Isnin, 23 Mei 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


TUDM bantu hapus aedes

Posted: 22 May 2011 12:54 PM PDT

PUCHONG: Sekumpulan 100 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turun padang bergotong-royong membantu penduduk di Kampung Sri Langkas Tambahan di sini untuk membanteras pembiakan nyamuk aedes di kawasan kediaman mereka, kelmarin.

Kerjasama julung kali dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu turut dihadiri 180 penduduk bertujuan mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk dan pembersihan kawasan di lokasi ditetapkan.


Pengerusi Jawatankuasa Penduduk kampung itu, Mohd Nasir Yusoff berkata, terdapat 12 kes dilaporkan pada bulan lalu di kampung itu, selain tiga lagi kes di Kampung Sri Andalas dan Sri Aman. Justeru, kerja pembersihan dilakukan di tiga kampung ini.

"Ini program gotong-royong kali kedua diadakan selepas pertama kali dilaksanakan bulan lalu.


"Ia akan menjadi program berterusan yang akan dilakukan penduduk bersama-sama MPSJ dalam menangani masalah denggi di kawasan ini.


"Malah kita juga mengenalpasti tempat-tempat pembiakan seperti di dalam tangki air, penutup tong cat, dalam tayar, pasu bunga, bekas plastik dan sebagainya," katanya.

Tambahnya, sebelum ini, kawasan berkenaan tidak pernah mencatatkan sebarang kes denggi berikutan terdapat kes terbaru MPSJ menerusi Jabatan Kesihatan akan menggunakan kaedah semburan bagi membunuh jentik-jentik.


"Apa yang penting kesedaran orang ramai untuk sentiasa menjaga kawasan kediaman masing bagi memastikan tiadanya tempat pembiakan nyamuk aedes," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Patuhi garis panduan

Posted: 22 May 2011 12:51 PM PDT

KUALA LUMPUR : "Setiap pemaju perlu mematuhi syarat teknikal dan garis panduan yang diluluskan untuk pembangunan di lereng bukit bagi mengelak tragedi tanah runtuh," kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Mengulas tragedi tanah runtuh di Hulu Langat kelmarin, beliau berkata, pembangunan di kaki bukit tidak harus dihentikan, namun garis panduan pembinaan harus diikuti seperti diluluskan pihak berkuasa.


"Pihak kementerian dan pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sentiasa memantau pembangunan khususnya sekitar Kuala Lumpur dan setiap pembangunan harus ada garis panduan yang diluluskan jemaah menteri," katanya.

Katanya, dia percaya pembangunan tidak terkawal di kawasan itu adalah faktor yang menyumbang kepada tragedi yang mengorbankan 16 nyawa anak yatim.


"Kita tahu, Hulu Langat kebanyakannya ialah kawasan rizab Melayu menyebabkan pemilik tanah atau pemaju membuat pembangunan sesuka hati tanpa memikirkan garis panduan teknikal sepatutnya.


"Maka sikap bertanggungjawab pemaju dan pemilik tanah penting, jangan fikirkan kepentingan diri sendiri sehingga menimbulkan kejadian malang sebegini.

"Kita juga berharap penduduk di sekitar lereng bukit menghubungi pihak berkuasa sekiranya terdapat simpton gejala tanah runtuh," katanya ketika sidang media pada majlis Perasmian Pusat Komuniti, Bukit Bandaraya, di sini, semalam.


Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail, Pengerusi Bandaraya Development Berhad (BRDB), Datuk Moiz JM Ali Moiz, dan Presiden Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya, Tengku Zahiah Tengku Sulong.

Raja Nong Chik berkata, perasmian pusat komuniti bernilai RM5 juta itu sebagai mendokong kesejahteraan rakyat bagi memastikan keselesaan awam dapat dibela dan dijaga sebaik mungkin.


"Ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan pusat terhadap kebajikan penduduk tanpa mengira kaum dan agama selaras dengan gagasan 1 Malaysia," katanya.


Beliau berkata, bagi tujuan kesejahteraan warga kota Kuala Lumpur, DBKL memperuntukkan RM4.25 juta untuk mengurus dan menyelenggara pelbagai kemudahan awam.


Peruntukan itu meliputi 11 pusat komuniti, 20 dewan masyarakat dan dewan serbaguna, empat stadium, 27 padang bola sepak, 32 gelanggang badminton, 13 gimnasium dan 17 gelanggang futsal di seluruh Kuala Lumpur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan