Selasa, 24 Mei 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


24 CCTV awasi penjenayah

Posted: 23 May 2011 11:41 AM PDT

SHAH ALAM: Awas, gerak geri anda sentiasa diperhatikan! Demikian peringatan Pegawai Perancang Bandar, Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Annie Syazrin Ismail kepada pelaku jenayah terutama sekitar bandar raya ini berikutan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar bandar raya ini.

Menurutnya, sejak 29 Mac lalu, 24 CCTV sudah dipasang di sekitar Shah Alam dan 60 peratus daripada CCTV itu dipasang di Taman Sri Muda di Seksyen 25 kerana kawasan itu mempunyai kadar jenayah yang tinggi.


Beliau berkata, pemasangan semua CCTV itu adalah usaha MBSA dengan kerjasama pihak polis untuk membanteras kegiatan jenayah dan maksiat yang berlaku di sekitar kawasan Shah Alam.

Menurutnya, rakaman CCTV itu dipantau selama 24 jam oleh pegawai bertugas iaitu terdiri daripada seorang pegawai MBSA dan seorang pegawai polis di bilik kawalan mengikut jadual ditetapkan.


"Selain dapat mengurangkan kes ragut dan kecurian, kami juga membantu dalam membendung kes maksiat seperti berdua-duaan di kawasan sunyi.


"Justeru awas dan fikir dulu sebelum berniat melakukan jenayah atau kegiatan tidak bermoral sebab CCTV ada dipasang di kawasan laluan orang ramai, kawasan bandar serta kawasan yang sunyi.

"Cuma, buat masa kini kita tidak berhubung secara terus dengan polis kerana di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang baru beroperasi tidak menempatkan bilik kawalan CCTV," katanya.


Menurutnya, pihaknya difahamkan kemungkinan seawal tahun hadapan MBSA dapat berhubung secara terus dengan polis menerusi CCTV bersepadu sekali gus mempercepatkan lagi aduan disampaikan kepada pihak berkuasa itu.

Selain itu, katanya, pada masa ini pihak MBSA sedang menantikan penambahan 50 CCTV daripada kerajaan negeri. "Dengan penambahan ini diharapkan dapat memudahkan pihak MBSA dan polis menjalankan tanggungjawab mereka dalam usaha mencegah jenayah dan kegiatan tidak bermoral," katanya.


Selain CCTV pihak MBSA turut memasang pembesar suara di beberapa kawasan tertentu bertujuan memaklumkan kepada orang ramai untuk mengalihkan kenderaan mereka jika meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Episod duka pramugari

Posted: 23 May 2011 11:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pramugari berusia 22 tahun yang mahu meraikan kejayaan bersama rakan sekerja selepas mendapatkan pekerjaan tetap bertukar tragedi apabila dia dirogol seorang lelaki tidak dikenali di sebuah hotel di Sentul di sini, kelmarin.

Difahamkan, mangsa dari Kota Bharu, Kelantan, baru memulakan pekerjaannya dengan sebuah syarikat penerbangan sebulan lalu dan dibawa rakannya ke sebuah kelab malam untuk meraikan kejayaannya dan mengajar mangsa untuk bersosial.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang tidak pernah meminum arak sebelum ini dikatakan hilang kawalan.

Menurut sumber, kesempatan itu digunakan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an untuk mendekati mangsa sebelum membawanya yang dalam keadaan mabuk ke sebuah hotel berhampiran.


"Mangsa kemudian dirogol lelaki terbabit sebelum meninggalkan mangsa berseorangan. Kejadian itu hanya disedari mangsa selepas mendapati dia berbogel dalam sebuah bilik hotel, kira-kira jam 10 pagi keesokan harinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan