Rabu, 11 Mei 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


13,000 panggilan 'main-main'

Posted:

13,000 panggilan 'main-main'

13,000 panggilan 'main-main'

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bersemangat melafazkan ikrar pada majlis sambutan Hari Anggota Bomba 2011 peringkat negeri di Ayer Keroh, Melaka, semalam. - UTUSAN/GAIE UCHEL


MELAKA 10 Mei - Sebanyak 13,000 panggilan 'main-main' telah diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri melalui talian kecemasan 994 sepanjang tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya, Zainuddin Md. Alip berkata, panggilan itu bukannya panggilan palsu tetapi ia dibuat segelintir kanak-kanak nakal semata-mata untuk mengacau dan mengganggu jabatan penyelamat itu.

Menurutnya, angka panggilan itu dikumpul dari lapan balai bomba di seluruh negeri dan kebanyakan panggilan dibuat pada hari biasa iaitu antara pukul 7 pagi dan 5 petang.

"Secara purata, dalam sehari pihak bomba menerima 100 hingga 400 panggilan 'main-main' termasuk ada yang memarahi kami sebelum memutuskan panggilan.

"Apabila kami cuba mengesan pemanggil berdasarkan nombor yang tertera, ia adalah nombor pondok telefon awam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Anggota Bomba 2011 peringat negeri di Jabatan Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh di sini hari ini.

Menurut Zainuddin, perbuatan itu boleh menjejaskan tugasan harian anggota jabatan itu kerana ia secara tidak langsung menganggu kelancaran tugas pihak bomba.

"Sehubungan itu, saya berharap ibu bapa dapat menasihatkan anak mereka supaya tidak bermain dengan menelefon dan mengganggu operator bomba menerusi talian 994," tegasnya.

Terdahulu pada majlis sama, seramai 20 orang termasuk anggota dan petugas media negeri menerima sijil penghargaan kerana membantu meningkatkan imej jabatan berkenaan melalui laporan disiarkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan mahu lebih banyak program belia

Posted:

Kerajaan mahu lebih banyak program belia

Kerajaan mahu lebih banyak program belia


Mohamad Hasan, meluangkan masa bersama sekumpulan kanak-kanak ketika beriadah di Kompleks Belia Paroi ketika hadir membuat lawatan sebagai tanda mula operasi Jabatan Belia Sukan Negeri di Kompleks Belia Paroi, seremban.


SEREMBAN 10 Mei - Kerjaan negeri meminta agar lebih banyak program serta platform pembangunan belia dijalankan secara berterusan di negeri ini ke arah memperkasakan modal insan yang bakal menjadi penentu masa depan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu seiring dengan hasrat kerajaan untuk menjana lebih ramai belia yang lebih produktif, proaktif dan positif dalam membangunkan negara yang dicintai ini.

"Saya selaku pentadbir negeri ini mahu melihat isu dan hal ehwal belia ini diberikan penekanan kerana golongan ini merupakan kumpulan yang akan menentukan nasib dan masa depan negara.

"Jika mulai sekarang kita tidak mengambil langkah memperkembangkan belia, kita akan rugi nanti kerana satu hari nanti golongan ini tidak lagi dapat kita dekati," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Jabatan Belia dan Sukan negeri Bersama Menteri Besar di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini malam tadi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gembira lima anak akhirnya dapat sijil lahir

Posted:

Gembira lima anak akhirnya dapat sijil lahir

Gembira lima anak akhirnya dapat sijil lahir


Anak-Anak M. Sutha gembira menunjukkan sijil kelahiran masing-masing di Taman Bahau, Jempol, semalam.


JEMPOL 10 Mei - Hampir 11 tahun, seorang ibu lapan anak, M. Sutha, 30, hidup dalam keresahan. Ia gara-gara lima daripada anaknya yang berusia antara 6 dan 11 tahun tidak memiliki sijil kelahiran.

Lebih merumitkan lagi apabila Sutha sendiri tidak memiliki kad pengenalan dan hanya mempunyai sijil kelahiran sebagai pengenalan dirinya.

Namun semua kebimbangan itu telah berakhir apabila dia mampu mengukir senyuman selepas kerajaan menjalankan kempen 'my-daftar' baru-baru ini, di mana dia berpeluang membuat sijil kelahiran anaknya serta kad pengenalan untuk dirinya.

Ketua MIC bahagian Jempol, G. Rajan berkata, sebaik menerima maklumat, pihaknya terus merujuk kes Sutha ini kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan ini untuk tindakan lanjut.

"Selepas permohonan dibuat selama dua bulan, akhirnya lima orang anak Sutha ini mendapat sijil kelahiran.

"Sutha pula telah mendaftar untuk diberikan kad pengenalan diri," katanya di sini hari ini.

Tambah Rajan, perkara ini timbul apabila keluarga tersebut kurang mendapat maklumat mengenai keperluan sijil kelahiran ini, apatah lagi mereka melalui kehidupan yang sukar.

"Penting bagi setiap anak yang lahir mendapatkan sijil kelahiran ini bagi membuktikan mereka telah dilahirkan dalam negara ini, sekali gus menerima pelbagai faedah sebagai warganegara Malaysia," katanya.

Dalam pada itu Sutha yang ditemui memberitahu, dia merasa terharu dan gembira selepas penantian sejak sekian lama untuk anak-anaknya memperoleh sijil kelahiran sudah berakhir.

''Anak saya tidak bersekolah dan saya pula sukar mendapatkan pekerjaan kerana tidak memiliki sijil ini dan kad pengenalan," ujarnya.

Sutha menambah selepas ini, kehidupan keluarganya akan berubah dan terima kasih kepada MIC kerana membantu menyelesaikan perkara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan