Rabu, 25 Mei 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Waspada kemungkinan banjir

Posted:

Waspada kemungkinan banjir

Waspada kemungkinan banjir

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


Adnan Yaakob bertanya khabar kepada seorang penduduk, Teh Mohd. Yatim (kanan) pada majlis Mesra Bersama Rakyat di Kampung Gemeti, Bentong, kelmarin.


BENTONG 25 Mei - Penduduk negeri ini diingatkan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan banjir berikutan cuaca yang tidak menentu akhir-akhir ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, penduduk perlu berpindah ke tempat lebih selamat termasuk ke pusat pemindahan banjir yang disediakan jika diarah berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

"Jangan tunggu banjir menjadi serius baru hendak berpindah kerana tindakan yang lewat boleh mengundang padah dan kehilangan nyawa.

''Saya faham kebanyakan mangsa banjir enggan berpindah kerana bimbang keselamatan rumah dan harta benda mereka yang terdedah kepada kecurian tetapi kita juga perlu mengutamakan keselamatan serta nyawa dan keluarga kita sendiri terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Mesra Rakyat Bersama Pemimpin peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari dan menyampaikan sumbangan kepada 30 mangsa banjir kilat dari Kampung Gemeti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari di sini semalam.

Turut hadir Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari, Datuk Dr. Ng Keong Chye.

Adnan berkata, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak daripada bermain air semasa banjir kerana tidak mahu kemalangan jiwa berlaku akibat arus deras, ancaman reptilia berbisa seperti ular, lipan dan kala jengking.

Beliau berkata, mangsa banjir juga perlu menjaga pemakanan dan kesihatan bagi mengelakkan penyakit bawaan air seperti taun, demam denggi dan kepialu.

''Bantuan yang disalurkan kerajaan negeri adalah tidak seberapa berbanding jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung mangsa tetapi sumbangan itu ebagai tanda prihatin dan ingatan kerajaan kepada mangsa," katanya.

Bagaimanapun, menurut Adnan, kerajaan negeri akan terus menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana bagi meringankan beban mereka.

''Mustahil bagi kerajaan untuk membantu semua kerugian yang ditanggung mangsa kerana ia memerlukan peruntukan ratusan juta ringgit," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kualiti air di Kampung Baru Manchis dipantau

Posted:

Kualiti air di Kampung Baru Manchis dipantau

Kualiti air di Kampung Baru Manchis dipantau

BENTONG 25 Mei - Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang akan meneruskan pemantauan kualiti air di Kampung Baru Manchis di sini, bagi memastikan kualiti air paip di kawasan itu tidak dicemari bakteria.

Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pemantauan itu bagi memastikan masalah cirit-birit yang dialami oleh 20 penduduk kampung itu tidak berulang lagi.

Katanya, dalam kejadian yang berlaku minggu lalu, penduduk terbabit mengalami simptom cirit-birit sehingga terpaksa menerima rawatan di klinik kesihatan berhampiran.

"Bagaimanapun, mereka hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak ditahan di wad. Masalah yang berlaku mungkin disebabkan kekurangan klorin dalam air atau paip air yang kotor dan dicemari bakteria," kata beliau yang juga Menteri Kesihatan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Rakyat bersama pemimpin kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari, di sini petang semalam.

Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Ketari, Datuk Dr. Ng Keong Chye.

Tiong Lai memberitahu, JBA mengesahkan kandungan air yang dibekalkan kepada penduduk kawasan itu mempunyai kandungan klorin pada kadar yang ditetapkan.

"Mereka sentiasa memantau proses pembekalan air dengan rapi dan kemungkinan besar wujud masalah lain seperti di loji atau paip bekalan air bocor yang mana semua itu masih dalam siasatan," katanya

Beliau berkata, tiada pihak boleh dipersalahkan dalam isu itu kerana ia berlaku mungkin disebabkan banyak faktor dan apa yang boleh dilakukan ialah meneruskan pemantauan serta siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM3 juta bina 83 unit rumah Orang Asli tahun ini

Posted:

RM3 juta bina 83 unit rumah Orang Asli tahun ini

RM3 juta bina 83 unit rumah Orang Asli tahun ini

KUALA LIPIS 25 Mei - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk membina 83 unit rumah Orang Asli di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagi tujuan itu, kerajaan akan membina 10 unit di setiap daerah.

Katanya, setiap unit rumah yang berharga antara RM33,000 hingga RM36,000 itu mempunyai dua bilik yang dilengkapi dengan bekalan air paip dan elektrik.

"Tahun lalu sahaja, kerajaan membina lebih 800 unit PBR di seluruh negeri bagi membolehkan lebih ramai masyarakat Orang Asli memiliki rumah kediaman yang lebih selesa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Hari Keluarga Felcra Orang Asli di Pos Betau dekat sini semalam.

Turut hadir Senator Mohamad Olian Abdullah.

Menurut beliau, sehinga kini, kerajaan membelanjakan lebih RM35 juta bagi membina kira-kira 1,000 unit rumah Orang Asli di bawah program PBR di 263 perkampungan masyarakat tersebut di seluruh negeri.

Selain PBR, beliau memberitahu, kerajaan mempunyai pelbagai program ekonomi bagi membantu Orang Asli keluar daripada kepompong kemiskinan.

Sehubungan itu, beliau menasihati masyarakat Orang Asli supaya tidak mudah terpengaruh dengan tohmahan pembangkang kononnya kerajaan selama ini tidak membela nasib mereka.

"Tohmahan itu adalah fitnah dan tidak berasas kerana kerajaan selama ini sudah melaksanakan pelbagai program pendidikan dan pertanian termasuk memilih mereka menjadi peserta Felcra.

"Selain itu, kerajaan turut membangunkan tanah-tanah Orang Asli dengan tanaman getah dan kelapa sawit," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan