Isnin, 23 Mei 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Futsal antara acara terbesar Hari Belia

Posted:

Futsal antara acara terbesar Hari Belia

Futsal antara acara terbesar Hari Belia

23/05/2011 8:53pm

PUTRAJAYA – Acara futsal menjadi antara program yang menerima sambutan hebat sempena sambutan Hari Belia Negara 2011 dan Himpunan Sejuta Belia di sini selama tiga hari, mulai Jumaat ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sebanyak 1,624 pasukan telah berdaftar untuk Kejohanan Rentap Futsal, yang akan diadakan selama empat hari tanpa henti mulai Khamis ini.

Katanya jumlah penyertaan itu melepasi sasaran sebanyak 1,600 pasukan.

"Sukan futsal mendapat sambutan tersebsar sekali sehingga pihak penganjur terpaksa menolak sebahagian daripada permohonan," katanya kepada pemberita selepas menerima tajaan bagi kejohanan itu di sini hari ini.

Pelancaran Himpunan Sejuta Belia akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu ini.

Ahmad Shabery berkata antara acara lain yang turut diadakan sempena acara tersebut ialah sukan bermotor, marathon dan sukan rakyat.

Sempena sambutan itu, katanya, pihaknya bercadang mengumpul derma bagi membantu mangsa kejadian tanah runtuh di Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, pada Sabtu lalu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga emas dirompak rugi RM7,000

Posted:

Warga emas dirompak rugi RM7,000

Warga emas dirompak rugi RM7,000

23/05/2011 8:52pm

YAN – Seorang ibu tunggal warga emas mengalami kerugian sebanyak RM7,050 selepas dirompak di rumahnya di Kampung Permatang Kechil, Kuala Sungai Daun di sini semalam.

Mangsa Azizah Mat Isa, 63, bersama seorang anak lelaki serta rakan lelakinya yang berusia lingkungan 20-an diikat pada tangan dan kaki oleh tiga perompak kira-kira 8 malam semalam, manakala cucu perempuannya, berusia 11 tahun, turut berada dalam rumah berkenaan tidak diapa-apakan.

Menurut Azizah tiga orang perompak yang datang ke rumahnya itu pada mulanya disangkakan anggota polis kerana menyoal siasat mereka dengan pelbagai pertanyaan.

"Makcik baru sudah sembahyang Maghrib tiba-tiba dengar ketukan pintu, cucu makcik buka pintu sebab dia ingat ayah dia rupa-rupanya tiga orang yang tidak dikenali yang berlagak seperti polis cuba tanya banyak soalan daripada kami," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya selepas beberapa minit tiga orang perompak itu menyerbu masuk rumahnya dan mengacukan senjata tajam di lehernya dan merompak barang kemas dan wang tunai RM50.

"Makcik tidak berani melawan sebab diacu pisau di leher, mereka menyelongkar rumah dan salah seorang daripadanya merentap barang kemas makcik ini iaitu dua utas rantai, seutas gelang, sebentuk cincin dan duit," kata Azizah.

Katanya ketiga-tiga penjenayah itu melarikan diri selepas merompak dan cucunya yang tidak diikat cuba melepaskan ikatan mereka.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Yan DSP Ismail Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut masih dijalankan.

"Sehingga kini polis masih belum mengenal pasti suspek dan siasatan sedang giat dijalankan," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hati-hati ubat Cina palsu di pasaran

Posted:

Hati-hati ubat Cina palsu di pasaran

Hati-hati ubat Cina palsu di pasaran

23/05/2011 6:53pm

SIBU - Orang ramai di Sarawak dinasihati berhati-hati dengan ubat Cina palsu yang terdapat di pasaran.

Presiden Persekutuan Persatuan Tabib dan Penjual Ubat Cina Malaysia, Ting Ka Hua berkata, adalah tidak mudah untuk mereka membezakan antara yang palsu dan tulen hanya kerana melihat bungkusannya.

Tetapi orang ramai boleh mengetahuinya kerana yang tulen ada hologram Kementerian Kesihatan pada bungkusan atau periksa pada laman web www.bpfk.gov.my untuk nombor penghantaran produk wajib Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan