Rabu, 25 Mei 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Lagi pangsapuri jadi makmal dadah

Posted:

Lagi pangsapuri jadi makmal dadah

Lagi pangsapuri jadi makmal dadah

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
pengarang@utusan.com.my


AYUB Yaakob menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah pangsapuri mewah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 25 Mei - Polis berjaya membongkar sebuah lagi makmal dadah yang beroperasi di pangsapuri mewah di negeri ini selepas menyerbu kediaman itu di Green Lane, kelmarin.

Serbuan yang dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri ini berjaya menemui dadah jenis heroin bernilai kira-kira RM400,000.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, serbuan dilakukan pukul 10.20 malam hasil intipan pihaknya sejak sebulan lalu selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui 10.8 kilogram dadah jenis heroin dan 71 gram dadah 'heroin base'.

"Turut ditemui, pelbagai peralatan memproses dadah seperti tong gas, ketuhar, beberapa botol asid dan bahan pewarna," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini hari ini.

Polis turut menahan dua lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 50 tahun dan menyita sebuah kereta bernilai RM30,000.

Hasil pemeriksaan, kedua-dua suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Mereka kini ditahan reman sehingga 30 Mei depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

Menurut Ayub, sindiket terbaru itu tiada kaitan kumpulan yang ditumpaskan baru-baru ini dan dadah tersebut dipercayai untuk dipasarkan di sekitar Pulau Pinang.

Minggu lalu, polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini bernilai RM10.5 juta selepas membongkar enam buah makmal dadah dalam tempoh empat hari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis Singapura pelanggan urut

Posted:

Polis Singapura pelanggan urut

Polis Singapura pelanggan urut

KLUANG 25 Mei - Seorang pegawai polis Singapura berpangkat deputi supritendan ialah antara pelanggan yang disoal siasat Jabatan Imigresen negeri dalam serbuan di pusat urut yang dipercayai turut menawarkan aktiviti tidak bermoral, di sini semalam.

Pegawai polis itu disoal dalam serbuan 'Ops Sayang' yang antaranya bertujuan menahan warga asing tanpa dokumen perjalanan dan pekerja asing tanpa permit di pusat urut yang dikatakan turut menawarkan perkhidmatan urutan batin dan seks.

Bagaimanapun, pegawai lelaki berusia lingkungan 40-an itu dibebaskan setelah keterangannya diambil.

Dalam operasi yang bermula pukul 4 hingga 6 petang di pusat bandar ini, dua pusat urut diserbu hasil maklumat awam dan risikan.

Difahamkan, pusat urut yang dilanggan pegawai polis dari Singapura itu menggunakan permit palsu sekali gus menguatkan lagi sangkaan yang premis tersebut menawarkan perkhidmatan tidak bermoral.

Timbalan Penolong Pengarah (II) Jabatan Imigresen negeri, Amzari A. Jalil berkata, seramai lima wanita warga China yang bekerja sebagai tukang urut ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dalam serbuan itu.

Katanya, kesemua wanita terbabit ditahan di Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas, Pontian dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kesalahan yang dikesan antaranya menyalahgunakan pas lawatan, tinggal di negara ini melebihi masa ditetapkan dan menggunakan pasport palsu.

Amzari berkata, turut ditahan, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an dipercayai majikan premis tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan