Jumaat, 20 Mei 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Bermalam di 'muzium hidup'

Posted:

Bermalam di 'muzium hidup'

Bermalam di 'muzium hidup'

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


Reka bentuk Villa CMI di Kampung Morten, Melaka. - utusan/GAIE UCHEL


MELAKA 19 Mei - Kampung Morten bukan nama yang asing lagi, malah cari sahaja perkataan itu di Internet, puluhan ribu artikel menceritakan mengenai sejarah kampung ini dapat dibaca.

Namun, berbeza bagi mereka yang pernah datang ke sini, terutama menyaksikan keindahan pemandangan pada waktu malam yang dilimpahi neon berwarna warni, pasti berasa bertuah jika dapat menginap di salah sebuah rumah di sini.

Kerana keunikan dan tarikannya itu, tidak hairanlah kampung tradisional Melayu itu dilabel sebagai 'muzium hidup' oleh pelancong yang pernah datang ke sini.

Kepada mereka yang pernah berangan-angan bermalam di kampung tersebut sebelum ini untuk berkongsi cara hidup lama yang diamalkan penduduk kampung tersebut sambil menikmati keunikan reka bentuk Rumah Melaka dan Rumah Limas yang berusia kira-kira 100 tahun, ia bukan lagi satu mimpi hari ini.

Ini kerana, mulai November lalu, syarikat pengurusan Menara Taming Sari, Menara Taming Sari Berhad (MTSB) memperkenalkan Taming Sari Homestay di Kampung Morten.

Pengurus Jualan dan Pemasaran MTSB, Mohd. Husni Husin berkata, sejak mula beroperasi, Taming Sari Homestay mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pelancong dalam dan luar negara.

Menurutnya, rumah yang dijadikan inap desa itu merupakan kediaman asal salah seorang penduduk kampung itu.

"Terletak di pinggir Sungai Melaka, Taming Sari Homestay menjadi salah satu produk pelancongan wajib bagi mereka yang ingin merasai pengalaman tinggal di kampung tradisional Melayu yang dibuka pada 1922.

"Dikelilingi pelbagai produk pelancongan lain seperti monorel dan bot Melaka River Cruise, pengalaman bermalam di inap desa ini pasti memberi keunikan yang tersendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut Husni, Taming Sari Homestay sengaja tidak dilengkapi alat pendingin hawa dan air panas untuk mengekalkan ciri-ciri kehidupan masyarakat kampung dahulu.

Beliau berkata, antara kemudahan lain yang disediakan di rumah yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air itu ialah peti sejuk, televisyen dan dua ruang tamu.

"Rumah ini sesuai untuk tiga orang kerana mempunyai tiga bilik tidur, namun ia boleh memuatkan sehingga 10 orang kerana mempunyai dua ruang tamu yang luas.

"Bagaimanapun, jika melebihi 10 orang, kami mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM20 seorang," katanya.

Bagi keluarga yang tidak melebihi 10 orang, mereka boleh bermalam di Taming Sari Homestay pada harga RM300 dan dibenarkan memasak di dapur yang disediakan.

Untuk individu katanya, mereka juga boleh menyewa bilik dan menggunakan dapur serta ruang tamu pada harga RM120, RM100 dan RM80 sehari, mengikut keluasan bilik.

Selain Taming Sari Homestay yang bercirikan rumah tradisional, katanya MTSB juga menyediakan sebuah lagi inap desa berciri moden di kampung tersebut dikenali Villa CMI (Perbadanan Ketua Menteri) yang mula beroperasi 1 Mei lalu.

"Berbeza dengan Taming Sari Homestay, Villa CMI merupakan kediaman baru berciri moden. Villa CMI mempunyai sembilan bilik dan caj yang dikenakan sehari ialah RM120 untuk bilik bujang dan RM150 bagi bilik berkembar," tambahnya.

MTSB juga menyediakan kemudahan sewa basikal pada harga RM5 sejam bagi mereka yang ingin mengelilingi kampung tersebut untuk melihat keindahannya.

Husni berkata, pihaknya juga memberi satu tiket percuma menaiki Monorel Melaka bagi setiap tempahan bilik.

Mereka yang berminat bermalam di Taming Sari Homestay atau Villa CMI boleh menghubungi talian 06-2881100.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penubuhan inap desa di Kg. Morten langkah tepat

Posted:

Penubuhan inap desa di Kg. Morten langkah tepat

Penubuhan inap desa di Kg. Morten langkah tepat

MELAKA 19 Mei - Pemilihan Kampung Morten di pesisiran Sungai Melaka sebagai pusat inap desa merupakan satu langkah yang tepat sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik (gambar) berkata, pembukaan inap desa di kampung tersebut memberi lebih masa kepada pelancong mengenali sejarah kampung tersebut yang wujud sekitar 1920-an.

Beliau yakin ramai di kalangan pelancong menunggu peluang untuk bermalam di rumah kampung tersebut bagi menikmati sendiri pengalaman dan suasana kampung yang diibaratkan sebagai muzium hidup.

"Kedudukan kampung ini di pusat bandar juga memudahkan lagi pengunjung untuk datang ke sini tanpa perlu ke kawasan pedalaman untuk merasai cara hidup kampung. Ia pastinya merancakkan lagi industri pelancongan negeri," katanya.

Latiff pada masa sama berharap lebih banyak homestay dapat dibuka di Kampung Morten dan di kawasan sekitarnya.

Menurut beliau, inap desa bukan bermaksud sesebuah rumah itu perlu terletak di kawasan kampung sahaja, sebaliknya kawasan bandar yang masih mengamalkan cara hidup kampung juga boleh dijadikan inap desa sekiranya ia mempunyai tarikan tersendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sindiket curi kereta tumpas

Posted:

Sindiket curi kereta tumpas

Sindiket curi kereta tumpas

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 19 Mei - Polis menumpaskan satu sindiket curi kereta di sekitar Selangor selepas menahan enam lelaki yang dipercayai anggotanya dalam serbuan berasingan di negeri ini, Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid (gambar) berkata, pihaknya turut merampas semula 10 buah kenderaan curi yang dianggarkan bernilai RM200,000 selain sejumlah peralatan melakukan jenayah itu dan puluhan kunci pendua.

Menurutnya, semua suspek diberkas pada 22 April hingga 30 April lalu di beberapa lokasi iaitu Sepang dan Kajang, Selangor; Cheras, Kuala Lumpur, Melaka serta negeri ini.

"Kita berjaya menemui semula 10 buah kenderaan termasuk sebuah lori yang dilaporkan dicuri sejak tahun lalu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini

Jelas Hamdan, siasatan dijalankan oleh Unit Risikan dan Operasi Rekod (D4) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan mendapati semua kereta dicuri itu dijual kepada orang perseorangan serta bengkel membaiki kereta dengan harga yang murah.

"Kereta yang ditemui semula ini terdiri daripada masing-masing dua buah Proton Waja, Wira dan Perdana manakala masing-masing sebuah Honda City, Honda Accord, Perodua Kancil dan lori tiga tan Daihatsu.

"Semua kenderaan tersebut dirampas daripada orang perseorangan dan bengkel membaiki kereta di sekitar negeri ini, Selangor dan Melaka," ujarnya.

Tambah Hamdan, semua suspek yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an yang berasal dari negeri ini, Selangor dan Melaka.

"Semua mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap disyaki menjalankan kegiatan mencuri kereta secara aktif sejak setahun lalu.

"Suspek dan kereta yang dijumpai semula ini akan diserahkan kepada IPK Negeri Selangor untuk tindakan lanjut," jelasnya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan