Ahad, 22 Mei 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Hujan berterusan punca tanah runtuh

Posted:

Hujan berterusan punca tanah runtuh

Hujan berterusan punca tanah runtuh

KUALA LUMPUR 21 Mei - Faktor hujan berterusan sejak kebelakangan ini berkemungkinan besar menjadi punca utama kejadian tanah runtuh yang menimbus sebuah rumah anak yatim di Hulu Langat, hari ini.

Pensyarah Geoteknik dan Pengangkutan, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Ir. Azman Kassim berkata, hujan dalam kuantiti yang banyak dalam tempoh 24 jam juga boleh menyumbang kepada kejadian serupa.

"Ini juga menjadi punca utama dalam beberapa kejadian tanah runtuh yang berlaku sebelum ini. Apatah lagi, sejak beberapa hari kebelakangan ini, beberapa negeri seperti Johor dan sekitar Lembah Klang menerima hujan berterusan dan agak lebat," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kejadian tanah runtuh yang menimbus Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, di sini dalam kejadian pada pukul 2.30 petang ini.

Rumah anak yatim itu didiami oleh 49 penghuni termasuk lima penjaga dan ketika kejadian seramai 20 hingga 30 penghuni dikatakan berada di rumah berkenaan.

Azman berkata, faktor tanah cerun di negara ini dengan jenis tanah berkeladak juga menyumbang kepada kejadian tanah runtuh.

Ini kerana kata beliau, tanah jenis berkeladak akan berada dalam situasi yang disebut 'kritikal' atau bermasalah setiap kali berlakunya hujan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tragedi boleh dielak - Shaziman

Posted:

Tragedi boleh dielak - Shaziman

Tragedi boleh dielak - Shaziman

HULU LANGAT 21 Mei - Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor kesal kerana tragedi tanah runtuh melibatkan rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, sebenarnya boleh dielakkan.

Menurut beliau, ini kerana pihak berkenaan telah mengesan pergerakan tanah di kawasan itu sebelum ini tetapi tidak dilaporkan secara terperinci kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Ia mendukacitakan kerana kejadian ini boleh dihindari jika kita bertindak lebih awal. Saya telah kata walaupun ia tanah persendirian, minta bantuan JKR atau pihak berkaitan sekiranya berlaku tanda-tanda seperti tanah tidak stabil," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian, malam ini.

Shaziman memberitahu, kejadian tanah runtuh kebiasaannya tidak akan berlaku secara mendadak melainkan selepas tanda-tanda awal seperti pergerakan tanah yang tidak seimbang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pekema derma RM100,000

Posted:

Pekema derma RM100,000

Pekema derma RM100,000

KUALA LUMPUR 21 Mei - Yayasan Pekema mengumumkan sumbangan derma RM100,000 bagi membantu semua mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, dekat sini hari ini.

Pengerusi Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya amat tersentuh dengan tragedi tersebut dan mahu membantu.

"Menerusi Yayasan Pekema iaitu badan kebajikan yang ditubuhkan oleh Pekema, kami mahu memberi sumbangan derma RM100,000 kepada mangsa-mangsa terbabit," katanya di sini hari ini.

Menurut laporan awal, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang ini, seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu dilaporkan tertimbus.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan