Utusan Online - Pahang |
Posted: Koperasi kumpul aset RM882.7jOleh SALEHUDIN MAT RASAD
PEKAN 21 Mei - Sebanyak RM882.7 juta aset berjaya dikumpul oleh 610 koperasi berdaftar di negeri ini dengan keahlian seramai 282,244 sehingga akhir April lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pahang menunjukkan sebanyak 435 koperasi mencatatkan keuntungan. Menurut beliau, perkembangan itu disumbangkan melalui pengumpulan modal dan syer anggota serta program pembangunan perniagaan yang berdaya saing. ''Bagi memantapkan perkembangan koperasi yang bermotifkan sosial, kerajaan menyediakan bantuan dalam bentuk geran dan pinjaman mudah selain membiayai program latihan," katanya ketika berucap pada Ekspo dan Karnival Koperasi peringkat negeri di sini baru-baru ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Ishak Muhamad. Adnan berkata, anggota koperasi juga dituntut memperkukuhkan kedudukan dan meningkatkan daya saing bagi menghadapi pelbagai cabaran baru. Tegasnya, perubahan dalam ekonomi, politik dan proses liberalisasi pasaran serta kemunculan teknologi baru perlu diikuti supaya tidak ketinggalan dalam perkembangan tersebut. ''Koperasi perlu berfungsi sebagai sebuah institusi yang relevan bagi menghadapi cabaran, perubahan landskap perdagangan, isu globalisasi dan liberalisasi perdagangan antarabangsa," katanya. | ||
Ibu tunggal jual lidi, hasil hutan tampung perbelanjaan keluarga Posted: Ibu tunggal jual lidi, hasil hutan tampung perbelanjaan keluargaKUANTAN 21 Mei - Seorang ibu tunggal terpaksa mencari rezeki dengan menjual lidi dan mengutip hasil hutan untuk dijadikan sumber rezeki bagi menampung kehidupan dua anaknya di Kampung Tanah Putih Barat di sini. Kehidupan Rosmini Mamat, 42, berubah sejak dua tahun lalu apabila suaminya meninggal dunia akibat kencing manis. Menurutnya, bagi membantu keluarga, anak sulungnya bekerja di sebuah kedai dobi di sini untuk menampung perbelanjaan keluarga. Katanya, dengan pendapatan anaknya yang tidak seberapa iaitu RM350 sebulan, wang diperoleh digunakan sebaik mungkin bagi menampung perbelanjaan selain menanggung anak bongsunya yang masih bersekolah. "Memang anak saya ada mendapat bantuan bulanan, RM100 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi kadang-kadang terpaksa berlapar ke sekolah tanpa sebarang wang belanja," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini baru-baru ini. Menurutnya, dia sendiri tidak melakukan kerja berat kerana mengalami penyakit sama seperti arwah suaminya sehingga jari tengah kaki kanan terpaksa dipotong pada Januari lalu. Katanya, semasa arwah suaminya masih hidup, kehidupannya tidaklah begitu terdesak kerana arwah bekerja sebagai pemandu bas. "Selepas ketiadaannya, saya anak beranak terpaksa bergantung ihsan kepada mereka yang sudi menyumbangkan menghulurkan beras dan keperluan harian lain," katanya. Kehidupan ibu tunggal itu bertambah tertekan apabila sewa rumahnya RM100 sebulan masih tertunggak sejak 2007 tetapi bersyukur kerana tiada desakan daripada tuan rumah supaya menjelaskannya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan