Kosmo Online - Negara |
Tak perlu ke hospital ambil ubat Posted: Tak perlu ke hospital ambil ubatOleh SUHANA MD. YUSOP TIONG LAI (kanan) memasukkan replika kapsul ke bungkusan Pos Laju sambil diperhatikan Rosnah dan Aseh di Putrajaya semalam. PUTRAJAYA - Para pesakit kronik yang sebelum ini terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mengambil ubat-ubatan susulan kini tidak perlu lagi berbuat demikian sebaliknya boleh mendapatkannya dengan menggunakan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) 1Malaysia. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, melalui perkhidmatan itu, ubat yang dipesan akan dihantar ke rumah, pejabat atau mana-mana destinasi pilihan di negara ini melalui Pos Laju. Bagaimanapun katanya, perkhidmatan itu lebih khusus kepada pesakit kronik seperti penghidap darah tinggi dan diabetes yang telah stabil dengan rawatan pengubatan dan mempunyai tahap kefahaman yang tinggi terhadap ubat yang dipreskripsikan oleh doktor kepada mereka. Tegas beliau, pesakit tidak perlu bimbang dengan kaedah penghantaran ubat sedemikian kerana pihak hospital dan Pos Malaysia tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan ubat-ubatan dan telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjaga keselamatan ubat. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. | ||
Posted: Khalid mengaku kalahOleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
SHAH ALAM - Seperti dijangka, kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat gagal meraih sokongan majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meluluskan draf pindaan Perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 di sini semalam. Ini bermakna pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang dipertikaikan oleh kerajaan negeri sebelum ini adalah sah di sisi undang-undang. Keputusan tersebut adalah hasil pengiraan undian belah bahagi yang dijalankan pada pukul 6.20 petang apabila seramai 34 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Rakyat menyokong usul pindaan tersebut manakala 20 ADUN daripada Barisan Nasional (BN) menolak. Malah lebih memalukan, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang akhbar di luar lobi Dewan semasa sesi perbahasan berlangsung telah pun mengaku kalah apabila menyedari pihaknya tidak mendapat sokongan dua pertiga ahli Dewan. Kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu mendapat sokongan daripada 38 ahli Dewan untuk meluluskan pindaan tersebut. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. | ||
Lari ke Mekah untuk bersembunyi Posted: Lari ke Mekah untuk bersembunyiOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE KAWASAN penempatan di Mekah yang menjadi lokasi pilihan Ummu Jah untuk bersembunyi daripada dikesan pihak berkuasa agama Malaysia. BANGI – Ketua Sidang Parlimen Roh, Ummu Jah kini dikatakan bersembunyi di Mekah, Arab Saudi ekoran tindakannya cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam yang difatwakan sesat telah dihidu pihak berkuasa agama negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, pihaknya percaya Ummu Jah, 57, kini bersembunyi di negara berkenaan selepas tindakannya itu dikesan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Menurut beliau, ketika ini Jakim sedang memantau pergerakan saki-baki pengikut ajaran terbabit dan dibantu oleh Majlis Agama Islam kesemua negeri terutama Majlis Agama Islam Selangor (JAIS). "Kami percaya dia (Ummu Jah) kini (bersembunyi) di Mekah. Berdasarkan trend (ketua) ajaran sesat sebelum ini, kita percaya dia tidak akan tampil membantu siasatan. "Ketika ini (dakwaan cuba menghidupkan semula Al-Arqam) sedang dipantau secara serius," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Peserta Diploma Pentadbiran Islam di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bandar Baru Bangi di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan