Sabtu, 1 Januari 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Suasana sedih di istiadat selamat berangkat Tun Ahmadshah

Posted:

Suasana sedih di istiadat selamat berangkat Tun Ahmadshah

Suasana sedih di istiadat selamat berangkat Tun Ahmadshah


Tun Ahmadshah Abdullah memeriksa perbarisan Polis Di-Raja Malaysia bagi kali terakhir pada Majlis Istiadat Selamat Berangkat di Istana Negeri, Kota Kinabalu, semalam. - bernama


KOTA KINABALU 31 Dis. - Suasana sedih menyelubungi Istana Negeri Sabah di sini apabila Tun Ahmadshah Abdullah berangkat meninggalkan kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri, selepas lapan tahun mendiami istana berkenaan.

Pada majlis Istiadat Selamat Berangkat yang diadakan sempena tamat perkhidmatan beliau sebagai Yang Dipertua Negeri Kesembilan selama dua penggal, ada hadirin termasuk petugas istana, dilihat menitiskan air mata.

"Tun (Ahmadshah) dan isterinya (Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar) mempunyai sifat rendah diri. Semua petugas istana senang bekerja untuk mereka," kata Pengelola Urusan Istana Negeri Dayang Mariah Pengiran Abdul Razak kepada Bernama ketika ditemui sebelum istiadat itu.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, timbalan ketua menteri, menteri kabinet, ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, serta wakil rakyat.

Konsul Besar Indonesia, Soepeno Sahid dan Konsul Besar Jepun Kazuyoshi Yamaguchi turut hadir bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Ahmadshah, 64, yang mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah pada 1 Januari 2003, menggantikan Tun Sakaran Dandai.

Tempat beliau akan diisi bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Juhar Mahiruddin, 57, dan pelantikannya berkuat kuasa esok. - BERNAMA

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Polis tidak hadapi masalah

Posted:

Polis tidak hadapi masalah

Polis tidak hadapi masalah

Oleh SOPI SAMAILE
utusansarawak@utusan.com.my

KUCHING 31 Dis. - Polis dijangka tidak berdepan dengan sebarang masalah sekiranya pilihan raya negeri ini dijalankan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hussin Ismail.

Beliau berkata, persiapan pihak polis dilakukan secara berterusan terutamanya di Sarawak memandangkan negeri itu dijangka mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa sahaja.

Pada masa sama menurutnya, polis juga telah melakukan persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya negeri dan PRU-13 akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara.

"Polis telah bersiap sedia untuk berdepan dengan apa jua kemungkinan kerana apa yang penting ialah proses demokrasi dapat dilaksanakan dengan lancar manakala keselamatan rakyat terus terjamin.

"Kita akan bekerjasama rapat dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam penugasan bagi menentukan proses pilihan raya akan datang dapat dilaksanakan tanpa kejadian tidak diingini," katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) negeri di sini hari ini.

Hussin diminta mengulas persiapan pasukan itu dalam menghadapi pilihan raya negeri ini yang akan diadakan pada bila-bila masa termasuk jika diadakan serentak dengan PRU-13 di seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai format-format tertentu untuk menghadapi proses pilihan raya dan yakin pasukan itu dapat melaksanakan tugas tersebut dengan jayanya.

Di Sarawak pula katanya, keanggotaan bagi kontinjen negeri adalah kira-kira 8,400 orang dan beliau percaya tidak akan timbul sebarang masalah dalam menentukan penugasan bagi membantu SPR melaksanakan pilihan raya negeri.

Malah tambahnya, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh telah merangka perancangan untuk menentukan penugasan bersama SPR.

"Sudah tentu bantuan-bantuan lain kita akan fikirkan jika terdapat keperluan umpamanya tambahan anggota dalam bidang lain yang memerlukan kepakaran.

"Ia seperti daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dan unit-unit lain," katanya.

Mengulas mengenai lawatan kerjanya hari ini, Hussin memberitahu, ada beberapa tumpuan yang akan dibuat di kontinjen Sarawak terutamanya membabitkan Komuniti Kepolisan pencegahan jenayah keseluruhannya.

Katanya, ia membabitkan kerjasama dengan semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menentukan usaha mencegah jenayah dapat dilaksanakan.

Menurutnya, beliau turut berpuas hati dengan prestasi kontinjen negeri itu sepanjang tahun ini yang dapat menurunkan kadar jenayah jalanan dan indeks dengan mencapai sasaran-sasaran yang terkandung dalam 29 inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Kita berharap dengan semangat baru sempena 2011, maka penggemblengan tenaga semua pegawai di samping bekerja dalam satu pasukan, maka polis berharap dapat mengekalkan tahap tinggi dalam pencapaian menurunkan jenayah.

"Pada masa sama, kejayaan itu akan memberi kepuasan kepada keseluruhan masyarakat mengenai tahap keselamatan di negara ini," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan