit, Badrul meninggalkan bilik itu pada kira-kira jam 10.35 pagi dan mengadakan sidang media di luar.

Dalam sidang media selepas itu, Badrul berkata beliau masih merupakan wakil rakyat yang sah dan akan terus berkhidmat kepada rakyat.

Beliau juga memberitahu, setelah menunjukkan surat jemputan bertarik 11 Januari dari speaker, pihak keselamatan masih tidak membenarkannya masuk ke dalam dewan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan