Sabtu, 21 Mei 2011

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Ulama atau Erdogan

Posted:

Ulama atau Erdogan

Ulama atau Erdogan

Oleh Noraini Abd. Razak

PEMILIHAN pucuk kepimpinan Pas 2009 berlangsung ketika pembangkang masih meraikan keterujaan mereka terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-12.

Ketika itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih sebagai Presiden dengan Nasharudin Mat Isa menjadi timbalan. Bagi pemilihan2011 Abdul Hadi tidak dicabar. Beliau kekal selesa di jawatan nombor satu dalam parti untuk lima penggal berturut-turut. Tentunya pemimpin yang pernah disenaraikan oleh Asiaweek sebagai Top 50 itu telah memikirkan keutamaannya apabila dimuktamadkan sebagai Presiden.

Namun apabila ditanya perkara tersebut, Prof Abdul Aziz Bari berterus terang bahawa beliau tidak tahu sama ada Abdul Hadi mempunyai keutamaan. Jawapan beliau merujuk kepada apa yang dilakukan dan tidak dilakukan oleh Presiden Pas itu dalam penggal sebelum ini yang dirumuskan sebagai tidak jelas.

Beliau mengambil contoh penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang disifatkan sebagai lambat sekali gus menunjukkan Abdul Hadi tidak komited dalam membuka parti itu kepada bukan Islam.

Pemerhati politik yang sering menimbulkan kegelisahan penyokong-penyokong Pas itu mengulas panjang apabila ditanya kegagalan serta kejayaan Presiden Pas itu lantaran nama Abdul Hadi bukannya kecil.

''Ceramahnya dikatakan hambar, tiada lagi tenaga sebagaimana dahulu. Abdul Hadi gagal menterjemahkan kekuatan keahlian (lebih sejuta orang) dan kekuatan sumber dan logistik parti.

''Di bawah Abdul Hadi Pas tidak lagi disegani sebagaimana ketika Datuk Fadzil Noor,'' katanya.

Pas menurut Abdul Aziz hanya menyediakan tenaga untuk pakatan pembangkang, sedangkan sepatutnya dengan kedudukan dan kekuatan Pas, ia menjadi pemimpin pakatan. Keadaan itu tidak berlaku kerana kelemahan Abdul Hadi adalah untuk menterjemahkan kekuatan Pas, bukan kelemahan Pas.

Ditanya tentang persaingan antara Mohamad Sabu dan Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan timbalan presiden, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa itu mempunyai pandangan tersendiri.

Mohamad, menurut Abd. Aziz dengan usia menghampiro 60 tahun ialah veteran parti yang lama berjuang.

''Beliau pernah ditahan di bawah ISA dan mempunyai hubungan yang intim dengan rakan pakatan. Nasharuddin pula pemimpin yang naik kerana peluang dan nasib.

''Meskipun Nasharuddin ada kelebihan. Usia yang muda iaitu 49 tahun tidak digunakan dengan baik. Beliau tidak dilihat sebagai timbalan presiden yang berjaya sebagaimana Hassan Shukri.

''Organisasi parti terbiar, ini sepatutnya kerja orang nombor dua,'' kata Abdul. Aziz yang melihat Nasharuddin lebih oportunistik, naik kerana kumpulan Erdogan mencari calon sesuai untuk menyingkirkan Hassan ketika itu.

Mengenai percaturan Erdogan dan ulama yang dilihat dalam pemilihan pucuk kepimpinan Pas kali ini, Katanya, istilah Erdogan sebenarnya tidak begitu dipersetujui lantaran tidak mudah untuk menggolongkan pemimpin dalam Pas kepada dua kelompok itu. Contohnya Datuk Mustafa Ali dan Datuk Hasan Ali adalah golongan Erdogan/profesional dari segi latar belakang tetapi mereka sebahagian kumpulan konservatif yang condong kepada UMNO.

''Nik Aziz adalah ulama - beliau pernah mengetuai Dewan Ulama - tetapi pemikian politiknya progresif dan dilihat oleh golongan yang dilabelkan Erdogan sebagai penaung,'' katanya.

Abdul Aziz juga tidak bersetuju apabila dikatakan wujud jurang antara puak Erdogan dan ulama Pas sehingga timbul isu saling tidak menghormati sesama mereka. Keadaan itu jika berlaku bukan disebabkan keghairahan puak bukan ulama sebaliknya disebabkan pemimpin yang ada gagal menterjemah kekuatan dan kedudukan parti itu. ''Pemimpin Pas gagal berbahas dalam isu-isu rakyat khususnya di Parlimen. Saya rasa ini kelemahan golongan yang dikatakan ulama itu.

''Dalam soal agama pun ulama tidak menyerlah dan ini jelas sekali apabila isu yang asalnya agama ada dimensi politiknya. Ini sekali lagi menyerlahkan kelemahan golongan itu.

''Soal sosio-ekonomi kelemahan mereka lebih jelas. Saya tidak melihat usaha menyekat ulama, sebaliknya Pas mahu meletakkan pemimpin yang mampu mengemudi parti di persada politik negara,'' katanya.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerangka ideologi berbeza

Posted:

Kerangka ideologi berbeza

Kerangka ideologi berbeza

Parti Pas yang menjadikan Islam sebagai jenama politiknya menolak keras kerjasama dengan UMNO yang dianggap sekular dan menentang dasar-dasar Islam yang difahami Pas. Pada masa yang sama Pas boleh berkerjasama dengan parti DAP yang ideologi politiknya bertentangan sama sekali dengan Pas. Hanya selepas pilihan raya umum 2008 Pas telah membuka pintu kepada kerjasama dengan parti yang bertentangan sama sekali dengan dasar-dasar Islam Pas.

Bagaimanapun penganalisis politik yang juga penyandang Kerusi Tun Ghafar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Datuk Zainal Kling, semua parti politik Melayu melihat kepentingan bangsa menerusi kerangka yang berbeza. Tetapi beliau mengingatkan Pas supaya tidak terperangkap dengan pendekatan kesederhanaan DAP untuk memikat sokongan Melayu.

"Pas perlu sedar bahawa kaedah yang digunapakai oleh DAP ini mendatangkan konflik kerana cuba menafikan hak orang Melayu yang akhirnya boleh membawa kepada bergaduh pada masa hadapan," tegas beliau ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID Khamis lalu.

MINGGUAN: Bagaimana Datuk melihat isu perpaduan Melayu walaupun berbeza parti?

ZAINAL: Dalam konteks ini yang memisahkan perpaduan orang Melayu hanya melibatkan parti politik sahaja. Tapi orang Melayu secara keseluruhannya tidak begitu. Kalau kita lihat dalam konteks orang awam bila melibatkan agama dan ideologi ia tidak memisahkan orang Melayu secara keseluruhan. Hanya pemimpin-pemimpin politik sahaja yang tidak boleh berbincang sesama mereka. Tetapi jika kita lihat di surau-surau ia tidak kelihatan secara ketara. Terdapat ahli UMNO, Pas dan lain-lain yang masih boleh duduk bersama dan berbincang. Saya ingat kebanyakan surau masih begitu keadaannya maknanya dalam konteks orang awam mereka tidak terlalu teruk dalam soal perpaduan. Memang ada sedikit perpecahan terutama pada peringkat awal selepas Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) bilamana penyokong Pas dan PKR merasa sedikit hebat selepas mencapai kemenangan. Mereka memang agak menonjolkan diri.

Namun keadaan sekarang tidak lagi begitu. Maknanya di sini dari sudut orang awam perbincangan mengenai orang Melayu masih berlaku dengan tidak terlampau disekat oleh ideologi politik. Masalahnya sekarang paling ketara di peringkat pemimpin politik serta juga melibatkan media masa termasuklah blog dan portal yang digunakan oleh parti politik untuk membincangkan isu Melayu berdasarkan konsep dan kerangka pemikiran parti tersebut. Jika kita lihat di surau perbincangan mengenai isu Melayu dan politik masih berlaku secara terbuka namun tidaklah sampai bergaduh walaupun mungkin terdapat mereka yang berasa berkecil hati. Oleh itu kita boleh lihat berlaku dua tahap dalam perbincangan isu Melayu yang pertama melibatkan pemimpin dan parti politik Melayu dan kedua melibatkan orang awam dan ini berlaku tanpa halangan.

Apakah ini bermakna parti politik Melayu tidak melihat soal kepentingan bangsa melampaui kepentingan politik?

ZAINAL: Tidak begitu, parti politik ini melihat soal kepentingan bangsa dari kerangka mereka. Maksudnya UMNO melihat soal kepentingan bangsa melalui ideologi mereka dan begitu juga dengan Pas dan PKR. Ia masih melibatkan soal kepentingan dan isu Melayu tetapi berbeza kerangka pemikirannya. Jika kita bertanya kepada orang UMNO mereka akan memberi pandangan dari sudut mereka dan begitu juga yang berlaku bila melibatkan orang Pas dan PKR. Isu pokoknya tetap Melayu namun berlaku perbezaan kerana kerangka pemikiran parti berbeza.

Adakah kita boleh menganggap pepecahan Melayu dari sudut aliran pemikiran?

ZAINAL: Kita boleh katakan di sini berlaku perpecahan dari sudut aliran pemikiran politik Melayu kerana terdapat pelbagai aliran. Ada aliran yang dulu sangat Islamik tetapi sekarang tidak lagi seperti Pas pada umumnya. Ini kerana ia sudah menjadi isu politik maksud saya pemikiran yang menyesuaikan diri dengan gabungan dalam parti pembangkang.

Saya fikir dalam pembangkang percaturannya banyak ditakrifkan oleh pemikiran DAP. Ini kerana mereka mempunyai beberapa kelebihan, pertamanya kerana pemimpin-pemimpin mereka terdidik tinggi dalam undang-undang. Keduanya mereka tidak mementingkan penyertaan massa tetapi tertumpu kepada kelompok yang bijak serta mempunyai pelbagai latar belakang terutama undang-undang. Mereka tidak ubah seperti parti pemerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat (PAP). Berbeza dengan parti-parti lain yang mementingkan massa seperti Pas, UMNO dan PKR. Oleh itu dari sudut massa ia dijuarai oleh pihak lain dalam pembangkang tetapi dari sudut pemikiran ia dikuasai oleh DAP. Parti ini memikirkan sesuatu isu itu dari sudut ideologi mereka. Itu sebabnya setiap kali DAP meluahkan pemikiran dan idea mereka ia seolah-olah sudah lengkap. Slogan Malaysian Malaysia misalnya ia lengkap dengan aplikasi, alasan, strategi dan implikasinya. Namun sekarang ia sudah berubah dari Malaysian Malaysia kepada Middle Malaysia yang digubal mengikut kesesuaian keadaan. Ini kerana mereka melihat konsep Malaysian Malaysia ini tidak boleh mempengaruhi golongan Melayu dan Bumiputera.

Apa sebenarnya pemikiran yang cuba diterap oleh DAP yang berada dalam pakatan pembangkang sekarang?

ZAINAL: Sekarang ini mereka bercakap tentang soal kesederhanaan melalui Middle Malaysia. Ini bermaksud DAP senantiasa memikirkan mengenai gagasan, pemikiran, serta bagaimana untuk melaksanakannya. Ini tidak berlaku pada parti lain termasuklah UMNO. Seperti yang dilakukan oleh PAP yang sangat menekankan political education. Mereka memilih kepada gagasan yang dipanggil The Third Way. Ia adalah gagasan yang dicipta oleh Sosial Demokrat yang digagaskan di Eropah oleh orang-orang seperti Tony Blair. Namun ia mula diperkenalkan oleh seorang ahli sosiologi yang bernama Anthony Giddens yang pernah mengajar di London School of Economy (LSE). Ia menggabungkan gagasan kanan (rightist politic) yang terlalu bergantung kepada pasaran seperti Margaret Thatcher dengan gagasan politik kiri yang sangat bergantung kepada kawalan kerajaan. Maka apabila digabungkan konsep kawalan kerajaan dengan kuasa pasaran, timbullah idea Giddens yang dipanggil The Third Way. Itu yang digunapakai oleh pihak sosialis seperti sosialis demokrat yang terdapat di Jerman, Britain dan banyak lagi yang tidak lagi bergantung kepada konsep seperti Marxist dan komunis.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan