Selasa, 24 Mei 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Gempur, lasak di PD Buggy Trek

Posted:

Gempur, lasak di PD Buggy Trek

Gempur, lasak di PD Buggy Trek

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Pengunjung merasai keseronokan apabila disimbah air oleh beberapa petugas yang menyorok di celah semak ketika meredah di litar tanah merah yang ekstrem di PD Buggy Trek, Port Dickson.


TELUK KEMANG 23 Mei – Jika anda seorang yang lasak, kenapa tidak menyertai aktiviti yang lebih ekstrem di PD Buggy Trek, dekat Port Dickson.

Ini kerana pengunjungnya bukan sahaja dicabar dengan keperitan, tetapi sepanjang litar itu akan melalui laluan tanah merah yang ekstrem, simbahan air dan peringkat halangan yang tidak diduga.

Menurut Urus Setia PD Buggy Trek, Kenny Detosta, 47, trek yang dibina di situ amat mencabar apatah lagi bagi mereka yang pertama kali mencuba kenderaan buggy ekstrem.

''Litar ini jaraknya 800 meter sahaja bagi satu pusingan, tetapi di dalamnya telah kita reka bentuk dengan pelbagai kepayahan sesuai dengan fungsi lasak.

''Peserta yang menyertai sukan ini, kita berikan tiga pusingan dengan kos dan bayaran minimum," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, kos sewaan kenderaan mengikut jenis buggy iaitu ATV, Buggy, Krazy Kart, moto Srambler.

''Sewaan ATV ialah RM25, Buggy RM35, Krazy Kart pula RM25 dan Scrambler sekitar RM30," katanya.

Katanya, PD Buggy Trek bukan sahaja dikunjungi pelancong tempatan, malahan ada juga datang dari Taiwan, Korea, Uganda, Turki, Iran, Singapura dan Indonesia.


Seorang penunggang seronok apabila cuba melepaskan diri daripada disimbah air di litar tanah merah yang ekstrem di PD Buggy Trek, Port Dickson.


''Saya seronok kerana ada juga peserta yang menaiki salah satu kenderaan ekstrem itu berusia 78 tahun dan dia kelihatan gagah dalam mengharungi trek lasak ini," katanya.

Sementara itu, rakannya, Abdul Ajib, 28, yang sama-sama menyelia kawasan trek itu berkata, selain trek mencabar, ia turut menyediakan pakej berkaraoke dan ayam bakar.

''Semua ini bergantung kepada peserta yang datang membuat tempahan, sama ada untuk menyertai aktiviti secara berkumpulan atau persendirian," katanya.

Tambahnya, beberapa kejutan juga dilakukan di sini seperti ketika pengunjung leka mengendalikan buggy, beberapa petugas akan menyorok di celah semak sebelum menyimbah air kepada mereka.

Namun begitu, faktor keselamatan menjadi keutamaan kerana peserta dikehendaki memakai topi keselamatan dan berkasut.

''Sukan ini boleh berkembang dan menarik ramai pelancong. Jika ada lokasi yang lebih baik, ia amat sesuai dibangunkan dengan sokongan dan bantuan kerajaan negeri," ujarnya.

Mereka yang berminat boleh melayari laman web www.pdbuggytrek.blogspot.com atau menghubungi 013-2013727 dan 019-2020791 untuk tempahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sukan lasak di Malaysia tarik minat pelancong asing

Posted:

Sukan lasak di Malaysia tarik minat pelancong asing

Sukan lasak di Malaysia tarik minat pelancong asing

TELUK KEMANG 23 Mei - ''Saya datang ke sini kerana treknya yang mencabar sesuai dengan jiwa saya."

Kenyataan itu selalu didengar daripada mulut pengunjung yang datang ke PD Buggy Trek, lokasi kenderaan lasak yang kian popular di Port Dickson.

Menurut pelancong dari Singapura, Ridzal Fadilellah, 40, dia datang ke negara ini kerana menyambut hari keluarga bersama sanak saudara.

''Biasanya saya akan datang ke Port Dickson kerana pantainya yang bersih dan selamat.

''Kami sekeluarga mahukan kelainan dan apabila melihat adanya PD Buggy Trek, ia membuatkan kami teruja untuk datang dan mencubanya kerana ia memang menjadi minat kami semua," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ridzal berkata, di negaranya sukan sebegitu memang banyak tetapi ia tidak mencabar dan treknya terhad.

''Sukan ekstrem di Malaysia lebih mencabar, tambahan pula trek yang dibina masih semula jadi keadaannya. Saya syorkan supaya kawasan trek buggy ini diperluaskan dengan jarak lebih jauh dan kejutan tidak diduga," katanya.

Seorang lagi pelancong, Andyheru, 25, dari Indonesia memberitahu, pertama kali datang ke PD Buggy Trek, dia sudah berasa gembira.

''Jika pantainya bersih, trek di kawasan pantai ini boleh juga dibangunkan sebagai lokasi terbaik sukan ekstrem.

''Kenapa ia tidak dimajukan dengan lebih besar supaya pelancong boleh mencuba dengan jumlah yang ramai, lebih mencabar dan merasai suasana mencabar pantai," katanya.

Katanya, di Indonesia, sukan ekstrem itu banyak tetapi semuanya dilakukan di kawasan pedalaman, berbeza dengan Malaysia, apabila ia diadakan di kawasan pantai dan sedikit bangunan.

Rakannya, Yulita Anggraemy, 26, berkata, selain kos sewaan yang murah, ia dapat memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya.

''Di sini ada pekerja yang membantu dan jika berhadapan masalah, mereka akan segera memberikan perkhidmatan.

''Ini yang membuatkan saya seronok berada di PD Buggy Trek. Pasti saya akan datang semula ke sini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bukit Baru bakal berubah wajah

Posted:

Bukit Baru bakal berubah wajah

Bukit Baru bakal berubah wajah

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
pengarang@utusan.com.my


MOHD. Ali Rustam (kanan) berbincang dengan penduduk semasa melawat pekan Bukit Baru, Melaka, semalam.


MELAKA 23 Mei – Sebanyak 26 buah rumah kedai usang di pekan Bukit Baru di sini akan dirobohkan bagi memberi laluan projek pembinaan deretan kedai tiga tingkat bagi memberi imej baru kepada pekan Bukit Baru menjelang Ogos ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, urusan pampasan terhadap 26 keluarga terbabit berjumlah RM4.9 juta telah pun selesai dilakukan dan hanya menunggu projek itu dilaksanakan.

"Rumah kedai usang ini perlu segera dirobohkan selain melakukan kerja-kerja pengindahan dan landskap yang menarik supaya pekan ini tidak lagi kelihatan seperti pekan koboi, sebaliknya menjadi sebuah pekan moden yang lebih bersih dan teratur.

"Bangunan deretan kedai tiga tingkat yang bercirikan seni bina Perancis itu nanti akan mempunyai sebanyak 43 unit kedai," katanya kepada pemberita selepas meluangkan masa hampir dua jam meninjau pekan tersebut, di sini hari ini.

Menurut beliau, walaupun proses pengambilan semula tanah telah selesai, masih ada beberapa keluarga meminta tambahan masa untuk berpindah.

Justeru, beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Baru berharap keluarga terlibat dapat segera berpindah selewat-selewatnya Jun ini.

Katanya, apabila siap kelak, pekan Bukit Baru akan mempunyai lebih banyak peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan kegiatan ekonomi penduduk setempat.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, projek terlibat merupakan salah satu usaha membangunkan semula pekan-pekan kecil di negeri ini.

Antara projek pembangunan semula pekan-pekan kecil di negeri ini yang telah dilaksanakan pada tahun lalu ialah pekan Selandar, Gadek, Nyalas dan Pulau Sebang.

Pada September 2009, kerajaan negeri mengemukakan permohonan peruntukan sebanyak RM100 juta kepada Kerajaan Pusat bagi membantu menaik taraf pembangunan fizikal 18 pekan kecil di negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan