Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 24 Jan 2011 10:17 AM PST KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu. "Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain," katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam. Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka. Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.
"Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya," kata Jejai menerusi e-melnya. Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan. "Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu," katanya. Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu. Komen Anda Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini : Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.hahahaa padam muka ko....kena atas kepala sendiri..... nooramy yela 2 jajai...tah2 tektik nak lari dari di tanye tentang hubungan korang... tapi bagus la care ko p'tahankan bekas bini ko 2(nora) baru la betul.. pk la popan macam fasha 2, dah macam popan murahan ko tahu x... ela nasib baik tak jadi klu jadi nak ke isteri yg terdedah seluruh auratnya?....sendiri mau ingat! izan memang dah agak hubungan Fasha ngan Jejai tak ke mana apatahlagi dengan sikap Fasha yang tak pernah berubah.Insaflah Fasha... mawar emm...mugkin tak ada jodoh..fasha kena hadapinya ya..lgipun jejai patut fikir pkara ni dari awal2 lagi kisah rumah tgga beliau dgn bekas isterinya(Nora)..lgpn nora ada kluarga sndri..dan fasha jgn lah mgangu mereka.beri mreka kebahagiaan..banyak lagi lelaki yg bujang..okay.. eMeL pade muko mu. rosakkan sangat hubungan rumah tangga orang. kalau rampas hak orang, orang akan rampas balik. what you did is what you get back!!!!!!!!!!!!! FATIN NABILA dah xde jodoh nk wat cmne...hehehe boy hmm... pasal artis nie cinta berakhir nie dah lali dengar. kesilapan pada diri seseorang kna ubah la. jadikan sbg moral of the value.. kepada fasha ingat tuhan la. jangan jd barat sgt dah macam pempuan murahan.. rozaini bt zainon sayang la dorg dah putus... ok apa jejai n fasha.. anway bertabahlah.. beautyblackbird harap fasha dan jejai muhasabah diri fatimah bt muda Salam,..ketentuan Allah harus redha,..kepada fasha sanda sekarang baru tahu apa erti terluka dan kecewa apabila ditinggalkan,.. Manja Tiada jodoh,.nk buat mcmna..carilah pganti rmai lg insan mulia di alam maya ini Wan azman KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH ini berita nasional ke sampai jadi muka depan? penting sangat ke untuk negara? KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH ada maina ini bru lah kptsn yg plg bijk jejai buat. slps bercrai ngan nora igt kan dpt yg lbh baik cam ala-ala ustazah. anie79 hahaha..bagus..padan muka... eda2425 Putusla akhirnye.. Syazrin Starscream apalah kau orang ni.... dah puas kau dapat kau tinggalkan pulak....habis madu sepah kau buang... halid baru padan muka dia...baru tau langit tu tinggi atau rendah...puas hati aku... orgjauh bagus lh berakhirnya spekulasi yang timbul. nan hahahahaha,,,,putus jugak akhirnya,,,,alhamdulillah...2 lah fasha amek hak orang,,,pandai2 sendirik r nk idop pas nie,,,jangan amek hak org lg iye,,,, vina |
Posted: 24 Jan 2011 09:55 AM PST ALOR SETAR: Baru seminggu bergelar raja sehari, sepasang suami isteri bukan sekadar meringkuk dalam tahanan, malah turut berdepan hukuman mati apabila kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah. Lelaki 35 tahun dan isterinya berusia 26 tahun, dianggap pasangan 'sejiwa' kerana kedua-duanya pernah ditahan beberapa kali atas kesalahan mengedar dadah sejak beberapa tahun lalu sebelum membuat keputusan berkahwin minggu lalu. Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, lelaki itu ditahan di Plaza Tol Gurun, kira-kira jam 3 petang Sabtu lalu manakala isterinya ditahan di rumah mereka di Kepala Bukit, Gurun, sejam kemudian pada hari yang sama. Beliau berkata, sepasukan polis dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menahan lelaki terbabit yang ketika itu menunggang motosikal bersendirian dalam keadaan mencurigakan di plaza tol.
Abdul Ghafar berkata, dadah yang diproses sebegitu kebiasaannya untuk tujuan penyeludupan dan suspek menelannya bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. "Kami masih menyiasat sama ada suspek melakukan taktik penyeludupan demikian yang biasanya dilakukan untuk menyeludup dadah ke dalam penjara," katanya. Turut dirampas, tiga telefon bimbit dan motosikal daripada pasangan itu. Siasatan mendapati bekalan dadah itu diperoleh dari negara jiran dan polis masih menyiasat sama ada suspek menjalankan urusan jual-beli dadah ketika ditahan. Abdul Ghafar berkata, kedua-dua suspek pernah beberapa kali ditahan akibat kesalahan dadah itu dikenakan tindakan Orang Kena Pengawasan (OKP) mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan