Isnin, 23 Mei 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Tiada niat selesai masalah

Posted:

Tiada niat selesai masalah

Tiada niat selesai masalah

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
kota@utusangroup.com.my

SHAH ALAM 22 Mei - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa tidak mempunyai sebarang niat untuk membantu menyelesaikan masalah lebih 45 keluarga Melayu berhubung isu tanah di Kampung Kerandang, Hulu Selangor.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan (gambar) berkata, beliau kesal dengan sikap kerajaan negeri itu yang dilihat lebih banyak menyalahkan penduduk di kawasan itu dengan pelbagai alasan melibatkan status tanah, kelulusan lesen menduduki sementara (TOL) sehinggalah kepada pencerobohan kawasan Hutan Simpan Bukit Tarek.

Katanya, sebagai kerajaan negeri, mereka tidak seharusnya bersikap menyerang dan terus menerus menyalahkan penduduk yang telah menetap lebih 23 tahun di situ tetapi sebaliknya berusaha mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya.

Ini kerana, katanya, penduduk di situ sebenarnya tidak mengetahui apa-apa mengenai status tanah berkenaan memandangkan tanah mereka duduki sebelum ini pernah diberikan kelulusan TOL.

Kerajaan negeri sebelum ini mengatakan mereka sebuah kerajaan berkebajikan dan mengutamakan rakyat dan mereka sepatutnya mencari jalan penyelesaian untuk membantu penduduk kampung berkenaan.

"Saya sudah ke kampung itu dan saya dapati mereka ini terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan mengusahakan tanaman di atas tanah terbabit. Jika sikap itulah yang diamalkan, ternyata kerajaan negeri hari ini tidak bertimbang rasa dan zalim," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas nasib penduduk Melayu di Kampung Kerandang yang berkemungkinan akan dihalau berikutan kenyataan Pejabat Menteri Besar yang tidak mengiktiraf kewujudan kampung itu.

Keputusan kerajaan negeri itu dibuat atas alasan bahawa Kampung Kerandang adalah bukan penempatan yang sah kerana tidak mempunyai sebarang rekod yang membuktikan perkara itu.

Kamalanathan berkata, kerajaan negeri juga perlu membantu semua penduduk di kampung itu dan bukan terhad kepada bilangan tertentu sahaja kerana kesemua mereka telah menetap di tanah berkenaan sejak sekian lama.

"Inilah tanggungjawab yang harus kerajaan negeri pikul dan selesaikan dengan berhemah, bukannya bersikap 'ala mafia' dengan mengugut untuk meroboh dan sebagainya," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Patuh garis panduan projek tanah bukit

Posted:

Patuh garis panduan projek tanah bukit

Patuh garis panduan projek tanah bukit


RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin menandatangani plak perasmian Pusat Komuniti Bukit Bandaraya sambil diperhatikan oleh Ahmad Phesal Talib (kiri) dan Ahmad Fuad Ismail (dua dari kiri) di Damansara, semalam.


KUALA LUMPUR 22 Mei - Pembangunan kawasan berbukit yang mematuhi garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk terlibat dalam kejadian tanah runtuh.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa memantau projek di kawasan berbukit bagi memastikan garis panduan dipatuhi.

"Jika pemaju mengikut garis panduan yang ditetapkan, maka kejadian tanah runtuh seperti di Hulu Langat semalam mungkin dapat dielakkan.

"Di Hong Kong, banyak pembanguan di kawasan cerun dijalankan tetapi kurang kejadian tanah runtuh kerana pembangunannya mematuhi aspek teknikal yang ditetapkan," katanya selepas merasmikan Pusat Komuniti Bukit Bandaraya di Damansara di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Ahmad Phesal Talib dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.

Beliau mengulas mengenai kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, semalam.

Raja Nong Chik juga menegaskan, sikap bertanggungjawab tuan tanah dan pemaju juga amat penting supaya penduduk sekitar dan yang bersempadan dengan tanah yang mereka majukan itu tidak menerima kesannya.

"Pembangunan yang dibuat mungkin tidak memberi kesan pada tanah mereka tetapi pemilik dan pemaju juga harus peka kepada kawasan berhampiran," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemuda UMNO berusaha bantu Aisyah ke IPT lebih dekat

Posted:

Pemuda UMNO berusaha bantu Aisyah ke IPT lebih dekat

Pemuda UMNO berusaha bantu Aisyah ke IPT lebih dekat


Khairy Jamaluddin (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Aisyah Azahar (dua dari kiri) ketika melawat keluarga gadis itu di Taman Jaya, Bandar Tun Razak, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 22 Mei - Pemuda UMNO akan membantu Aisyah Azahar, 18, mendapat tempat di institusi pengajian tinggi (IPT) yang dekat dengan rumahnya bagi memudahkan dia melawat ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pelajar susah yang mendapat 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu telah menerima tawaran daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Arau, Perlis.

Menurutnya, atas usaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, dia berjaya ditukarkan ke kampus Segamat, Johor, namun kampus itu juga agak jauh, membuatkan beliau risau Aisyah tidak dapat fokus pada pelajaran.

"Saya akan cuba membantu Aisyah mendapat tempat di IPT yang lebih dekat atau di maktab perguruan supaya dia lebih senang pulang ke rumah jika ada sebarang kecemasan.

"Harapan keluarga ini amatlah tinggi. Walaupun mereka gembira Aisyah dapat melanjutkan pelajaran, namun mereka amat berat untuk melepaskan dia pergi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis meraikan kejayaan pelajar itu yang akan melanjutkan pelajaran ke UiTM di rumahnya di Taman Jaya, Bandar Tun Razak di sini.

Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Rizalman Mokhtar, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Saharudin Zainal Abidin dan Naib Ketua UMNO Bahagian, Azami Mohamad.

Pada majlis itu, Aisyah turut menerima wang tunai RM2,500 untuk digunakan membuat persiapan ke UiTM dan juga bungkusan makanan.

Bagi Khairy, kes Aisyah itu amat istimewa kerana selain dapat membantu keluarga gadis itu semasa program Jelajah One Malaysia (JOM), mereka juga dapat melihat kesungguhan Aisyah untuk berjaya dalam pelajaran.

"Saya mahu Aisyah melanjutkan pelajarannya dan berjaya supaya dia dapat mengubah nasib keluarga ini," jelasnya.

Pada Mac lalu, Utusan Malaysia menyiarkan kisah hidup Aisyah yang terpaksa menyara dan menjaga beberapa ahli keluarganya yang mengalami masalah kesihatan.

Dia perlu menjaga datuknya yang lumpuh akibat parkinson, neneknya yang mengalami penyakit kemurungan serta kakak dan ibu saudara yang mengalami sakit jiwa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan