Rabu, 25 Mei 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Pelajar mudah dapat arak

Posted: 24 May 2011 01:36 AM PDT

Wilayah

KEDAI arak yang didakwa  tidak mempunyai lesen dikunjungi pembeli di Jalan Chantek, Petaling Jaya.

KEDAI arak yang didakwa tidak mempunyai lesen dikunjungi pembeli di Jalan Chantek, Petaling Jaya.

Kedai dekat sekolah di Jalan Chantek didakwa bekal minuman keras

PETALING JAYA: "Saya tidak mempunyai kuasa menghalang kerana mereka sekadar berdiri di luar premis," kata seorang pekerja kedai minuman keras di Jalan Chantek, di sini, selepas ditegur orang awam yang khuatir melihat premis berkenaan menjadi tumpuan luar biasa golongan pelajar.

Pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Dinesh mendakwa, premis itu menjadi tumpuan luar biasa golongan pelajar lelaki daripada sekolah berhampiran, setiap kali selepas tamat waktu persekolahan. Katanya, pelajar berkenaan biasanya menukar pakaian seragam dipakai terlebih dulu sebelum memasuki kedai minuman keras itu menyebabkan kakitangan premis berkenaan terus 'menutup mata' walaupun hakikatnya mengetahui mereka masih di bawah umur.

"Sudah berkali-kali dimaklumkan ada di antara pelajar sekolah mendapatkan bekalan minuman keras di situ, namun sehingga kini apa yang saya lihat golongan itu terus bebas keluar masuk ke premis berkenaan setiap kali tamat sesi persekolahan.

"Premis itu terletak berdekatan kawasan perumahan serta sebuah sekolah, jika pelajar semuda 16 tahun bebas mendapatkan minuman keras, saya khuatir perbuatan mereka ini akan menjadi ikutan pelajar lebih muda," katanya kepada Sentral.

Dinesh mendakwa, seorang rakannya yang sering ke premis itu memaklumkan pemilik kedai berkenaan mungkin mendapat bekalan minuman keras bebas cukai kerana berupaya menjualnya lebih murah, menyebabkan golongan pelajar terus menjadikan premis itu sebagai tumpuan.
"Daripada pemerhatian saya, ada minuman keras yang biasanya dijual sehingga RM100 di premis lain, tetapi boleh didapati dengan harga kurang RM80 di premis itu.

"Keadaan ini mungkin menyebabkan kedai itu terus menjadi tumpuan pelajar," katanya.

Dalam masa sama, Dinesh berharap agensi berwajib di kawasan itu dapat menjalankan pemeriksaan bagi mengenalpasti sama ada mereka diberi kebenaran menjalankan perniagaan minuman keras.

"Setahu saya, pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak meluluskan permohonan penjualan minuman keras jika premis terbabit didapati menjalankan perniagaan terlalu hampir dengan sekolah.

"Sebaliknya, dalam kes ini, premis itu hanya terletak kira-kira 500 meter saja daripada sekolah menengah lelaki," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Zainun Zakaria ketika dihubungi berkata, pihaknya akan membawa isu membabitkan premis minuman keras itu ke mahkamah secepat mungkin selepas pemiliknya gagal mematuhi arahan dikeluarkan MBPJ.

Zainun berkata, pihaknya pada awal tahun ini tidak meluluskan permohonan lesen perniagaan dibuat premis minuman keras itu kerana didapati menjalankan perniagaan berhampiran sekolah.

"Kami sudah menghantar satu lagi notis mengarahkan premis itu menghentikan operasinya dengan segera, malangnya mereka terus berdegil, menyebabkan permasalahan ini akan dibawa ke mahkamah," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Projek parit konkrit didakwa punca banjir

Posted: 24 May 2011 01:32 AM PDT

Wilayah

JAAFAR menunjukkan parit di Jalan Hashim Awang yang didakwa menyebabkan banjir kilat di kawasan perumahan di Tasek Gelugor.

JAAFAR menunjukkan parit di Jalan Hashim Awang yang didakwa menyebabkan banjir kilat di kawasan perumahan di Tasek Gelugor.

127 keluarga bimbang jika hujan hujan lebih setengah jam

TASEK GELUGOR: Sebanyak 127 keluarga di Taman Haji Ahmad Jamil di sini, berada dalam kebimbangan berikutan kekerapan banjir kilat, dipercayai berpunca daripada pembinaan parit konkrit bagi Projek Landasan Elektrik Berkembar (PLEB).

Penduduk mendakwa sejak pembinaan parit konkrit sepanjang 120 meter dari pintu pagar kereta api Jalan Hashim Awang dihubungkan dengan parit di taman itu kira-kira enam bulan lalu, tiga kali banjir kilat dilaporkan berlaku di taman berkenaan. Paling teruk terjejas rumah di Lorong Haji Ahmad Jamil Lima hingga Lorong Haji Ahmad Jamil Tujuh.

MMC-Gamuda JV Sdn Bhd (MMC-Gamuda) adalah kontraktor utama dalam projek berkenaan.

Berikutan masalah itu, Jawatankuasa Surau dan Kebajikan Penduduk Taman Haji Ahmad Jamil menyerahkan kertas cadangan pembinaan parit konkrit kepada kontraktor utama dan kerajaan negeri bagi mengelak banjir kilat.

Cadangan pertama ialah membina parit konkrit dari pintu pagar kereta api ke Jalan Hashim Awang dengan menghubungkan terus ke Sungai Jarak.
Kedua, membina parit konkrit sepanjang landasan kereta api dari pintu pagar kereta api hingga ke parit Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Sungai Jarak.

Salinan surat cadangan itu turut diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahaya; Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), Jabatan Kerja Raya; JPS dan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Prai Utara.

Setiausaha Jawatankuasa Surau dan Kebajikan Penduduk Taman Haji Ahmad Jamil, Jaafar Morhtar, berkata MMC-Gamuda menjawab surat itu dengan menyatakan bukan tanggungjawab mereka membina parit konkrit yang dicadangkan.

MPSP pula menyatakan pembinaan parit yang dicadangkan itu dalam bidang kuasa JPS.

"Kami pernah memohon supaya MMC-Gamuda mengadakan perjumpaan dengan penduduk bagi membincangkan masalah itu tetapi tiada perkembangan lanjut setakat ini," katanya menambah masalah itu membebankan penduduk.

Penduduk, Anas Shariff, 48, berkata pembinaan parit konkrit memasuki parit Jalan Haji Ahmad Jamil Satu ke taman itu menyebabkan berlaku banjir kilat apabila hujan lebat lebih setengah jam.

Dia juga kecewa dengan sikap MMC-Gamuda yang enggan menemui penduduk bagi membincangkan masalah itu.

Rakannya, Ismail Mat Isa, 42, berkata penduduk tidak menghalang pelaksanaan projek itu, tetapi jangan menimbulkan masalah sampingan seperti banjir kilat dan pencemaran.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan