Selasa, 31 Mei 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Kepimpinan ulama dikekalkan

Posted:

Kepimpinan ulama dikekalkan

Kepimpinan ulama dikekalkan

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 31 Mei - Tiada sebab untuk pihak tertentu mengubah dasar kepimpinan ulama dalam Pas kerana kejayaan parti itu sehingga muncul sebagai salah sebuah parti paling berpengaruh di negara ini adalah kerana konsep tersebut.

Calon Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (gambar) berkata, kepimpinan ulama yang sekian lama menunjangi parti itu adalah satu dasar komprehensif sehingga membolehkan Pas memimpin dan merampas beberapa negeri dari Barisan Nasional (BN).

"Saya setuju gagasan kepimpinan ulama perlu dikekalkan sebagaimana gesaan Datuk Harun Taib (Ketua Dewan Ulama) kerana tiada sebarang sebab kepimpinan ini hendak ditukar. Kejayaan Pas hari ini pun adalah kerana dasar kepimpinan ulama dan ia terbukti berkesan.

"Kepimpinan ulama telah sekian lama menaungi Pas sehingga kita muncul sebagai salah sebuah parti paling berpengaruh tetapi ia tidak bermakna kita menolak penambahbaikan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya sama ada gesaan Harun agar kepimpinan ulama dikekalkan bakal memberi kelebihan kepadanya untuk mengisi kedudukan Naib Presiden, Mohd. Amar berkata, kenyataan Ketua Dewan Ulama itu sebenarnya bersifat umum dan tidak akan mempengaruhi perwakilan.

Katanya, perwakilan Pas sudah cukup matang untuk memilih pemimpin terbaik dan bukan menjadi satu masalah kepada parti untuk bergerak dengan lebih dinamik walaupun calon yang dipilih kelak merupakan mereka daripada latar belakang profesional.

Mengenai gelombang perubahan yang cuba dibawa pihak tertentu dalam parti tersebut, beliau berkata, perubahan dalam sebuah parti yang besar seperti Pas adalah baik tetapi ia bukanlah bererti sehingga mengubah dasar parti itu secara keseluruhan.

"Bentuk perubahan itu perlu jelas tetapi dalam konteks pemilihan kali ini saya melihat ia sebenarnya lebih kepada pembaharuan yang ingin dibawa oleh setiap calon dan saya menyifatkan ia sebagai satu perkembangan yang positif," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perwakilan Pas diminta bawa usul isu Anwar

Posted:

Perwakilan Pas diminta bawa usul isu Anwar

Perwakilan Pas diminta bawa usul isu Anwar

KOTA BHARU 31 Mei - Perwakilan Pas diminta membawa usul khas iaitu membincangkan kedudukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan pelbagai salah laku pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-57 yang akan bermula esok.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad (gambar) berkata, kedudukan Anwar dalam pakatan pembangkang perlu diputuskan secepat mungkin kerana ia turut memberi kesan kepada Pas terutama ketika menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Beliau berkata, ahli-ahli Pas perlu menyekat pengaruh ketua pembangkang itu dalam parti tersebut kerana tindak-tanduknya akan menghakis dasar perjuangan mereka.

"Saya harap perwakilan Pas melihat perkara ini secara mendalam, lihat di Turki dan Indonesia, pemimpin yang dikaitkan dengan kes peribadi seperti seks semuanya meletakkan jawatan kerana imej mereka sudah tercalar, tetapi Anwar bersikap sebaliknya.

"Perwakilan Pas perlu menilainya kerana parti itu akan mendapat tempiasnya disebabkan rakyat sudah muak dengan sikap Anwar. Jangan biarkan Pas dikuasai oleh pemimpin seperti ini kerana dia hanya memperjuangkan kepentingan peribadi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai golongan pro-Anwar yang cuba sedaya upaya untuk mempengaruhi perwakilan Pas pada pemilihan parti itu Jumaat ini.

Wan Khairul Ihsan berkata, sememangnya wujud dua kumpulan dalam Pas iaitu pro-Anwar dan golongan ulama yang memperjuangkan dasar Islam dalam parti itu.

"Puak pro-Anwar ini amat rapat dan mampu mempengaruhi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau digunakan sepenuhnya sehingga dalam beberapa isu pendiriannya bertentangan dengan Pas Pusat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan