Selasa, 31 Mei 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Tarif baru elektrik

Posted: 30 May 2011 03:25 PM PDT

MukaDepan

pix_gal0
4.4 juta pengguna domestik tak terlibat semakan kadar tenaga

PUTRAJAYA: Tarif elektrik bagi sektor domestik, komersial dan industri dinaikkan pada kadar purata sebanyak 2.23 sen per kilowatt sejam (kwj) daripada 31.31 sen/kwj kepada kepada 33.54 sen/kwj, berkuat kuasa esok.

Ia dilakukan selaras keputusan kerajaan menyemak semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung daripada RM10.70/MMBtu (unit termal British) kepada RM13.70/MMBtu.

Bagaimanapun, kenaikan tidak membabitkan kira-kira 75 peratus atau 4.4 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kwj sebulan atau kurang. Daripada jumlah pengguna domestik itu, 900,000 adalah golongan berpendapatan rendah, manakala 200,000 lagi miskin tegar. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, ketika mengumumkannya, juga berkata pengguna yang dijangka terbabit dengan kenaikan, iaitu yang menggunakan elektrik antara 301 hingga 1000 kWj sebulan hanya berjumlah 1.39 juta atau 23.5 peratus.

Mereka akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan antara tujuh sen hingga RM30.30 atau 0.1 peratus hingga 10 peratus.

"Bagaimanapun, kerajaan akan terus membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberikan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektrik mereka kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember 2011.

"Bantuan ini membabitkan kos RM122 juta setahun untuk 900,000 pengguna daripada 5.94 juta pengguna domestik di Semenanjung," katanya pada sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, di sini semalam.
Fah Kui juga menjelaskan pengguna komersial voltan rendah seperti peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil yang penggunaannya tidak melebihi 200kWj sebulan akan mengalami kadar kenaikan maksimum sebanyak 6.2 peratus atau RM4.60 sebulan.

"Pengusaha industri memproses makanan kecil-kecilan yang menggunakan elektrik kurang 200kWj sebulan juga mengalami kenaikan yang sama, tetapi hanya RM4 sebulan," katanya.

Menjawab soalan, beliau menolak andaian bahawa semakan tarif akan menguntungkan Stesen Tenaga Bebas (IPP) dan tidak sepatutnya dijadikan isu politik semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

Selain itu, katanya, kerajaan tidak memberikan subsidi kepada syarikat IPP seperti didakwa sesetengah pihak sebaliknya ia adalah jumlah hasil yang dilepaskan oleh PETRONAS untuk menghasilkan tarif elektrik yang rendah kepada rakyat.

Mengenai kemungkinan semakan tarif akan melonjakkan kadar inflasi, Fah Kui berkata kajian mendapati ia hanya akan meningkat 0.27 peratus kadar inflasi.

"Kenaikan kadar inflasi itu dianggap minimum kerana kurang daripada satu peratus," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan menetapkan sebanyak satu peratus daripada kutipan bil elektrik bulanan yang melebihi 300 kWj disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu bagi menampung kos tinggi penjanaan elektrik menggunakan tenaga boleh diperbaharui oleh pemaju bebas atau individu.

INFO: Pakej Penstrukturan Tarif Elektrik yang diluluskan kerajaan untuk dilaksanakan oleh TNB

  • Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi Penyimpan Tenaga Thermal (TES) daripada 1.5 sen/kWj kepada 3.5 sen/kWj untuk menyokong pembangunan teknologi hijau dan pengurusan tenaga (DSM)
  • Mengurangkan kadar tunggu sedia charge yang dikenakan ke atas pepasangan penjanaan bersama daripada RM25/kWj sebulan kepada RM12/kWj sebulan untuk pengguna voltan tinggi dan RM14/kWj sebulan untuk pengguna voltan sederhana bagi menggalakkan penggunaan tenaga lebih cekap
  • Memberi potongan 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagiannya oleh kerajaan, seperti yang diberikan kepada rumah ibadat, institusi kebajikan dan institusi pendidikan yang dibiayai sepenuhnya kerajaan
  • Syarikat rawatan air, pengagihan air dan pembetungan diletakkan di bawah kategori tarif industri
  • Mengekalkan Tarif Khas Pertanian yang diperkenalkan pada 2006.

Kerajaan Prihatin

  • Elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektrik mereka berjumlah kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember 2011.
  • Bantuan membabitkan RM122 juta setahun untuk 900,000 pengguna daripada 5.94 juta pengguna domestik di Semenanjung

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

suka

Tahniah dengan kenaikan ini...!!! Kurangkan penggunaan electrik seperti mesin basuh, microwave, tv, lampu & etc...

hezrin

kepada semua rakyat Malaysia, terima lah kenyataan negara ni semakin maju dan begitu juga barang dan keperluan infra. Saya setuju kenaikan elektrik dan air, buang subsidi gula (supaya kita kurang makan gula) berbanding kenaikan minyak petrol, ini kerana rakyat Malaysia boleh berjimat penggunaan eletrik dan air serta kurangkan makan gula. Berbanding minyak, tidak boleh jimat/susah nak jimat sbb kita nak kerja,perlu bergerak (KL tidak apa sebab ada public transpot).. Jadi,kerjalah dgn rajin dan berusaha dgn gigih lagi utk mencari pendapatan.. Di US (negara maju), tapi ramai org yang tinggal di sana mempunyai 2 atau 3 kerja dalam sehari sebab mereka berinovasi dan kreatif.. so,utk mencapai taraf negera maju, rakyat pun kena maju.. Jangan anggap anda lah yang paling susah, sebenarnya ada org yang lebih susah dari anda..

samsudin

ok la tu. dengan kenaikan tarif ini sekurang-kurangnya pengguna tidak menggunakan tenaga elektrik dgn sewenang-wenangnya. pandai pandailah berjimat.

kenaikan ini harap dipertimbangkan semula kerana ianya boleh membebankan pelajar yang tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tetap. Pelajar yang menyewa rumah di sekitar kawasan ipt terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi jika semua ini berterusan

bzie98

terima dengan hati terbuka..fikir positif,ini salah satu cara utk kita rakyat malaysia belajar untuk menjimatkan elektrik.

hairudin

Salam 1 m'sia
Sikap terbuka minda perlu ada pada setiap rakyat m'sia,bersedia menghadapi perubahan yg selalu dilaungkan perkataan keramat (Transfomasi)mahu tak mahu dunia sentiasa berubah ,persekitaran juga berubah,harga barangan dan perkhidmatan juga berubah,sikap dan mentaliti juga berubah.Untuk menghadapi perubahan perlukan mental yg kuat pada setiap rakyat M'sia,terutamanya golongan yg berpendapatan rendah.Walaubagaimana pun pihak kerajaan juga bertanggungjawab susah senang rakyat dalam menjalani penghidupan ini.
semoga negara kita makmur dan sejahtera.

siti

Salam 1 Malaysia,
Terdapat banyak kesan baik dan buruk kenaikan ini, antaranya kerajaan menggalakkan pengguna agar menjimatkan penggunaan tenaga yang banyak memberi kesan kepada alam sekitar. Kita boleh tingkatkan penggunaan teknologi hijau dan perkakasan energy saving. Kesan buruknya, ada pihak akan ambil kesempatan untuk menaikkan harga barang-barang harian hingga menyebabkan pengguna terbeban.Ini menyebabkan pendapatan terhad tetapi perbelanjaan meningkat.

Mawar

Kita kena rancang pengunaanya supaya tidak terbeban bila cukup bulan, Walau macam mana pun kerajaan terpaksa menaikan semua, mengikut perkembangan semasa, sebagai penguna kita perlu bijak.

Penyokong

Setuju dengar kadar elektrik dinaikkan untuk komersil dan industri kerana sektor ini banyak menggunakan tenaga elektrik.terima kasih pada kerajaan kerana masih mengekalkan harga yang sama kepada pengguna domestik..En Saatijh sila bc dgn teliti,jgn nak main hentam sahaja..

zizan

kenaikan takrif letrik memang diduga,walau macamana pun terima kasih kerana sedikit subsidi kepada yang berpendapatan rendah..ini bermakna kerana masih prihatin....kalau ada menyatakan konsep Rakyat DiDahulukan tidak wujud sepenuhnya..itu hanya tidak puas hati saja.....hidup kita semua nak percuma...nak subsidi....kalau dah tahu pembelanjaan kita tinggi cuba kurang...apa ertinya kalau kita tak tahu berinflasi dalam keluarga.....kalau hidup nak berlagak sendiri mahu ingat lah.

matt

ade baiknya...kerajaan sedang merancang utk kepentingan masa depan...kalau kita fikir negatif sampai bila kita nak jadi negara maju...

tahniah...pasni akan naik lg harga2 lain...sgt prihatin...terima kasih....

Saatijh

Salam utk rakyat Malaysia.
Akhirnya naik juga takrif elektrik. Saya berpendapat ada sedikit tekanan kepada rakyat yang mempunyai anak ramai tambahan lagi yang tinggal di rumah kos murah dan kawasan bandar. Dengan kenaikan itu menambahkan beban pebelanjaan sedangkan kenaikan harga barang begitu melambung. Saya rasa konsep RAKYAT DIDAHULUKAN tidak wujud sepenuhnya. Besar harapan rakyat supaya kerajaan menimbangkan semula takrif kenaikan tersebut. Kalau saya sekarang menanggung +-RM120 sebulan bayangakan kalau dengan kenaikan.

aizat

kenaikan tarif elektrik memang tidak dapat dielakkan lagi kerana harga bahan api yang tidak menentu di pasaran dan sumber yang makin berkurangan. harap semua dapat menerima dengan hati yang terbuka. terima kasih juga kepada pihak kerajaan kerana masih mengekalkan pemberian elektrik percuma kepada pengguna yang bilnya di bawah RM20. ramai yang telah mendapat manfaat dari usaha murni kerajaan ini. terima kasih banyak-banyak kerajaan malaysia.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan