Rabu, 11 Mei 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


MBI senarai hitam kontraktor

Posted:

MBI senarai hitam kontraktor

MBI senarai hitam kontraktor

Oleh HAMDEN RAMLI
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 10 Mei - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak akan teragak-agak menyenaraihitamkan kontraktor yang menjual projek kepada syarikat lain demi mengaut keuntungan singkat.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim (gambar) berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam hal tersebut kerana ia boleh menjejaskan perancangan membangunkan bandar raya ini.

"Saya memandang serius kegiatan menjual projek ini kerana ia boleh menjejaskan matlamat MBI untuk memastikan bandar raya Ipoh bersih, hijau dan membangun," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar Peranan dan Tanggungjawab Kontraktor Terhadap Peraturan dan Prosedur Kerja di Tapak Bina anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan MBI di sini, hari ini.

Roshidi berkata, beliau ada menerima aduan mengenai tindakan segelintir kontraktor menjual projek demi mengaut keuntungan singkat.

Katanya, siasatan mendapati gejala tersebut berlaku di dalam semua bidang termasuk pembinaan dan memotong rumput.

Lebih mengejutkan tambahnya, ada sesetengah kontraktor tersebut tidak mengetahui lokasi sebenar projek yang hendak dijalankan itu.

"Oleh itu saya berharap pihak kontraktor tidak akan menyalahkan MBI atau agensi berkaitan jika mereka tidak diberikan projek pada masa akan datang, sebaliknya menyalahkan diri sendiri," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

4,600 pelajar Kubang Pasu terima Netbook

Posted:

4,600 pelajar Kubang Pasu terima Netbook

4,600 pelajar Kubang Pasu terima Netbook


Mohd. Johari Baharom bersama penerima-penerima Netbook menunjukkan tanda 1 Malaysia di Jitra, semalam.


KUBANG PASU 10 Mei - Sejumlah 4,600 unit komputer riba (Netbook) 1Malaysia diagihkan secara berperingkat kepada pelajar yang layak di Parlimen ini dalam usaha membantu mereka supaya celik teknologi maklumat (IT).

Netbook berkenaan yang disumbangkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) merupakan sebahagian daripada 1.2 juta komputer di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) yang diagihkan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, pemberian komputer tersebut bertujuan mencapai matlamat kerajaan untuk meluaskan kadar penembusan akses jalur lebar di kalangan penduduk di negara ini, khususnya pelajar di kawasan luar bandar.

Katanya, ia juga diharapkan dapat merapatkan jurang digital serta komunikasi antara penduduk di kawasan bandar dan luar bandar dalam usaha membentuk masyarakat celik IT selaras dengan sasaran menuju ke arah negara maju.

"Penggunaan IT memudahkan pelbagai perkara termasuk memperoleh maklumat tanpa sempadan dengan cepat. Justeru itu, jika ia digunakan dengan penuh tanggungjawab, maka manfaatnya adalah besar," katanya pada Majlis Penyampaian Komputer 1Malaysia dibawah NBI di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba di sini, hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 990 unit Netbook berkenaan diberikan kepada pelajar yang layak dari lima buah sekolah iaitu SMK Hosba, SMK Bukit Kayu Hitam, SMK Bandar Baru Sintok, SMK Changlun dan SMK Pulau Nyiur.

Menurut Mohd. Johari, selain pemberian Netbook, kerajaan Persekutuan turut membelanjakan peruntukan wang yang besar demi membantu membangunkan bidang pendidikan di negara ini.

Umpamanya, kata beliau, kerajaan membelanjakan sejumlah RM4.3 juta untuk wang Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada 12,674 pelajar di Parlimen ini yang akan diagihkan selewat-selewatnya Jun ini.

Di samping itu, kata beliau, kerajaan turut membelanjakan sebanyak RM948,000 sebagai sumbangan kepada pelajar yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini dan memperuntukkan sejumlah RM1.2 juta dalam Rancangan Makanan Tambahan kepada 3,598 pelajar di Parlimen ini.

"Ini tidak termasuk pelbagai sumbangan lain seperti buku teks, pemansuhan yuran peperiksaan, wang asrama dan pelbagai biasiswa dan dermasiswa yang diberi kerajaan dari awal persekolahan sehingga melanjutkan pelajaran ke luar negara.

"Kita sepatutnya menghargai dan berterima kasih dengan kerajaan yang ada pada masa sekarang. Bukan semua kerajaan di dunia boleh buat seperti kerajaan kita buat," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Johari menyatakan kekecewaan beliau dengan sambutan dingin di kalangan ibu bapa terhadap program yang melibatkan kepentingan anak mereka di sekolah seperti majlis penyerahan komputer 1Malaysia tersebut.

Katanya, ibu bapa dan penjaga sepatutnya melibatkan diri secara bersama dalam program seumpama itu kerana mereka juga memainkan peranan penting dalam usaha memastikan bidang pendidikan terus berkembang maju.

"Penyertaan ibu bapa dan waris dapat membantu mereka mendapat maklumat berguna bagi kepentingan masa depan pelajaran anak-anak mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keluarga panik ular tedung masuk rumah

Posted:

Keluarga panik ular tedung masuk rumah

Keluarga panik ular tedung masuk rumah


Dua remaja, Hamdan Alias (kanan) dan Azli Azmi memegang bangkai ular tedung yang dibunuh di Kampung Banggol Chicar Kupang, Baling, baru-baru ini.


BALING 10 Mei - Tindakan pantas seorang anak berjaya menyelamatkan ibunya daripada dipatuk ular tedung senduk sepanjang kira-kira satu meter yang memasuki rumah mereka di Kampung Banggol Chicar Kupang, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku pukul 9.15 pagi ketika Robeah Md. Dom, 82, sedang mengemas di bahagian dapur rumah sebelum haiwan tersebut tiba-tiba muncul di hadapannya.

Robeah yang melihat haiwan itu mengembangkan kepala, menjerit meminta tolong anak bongsunya, Mohd. Nasri Abdul Rahman, 45, yang berada di luar rumah.

Menurut Mohd. Nasri, sebaik sahaja mendengar jeritan ibunya, dia segera ke dapur dan terus menarik Robeah.

"Saya memukul ular berkenaan menyebabkan reptilia tersebut mula bertindak lebih agresif. Pada masa sama, seorang jiran, Abdul Rahim Abdul Rahman, 47, datang membantu sebelum dapat membunuh ular tersebut.

"Inilah kejadian pertama kali rumah kami dimasuki ular yang dipercayai masuk melalui bilik air dan syukurlah tiada kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan