Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 20 May 2011 03:58 PM PDT MukaDepan OMAR menunjukkan geran yang tanahnya sudah dihakis dan ditenggelami laut di Kampung Pulau Pak Amat. "Di penempatan itulah juga saya dilahir serta dibesarkan, namun kini perkampungan itu semua sudah hilang dan hanya tinggal sebagai sejarah, bagaikan cerita dongeng, 'ditelan' laut," kata Omar Senik, 82. Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 20 May 2011 03:58 PM PDT MukaDepan TPM janji usul kenaikan gred guru akan diselesaikanBALING: Keluhan kira-kira 400,000 guru yang mendakwa tercicir daripada kenaikan gred atau pangkat bermula 1 Januari tahun depan seperti diumumkan Datuk Seri Najib Razak, Isnin lalu, sememangnya dalam perhatian Kementerian Pelajaran untuk diselesaikan. Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta mereka bersabar kerana beliau akan membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, menerima aduan, SMS dan tuntutan beberapa kesatuan guru yang mahukan kerajaan memberi perhatian terhadap perkara itu. "Saya akan teruskan usaha berbincang dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah JPA yang akan memutuskan cara untuk me-menuhi tuntutan berkenaan."Kita kena ambil kira keupayaan kerajaan kerana dalam keadaan sekarang kita nak jimat perbelanjaan, nak kurangkan defisit negara... dan kalau kita buat keputusan kena ambil kira keupayaan kerajaan menampung kos tambahan disebabkan kenaikan gaji dan elaun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik, di sini, semalam. Beliau berkata, guru terbabit tidak perlu bimbang kerana kerajaan masih mempunyai masa enam bulan lagi untuk meneliti perkara itu sebelum ia berkuat kuasa Januari tahun depan. Sebelum ini, beberapa kesatuan dalam perkhidmatan perguruan menyatakan kekecewaan mereka kerana enam tuntutan mereka tidak diberi perhatian, termasuk kenaikan gred guru besar di sekolah kurang murid (SKM). Mereka juga berharap tuntutan gred jawatan pegawai pelajaran daerah di 139 PPD membabitkan gred DG52 serta pelaksanaan nisbah seorang guru dengan tujuh murid, khususnya bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah diberi perhatian. Muhyiddin berkata: "Kita masih ada masa enam bulan dan dalam tempoh itu kita tidak tahu apa akan berlaku... apa ada dalam fikiran Perdana Menteri pun saya tidak tahu tetapi yakin beliau tahu situasi perkhidmatan awam dan kos hidup yang tinggi. "Bersabarlah... kerana bila Perdana Menteri umum tarikh kuat kuasa 1 Januari 2012, kita ada masa dan saya harap bila sampai Januari nanti dia (Perdana Menteri) akan tokok sikitlah." Sementara itu, Muhyiddin berkata, Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran diarah mengkaji insentif dan pengiktirafan kepada guru yang menjadi pengurus pasukan dan pegawai kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) bagi menghargai sumbangan mereka dalam meningkatkan prestasi serta pencapaian atlet dan sukan di sekolah. Beliau berkata pengiktirafan kepada guru terbabit adalah sama seperti yang diberi kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan. "Guru terbabit juga perlu diberi pendedahan supaya kewujudan mereka sebagai pegawai kejohanan diterima di persada antarabangsa. "Atlet yang berjaya dan mempunyai potensi tinggi dalam bidang sukan tertentu harus dilatih secara intensif sebelum menghadapi kejohanan peringkat antarabangsa. "Begitu juga dengan pegawai kejohanan, pendedahan harus diberi kepada mereka supaya kewujudan pegawai kejohanan ini diterima di peringkat antarabangsa seperti atlet," katanya ketika merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Ke-53 2011 di Stadium Perak di sini, malam tadi. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenhakhak heran aku..mentang2 la gred sokongan ni xde ijazah,langsung korang xmik kisah ye... hsms saya amat berterima kasih atas saranan dan cadangan kesatuan guru memang sudah lama menenantikan perubahan gred diskm terutamanya pentadbir sekolah mudah2an akan mendapat perhatian dari pihak kementerian Rosida Kenapa kerajaan mengambil masa yang agak lama untuk menaikkan gred guru Penolong Kanan Hakiki DGA32 dan Guru Besar DGA 34 sekolah rendah yang banyak mengurus dan perancangan program pembangunan peningkatan prestasi sekolah rendah. Kalau tidak bermula dari sekolah rendah sudah pasti tidak ada yang wujud di sekolah menengah. Mesti adil dan saksama ke atas semua guru dan tidak memandang kepada menengah atau rendah atau sekolah klauster, kecil atau besar sekolah itu kerana tanggungjawabnya adalah sama. kalau sekolah rendah SKM dibanding sekolah SBT maka sudah tentu matapelajarannya adalah sama cuma yang berbeza ialah kemudahan dan keistimewaan yang ada. Pentadbiran sekolag Rendah Gred A yang terdiri daripada Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Hem dan Penolong Ko-kurikulum tidak mampu mentadbir dengan bilangan guru timebess DGA32 yang sama dengan Penolong Kanan Hakiki DGA32. Dari segi arahan tadbir urus yang berkesan ternyata lemah. Bantu dan tolonglah prihatin dengan nasib Penolong Kanan Hakiki DGA32 dan Guru Besar DG34 sekolah rendah yang tidak pernah diambil perhatian oleh kerajaan semenjak 4 tahun kebalakangan ini. Malah keadaannya mereka telah dimusnahkan oleh timebess iaitu sama gred. cam guru sibuk berpolitik. Kementerian sibuk dgn projek dan bermacam macam tanda aras. Akhirnya pelajar yg tertinggal dan malas. kemudian bila besar jadi mat rempit, penagih dan membawa masalah kepada masyarakat.
mohd hosnee mohd nor Kerajaan hanya menjaga guru-guru yang berada disekolah cemerlang sahaja bagaimana pula guru-guru yang berada di sekolah yang kurang cemerlang padahal mereka juga mampu melahirkan modal insan yang cemerlang.Dalam hal ini kerajaan perlu adil agar semua para pendidik dapat menikmati imbuhan yang diberikan. Abdullah Hamzah Cerita guru lepasan diploma terutama gred DGA32 yang sering tercicir dalam kenaikan pangkat dan jawatan adalah cerita lama dan selalu terlepas pandang,bagaimanapun dengan kenyataan TPM semalam diharap tidak menghampakan kami yang sudah bertagar di kategori ini.Permohonan ke DGA34 sejak tahun 2009 sampai saat ini masih tiada jawapan atas alasan tiada kekosongan.Kalau tiada ke kosongan kenapa jawatan itu diiklankan? zam "Kita kena ambil kira keupayaan kerajaan kerana dalam keadaan sekarang kita nak jimat perbelanjaan, nak kurangkan defisit negara... dan kalau kita buat keputusan kena ambil kira keupayaan kerajaan menampung kos tambahan disebabkan kenaikan gaji dan elaun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik, di sini, semalam. sungguh tertarik dengan statement tersebut..tp bagaimana pula dengan nasib penjawat awam yang lain..kalo dh tau xckup peruntukkan kenapa hendak diberikan juga??tahun lepas apabila kakitangan awam mtk bonus n buat prnyalarasa gaji,alasan nya ekonomi blm kukuh..tp yg peliknya kenapa PDRM blh berbuat demikian..adakah mereka sahaja yg blh memberi komitment kpd negara??? cikgu kecil ..........." tokok sikit lah'..... hanapiah ishak harap elaun untuk guru sukan yang berjemur tengah panas untuk kejohanan mssm jadi kenyataan. Claim perjalanan untuk latihan pusat dah lama tak dapat tapi kami tetap tabah menjalankan tugas demi agama bangsa dan negara Malaysia tercinta. mohd. lasa guru yang ada kemahiran seni mempertahan diri yang dipergunakan oleh pihak sekolah juga perlu diberi insentif. Khairy Sabar-sabarlah guru...kjaan nak tumpukan pilihan raya dulu... zulkifly b mohd yusof kelulusan guru yang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan kedoktoran juga perlu diambil kira dalam urusan memberi insentif sesuai dengan usaha negara melakukan transformasi dalam bidang pendidikan. cikgu Azahar Pihak persatuan guru juga perlu prihatin kepada guru-guru yang sambung belajar (PKPG) mereka antara guru yang teraniaya dengan pelarasan gaji dan gred 41 juga seolah-olah tidak dipandang oleh kesatuan..oleh mereka kebanyakkan memberontak berada di sekolah..walhal merekalah antara guru yang berpengalaman khususnya yang dari mengambil sijil atau diploma dari IPG.. dan mereka juga anatara guru yang paling aktif berkerja sisekolah berbanding guru terus dari Universiti...saya persatuan dapat melihat semula pelarasan gaji kepada guru-guru yang sambnug belajar ini. Sekian terima kasih. zuhal2020 Terima kasih TPM. Sebenarnya apa yang penting adalah semua orang dapat merasanya. Keutamaan utama guru-guru bukanlah pangkatnya tetapi bebebarapa perhatian seperti berikut : 1. Beban tugas guru 2. Gaji dan sistem elaun yang lebih baik tanpa pelbagai syarat atau karenah birokrasi 3. Sekolah Kurang Murid yang seringkali tertinggal atau kurang diberi perhatian. Pangkat,gred dan elaun tidak harus dibezakan antara sekolah gred A, Gred B, dan SKM. Tugas yang dijalankan adalah sama. Siapa kata SKM tugas x banyak Harap ada pihak yang faham Ruzlan Ramli Indah Khabar dari rupa........ Wan Abdul Rahim Wan Ahmad Wahai para guru! Alhamdulillah dan kerajaan telah banyak bagi perhatian kepada tuntutan piahk guru. Semoga ini akan memberi semangat yang tinggi untuk menjadi guru yang sabar dan memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk anak2 bangsa. Saya rasa selama ini banyak insentif untuk pihak guru di berikan. Hinggakan pensyarah2 belum mendapat perhatian keistimewaan yang diperolehi oleh guru walaupun menjalankan tugas yang sama, untuk mendidik anak bangsa...hingaa ada rungutan, asyik cikgu aje yang perlu kenaikan...pensyarah tak ade ke? Minta di renungkan Nysa Alya Miklin Sangat memahami masalah yg dihadapi oleh penjawat awam.. Apa yg blh sya kongsikan ialah contohnya Elaun Perumahan yg diterima mmg x mncukupi (RM180/RM250,sdgkn sewa/byrn ansuran rumah mencecah RM500-1000 ke atas). Namun,msalah yg dihadapi negara dlm sumber kewangan ni perlu dipertimbangkn oleh penjawat awam.. Buat masa skrg,kesabaran adalah amat penting agar tdk terjadi perkara yg x diingini berlaku spt tunjuk perasaan dn sbgnya... Sya sbg salah seorg penjawat awam d negara ini hnya mampu meluahkan pndpt/idea/perkongsian masalah yg dihadapi,bukan utk mencaci atau mengata pihak pentadbir negara.. Semoga masalah ini akan dapat diselesaikan walaupun dlm tempoh yg agak lama.. Sekian.. Terima kasih atas kesudian membaca komen ini.. atan bin kamaruddin Salam, LUAHAN HATI SEORANG GURU TUA Guru lepasan maktab (1979) menunggu LEBIH DARI 30 tahun untuk kenaikan pangkat ke Guru Besar DGA34 , senioriti tidak diambil kira lagi DALAM KENAIKAN PANGKAT , sedang kami telah tua dan jenuh mencurah bakti ketika muda . Telah 10 tahun pegang jawatan GPK (guru penolong kanan) , tak naik-naik pun ke GB sedangkan guru muda pengalaman 20 -24 tahun (baru terlibat dengan AKRAM beberapa tahun) dapat ke GB apa sudah jadi dengan pegawai unit naik pangkat di JPN TERENNGANU , KPM . Ada antara kami ini gaji telah mati di gred DGA 32 P2 sudah 4 tahun dan beberapa tahun sahaja lagi akan pencen dengan menghabiskan servis sebagai guru hampir 37 tahun. Bermakna kami tidak menikmati kenaikan gaji 10 tahun atau lebih dan kerana tidak ada peningkatan dalam kenaikan gred jawatan. Prestasi kami tidak tinggi hanya mencecah 90%, prestasi adalah nilaian sekolah, dan sangat berbeza-beza dari seorang GB ke GB keran ia subjektif dan kemanusiaan Ada antara kami pernah menerima 4 kali APC (anugerah perkhidmatan cemerlang), pernah terlibat panel pembina soalan peringkat daerah sebelum zaman AKRAM lagi , fasilitator negeri,penceramah teknik menjawab dan ketua pasukan pemeriksa kertas peperiksaan awam . Bukankah tugas ini perlu diambil kira untuk kenaikan pangkat ke GB ,Kami tidak mampu untuk bertandingan dengan guru muda berusia 50 tahun ke bawah kerana usia kami beberapa jari sahaja lagi akan bersara. Kami tidak lagi sesuai untuk berceramah dihadapan murid-murid. Murid tidak minat melihat cikgu tua dan tugas kami sudah dalam pengurusan dan pentabiran dan banyak masa tertumpu disekolah sendiri. Kami tidak terlibat dengan kenaikan time based (KUP) kerana kami lebih awal dapat DG5 dimana kenaikan gaji hanya beberapa RM30 -60 sahaja , bukan seperti guru muda sekarang bila dapat time based kenaikannya RM400 -500.selepas berkhidmat 10 tahun . Kami dapat naik ke DGA 32 selepas lebih 20 tahun berkhidmat. Tolong siarkan luahan ini di akhbar tuan. Sekian , semoga luahan ini dapat diambil oleh pegawai berkenaan. Othman Sitlin Diharap apa yang dijanjikan dapat dikotakan demi kebajikan semua guru......
guru tua jangan lupa juga dengan guru-guru pendidikan khas waja untungnya cikgu gred dinaikkan... pasukan polis pula mcm terlepas pandang oleh kerajaan... ujang gagah rasanya pengumunan yg dilakukan oleh PM mmg kurang bijak dan tidak menampakkan penghargaan kpd guru secara menyeluruh. Bukan menggembirakan malah menyakitkan hati serta ini akan menambahkan bilangan guru yang akan menyokong pembangkang, percayalah. gurangak kenapa perhatian bagi guru DG29 atau guru lepasan diploma sahaja..?? kami golongan guru DG41tidak di beri perhatian. kenapa?? kami ni guru kelas kedua kah atau ketiga... kamiini tiada perasaaan kah?? pikirlah wahai kerajaan yang tulus. kami guru-guru DG41 setiap bulan kena potong gaji untuk bayar pinjaman PTPTN. kanapa kerajaan tidak tau semua itu. sebenarnya kami malu dengan guru-guru DG29 dan DG32 sebab kadang-kadang ada sindiran bahawa walaupun kami tidak masuk universti tetapi kereta kami lebih besar daripada diorang punya.... najib jangan kecewakan kami... Norazmi bin ohd nor layan AMNA Kerajaan wajar kaji semula kerana guru2 gred rendah tidak menerima faedahlangsung atas kenaikan yang diberi, ekoran pengumuman tersebut mencetuskan kenaikan harga barang dipasaran. Pensyarah Usang Nasib guru-guru seringkali dibela oleh kerajaan. Syabas YB TPM yang sering prihatin kepada nasib pekerja di Kem. Pendidikan. Namun, kami di Institusi Pengajian Awam hanya mampu melihat dan tumpang gembira atas pembelaan kepada rakan pendidik ini. Nasib kami sering dilupakan. Bilalah nak ada pengumuman oleh pihak berkaitan tentang perubahan gaji atau kenaikan pangkat pensyarah IPTA? Mohon kiranya dapat pihak tertentu melihat nasib kami. Kos barang semakin meningkat, nasib kami tidak dibela. orang kampung semua pegawai awam nak naik pangkat, nak naik gaji, bukan guru saja. nanti semua naik gaji, orang tak bergaji, kerja kampung, lebih susah kerana peniaga juga akan naikkan harga perkhidmatan dan barangan. azmel selamat hari guru. Tanpa guru, kita tidak akan memperoleh kedudukan dan pangkat seperti hati ini. Terima kasih, cikgu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan