Utusan Online - Muka Hadapan |
- Elak kejadian berulang – Najib
- Kerajaan sedia bina semula rumah Al-Taqwa
- Dakwaan Ka Siong tidak berasas
Elak kejadian berulang – Najib Posted: Elak kejadian berulang – NajibOleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan UMAVATHI RAMAYAH
KUALA LUMPUR 24 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melakukan kajian menyeluruh ke atas penempatan yang dibina di atas tanah berstatus pertanian bagi mengelak kejadian tanah runtuh. Perdana Menteri berkata, ia bagi membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan notis sebagai amaran awal kepada penghuni di penempatan terbabit sekiranya kawasan itu berdepan dengan sebarang risiko kejadian tanah runtuh. Katanya, ia bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh membabitkan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Al-Taqwa di Hulu Langat, Selangor Sabtu lalu yang menyebabkan 16 terkorban, berulang. Beliau mengakui wujudnya kelemahan dalam penguatkuasaan terutama membabitkan PBT untuk memaklumkan penduduk di penempatan itu tentang keadaan tanah yang berisiko mengalami tanah runtuh. "Rumah-rumah yang tidak mematuhi garis panduan mesti dimaklumkan bahawa mereka berada dalam keadaan yang mungkin terdedah kepada risiko tanah runtuh dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas melawat lokasi kejadian dekat sini hari ini. Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta dua anak mereka tiba ke lokasi kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi selepas mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang dari Amerika Syarikat. Dalam perkembangan berkaitan, beliau menasihatkan pemilik rumah serta bangunan berdekatan cerun bukit terutama di atas tanah berstatus pertanian supaya mematuhi segala garis panduan yang digariskan. Menurutnya, walaupun pembinaan rumah persendirian boleh dilakukan di atas tanah pertanian seperti terkandung dalam Kanun Tanah Negara, pemilik diwajibkan mengikut garis panduan ditetapkan pihak berkuasa demi menjamin keselamatan. "Tetapi, ada juga garis panduan tentang setback (jarak), kalau sekiranya bukit di belakangnya curam dan sebagainya, ada garis panduan. "Saya dimaklumkan bangunan ini (rumah Al-Taqwa) gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Apa pun keputusan lengkap akan diperoleh dalam masa terdekat ini," katanya. Perdana Menteri memberitahu, selain faktor jarak penempatan dengan kawasan cerun bukit, pemilik berkenaan juga perlu mengambil kira aspek keselamatan lain seperti pertimbangan untuk menambah ruang lain atau struktur di bangunan tersebut. Difahamkan, PBT sedia menetapkan beberapa syarat untuk mendirikan bangunan berhampiran kawasan bukit. Sekiranya sesuatu bangunan dibina berdekatan kawasan bukit setinggi 20 meter, maka bangunan itu perlu didirikan sekurang-kurangnya 40 meter dari bukit iaitu dengan jarak dua kali ganda berbanding ketinggian bukit. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Kerajaan sedia bina semula rumah Al-Taqwa Posted: Kerajaan sedia bina semula rumah Al-TaqwaKUALA LUMPUR 24 Mei – Kerajaan Pusat bersedia membina semula Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat yang sebahagian strukturnya rosak ekoran kejadian tanah runtuh Sabtu lepas. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, pembinaan premis baru itu akan dilakukan di sebuah kawasan selamat dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor khususnya berkaitan tapak. Pada masa sama, beliau mengalu-alukan jika ada pihak tertentu yang ingin mewakafkan tanah mereka bagi tujuan berkenaan. "Kita akan tentukan sebanyak mana (sumbangan) dan di mana (akan dibina) tidak lama lagi," katanya pada sidang akhbar selepas melawat lokasi kejadian tanah runtuh itu, dekat sini hari ini. Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kerajaan berjumlah RM10,000 kepada kesemua 16 waris mangsa yang terkorban dalam tragedi itu seperti diumumkannya ketika berada di Amerika Syarikat baru-baru ini. Selain komitmen pembinaan semula rumah tersebut dan sumbangan RM10,000 buat keluarga mangsa, Najib turut mengumumkan pemberian RM10,000 lagi buat sembilan mangsa yang tercedera dalam kejadian itu. Dalam perkembangan sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku Yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,000 kepada setiap waris mangsa. Selain itu, Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih) turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada pengendali rumah Al-Taqwa, manakala Yayasan Taqwa Majlis Islam Wilayah Persekutuan pula menghulurkan bantuan RM42,000 kepada rumah kebajikan itu. Najib Tun Razak bersama Rosmah Mansor mendengar cerita kejadian tanah runtuh daripada Mohd. Alauddin Sofri sewaktu melawat mangsa-mangsa tragedi itu di Hospital Ampang, Selangor, semalam. PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menurunkan tanda tangan pada simen pembalut lengan mangsa tanah runtuh, Mohd. Aizat Khusairi Abdul Halim di Hospital Ampang, semalam. – UTUSAN/IZHAM JAAFAR ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memeluk Mujahid Azam, 8, semasa melawat lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan, Madrasah Al-Takwa, Hulu Langat, semalam. Turut hadir Puan Sri Norainee Abdul Rahman. – UTUSAN/ISMAIL KAMADIN Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi dan memberi sumbangan kepada mangsa tanah runtuh, Khairul Anuar di Hospital Ampang, semalam. – UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN MANGSA tanah runtuh, Mohd. Shafiq dibantu oleh ahli keluarganya di Hospital Ampang, semalam. NURSUZANA Abdullah tidak dapat menahan sedih ketika menemani anaknya, Mohd. Aizat Khusairi di Hospital Ampang, semalam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Dakwaan Ka Siong tidak berasas Posted: Dakwaan Ka Siong tidak berasasOleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL KUALA LUMPUR 24 Mei – Dakwaan bahawa berlaku salah guna kuasa di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung peruntukan tempat dan biasiswa ke universiti adalah tidak berasas. Ini kerana, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, pemberian biasiswa dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan dan dikendalikan oleh mereka yang profesional. "Dalam soal pemilihan ini, JPA hanya bertindak sebagai penyelia dan sesi temu duga dijalankan oleh mereka dari latar belakang akademik yang tinggi serta pelbagai kaum. "Malah, pemberian biasiswa ini juga terlebih dahulu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk penilaian dan kelulusan sebelum dilaksanakan," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini. Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kritikan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa wujud salah guna kuasa di JPA berhubung perkara itu. Ka Siong mendakwa 363 pelajar yang memperoleh kesemua A+ gagal mendapat biasiswa meskipun Perdana Menteri tahun lalu bersetuju agar kesemua pelajar yang mendapat 8A+ dan ke atas mendapat biasiswa JPA. Mohamed Nazri menambah, sebagai seorang timbalan menteri, Ka Siong sepatutnya mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu secara terus dengan beliau dan bukannya membuat kenyataan menerusi media. Malah, katanya, Ka Siong juga sepatutnya membangkitkan perkara itu di Parlimen kerana mereka mempunyai wakil dalam Kabinet. "Tindakan beliau mengkritik dari luar menimbulkan persoalan adakah beliau membangkitkan isu ini kerana keprihatinan terhadap nasib pelajar-pelajar atau kerana kepentingan politik?" soal beliau. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan