Isnin, 24 Januari 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Polis tumpas sindiket curi motosikal

Posted:

Polis tumpas sindiket curi motosikal

Polis tumpas sindiket curi motosikal

24/01/2011 9:31pm

KUALA TERENGGANU – Polis berjaya menumpaskan kegiatan satu kumpulan curi motosikal yang dipercayai bergerak aktif di Terengganu dan Pahang sejak beberapa bulan lalu, selepas lapan lelaki kebanyakannya remaja, ditahan di Kemaman, tiga hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Md Jamil berkata, kesemua mereka yang berumur antara 17 dan 26 tahun itu ditahan di kawasan Geliga, Kemaman kira-kira pukul 3 petang hasil maklumat orang awam.

Beliau berkata, polis turut menemui semula sebuah motosikal yang dipercayai dicuri, serta pelbagai komponen motosikal ekoran penahanan itu.

"Dengan penahanan mereka, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang kurangnya 10 kes kecurian motosikal di Kemaman serta Beserah, Pahang, dan polis masih berusaha mengesan beberapa lagi anggota kumpulan itu," katanya pada satu persidangan media di sini hari ini. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

40,000 VCD, DVD cetak rompak dirampas

Posted:

40,000 VCD, DVD cetak rompak dirampas

40,000 VCD, DVD cetak rompak dirampas

24/01/2011 8:09pm

KUALA LUMPUR – Polis merampas ribuan cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) permainan video serta komputer, dan menahan dua lelaki serta seorang wanita dan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan SS25/2, Taman Megah di sini, hari ini.

Ketua Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, ACP Fakruzi Ismail berkata, serbuan itu dilakukan kira-kira pukul 11.30 pagi semasa ketiga-tiga mereka yang berumur antara 32 dan 40 tahun itu sedang sibuk membungkus VCD dan DVD berkenaan.

"Kami merampas lebih 40,000 VCD dan DVD cetak rompak permainan video khas untuk aplikasi seperti Play Station 3, Xbox dan Wii dengan jumlah keseluruhannya kira-kira RM400,000 dalam serbuan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati rumah yang dipercayai disewa dengan kadar RM2,000 sebulan itu dijadikan stor simpanan VCD dan DVD cetak rompak sejak dua bulan yang lepas.

Katanya, mereka dipercayai memproses VCD dan DVD itu di tempat lain sebelum dihantar ke stor berkenaan untuk proses pembungkusan, dan ia kemudiannya diedar di sekitar ibu kota. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pelajar histeria cuba terjun bangunan

Posted:

Pelajar histeria cuba terjun bangunan

Pelajar histeria cuba terjun bangunan

24/01/2011 8:00pm

TEMERLOH – Para pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di sini, cemas seketika apabila seorang pelajar perempuan yang mengalami histeria cuba terjun dari tingkat dua bangunan sekolah itu hari ini.

Detik cemas itu berlarutan lebih sejam sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam berjaya menyelamatkan pelajar tingkatan tiga berkenaan.

Suasana kecoh dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu turut menarik perhatian petugas Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh yang terletak bersebelahan dengan sekolah berkenaan.

Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh, Mohd Nadzri Ab Wahab yang bergegas ke sekolah itu berkata, kejadian histeria telah beberapa kali berlaku di sekolah terbabit, namun kejadian pagi tadi disifatkan paling mencemaskan.

Pelajar itu kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk rawatan lanjut. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan