Selasa, 24 Mei 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Undi golongan ulama berpecah

Posted:

Undi golongan ulama berpecah

Undi golongan ulama berpecah

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 24 Mei - Berpecahkah undi golongan ulama bagi jawatan Timbalan Presiden Pas?

Itulah persoalan yang timbul apabila seorang lagi calon daripada golongan berkenaan mengesahkan bertanding jawatan itu pada pemilihan parti bulan depan.

Ia berikutan keputusan Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan kesediaan merebut jawatan Timbalan Presiden yang akan dipertahankan oleh Nasharudin Mat Isa.

Kedua-dua mereka yang merupakan daripada golongan ulama setakat ini akan bersaing bersama wakil golongan profesional, Mohamad Sabu.

Tuan Ibrahim yang merupakan Pesuruhjaya Pas Pahang dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau akur dengan kehendak para perwakilan menerusi jumlah pencalonan yang diterima walaupun selama ini lebih berminat meneruskan kerja-kerja dalam parti sebagai Naib Presiden.

"Kelmarin saya menerima surat rasmi daripada Jawatankuasa Pemilihan parti yang memaklumkan saya mendapat pencalonan untuk dua jawatan iaitu timbalan presiden dan naib presiden.

"Setelah melihat kepada jumlah pencalonan untuk jawatan timbalan presiden lebih besar maka saya memutuskan memilih pencalonan untuk jawatan timbalan presiden dengan hati yang terbuka dan menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan," katanya melalui kenyataan yang disiarkan dalam blognya.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau tidak bercadang menyatakan jumlah pencalonan yang diterima sebaliknya menjelaskan jumlah tersebut memerlukan beliau memikirkan sedalam-dalamnya sebelum membuat sebarang keputusan.

"Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian daripada ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbang, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang telah mencalonkan beliau sewaktu mesyuarat di peringkat bahagian.

"Dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain yang jauh lebih layak daripada saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sejak sekian lama," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Husam umum rebut jawatan naib presiden

Posted:

Husam umum rebut jawatan naib presiden

Husam umum rebut jawatan naib presiden

KUALA LUMPUR 24 Mei — Anggota Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan Pas bulan depan.

"Atas perkembangan dalam dan luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri mengumumkan untuk menerima pencalonan bagi jawatan naib presiden," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau menjelaskan pada mulanya beliau hanya bercadang bertanding jawatan anggota jawatankuasa (AJK) pusat tetapi pengumuman Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersetuju untuk bertanding jawatan timbalan presiden, menyebabkan beliau menimbangkan semula pendiriannya.

"Ini terutamanya pandangan perlunya satu wakil Kelantan di peringkat yang lebih tinggi di dalam parti," jelas beliau.

Selain Husam, penyandang Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan, Idris Ahmad turut menyatakan mereka akan bertanding jawatan naib presiden.

Pemimpin lain yang layak bertanding naib presiden tetapi belum menyatakan pendirian mereka ialah Bendahari Agung, Dr. Hatta Ramli; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; anggota Exco Kelantan, Datuk Nik Amar Nik Abdullah; AJK Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausaha Dewan Ulama, Nik Zawawi Nik Salleh dan Mazlan Aliman.

Mazlan mengesahkan hari ini tidak akan bertanding jawatan naib presiden sebaliknya hanya akan menerima pencalonan bagi AJK.

Kesemua calon untuk jawatan tertinggi mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum Khamis ini.

Jawatankuasa pemilihan dijangka mengumumkan calon yang layak bertanding Jumaat ini sementara pemilihan akan dijalankan semasa muktamar dari 3 hingga 5 Jun. — BERNAMA.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan