Rabu, 25 Mei 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Keputusan Ashraf tukar kepada nama wanita Julai

Posted:

Keputusan Ashraf tukar kepada nama wanita Julai

Keputusan Ashraf tukar kepada nama wanita Julai


MOHD. Ashraf Hafiz Abdul Aziz bertudung seperti perempuan hadir ke mahkamah bagi memohon kebenaran untuk menukar nama kepada wanita di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 25 Mei – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 Julai ini keputusan permohonan seorang lelaki untuk menukar namanya dalam MyKad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina, hampir dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak hari ini berhubung permohonan yang dikemukakan oleh Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25.

Mohd. Ashraf yang mengemukakan permohonan untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz, hadir dengan berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu.

Terdahulu, peguam Horley Isaacs yang mewakili pemohon dalam hujahnya menyatakan, Mohd. Ashraf telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand kira-kira dua tahun lalu setelah disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai (PMC).

Menurut beliau, anak guamnya itu berhasrat menukar nama bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran.

Tambahnya, pemohon yang juga pemegang diploma dalam jurusan berkaitan perubatan itu turut mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya untuk berbuat demikian.

''Sebelum ini, dia (Mohd. Ashraf) pernah bekerja di farmasi, tetapi sukar untuk memakai pakaian lelaki kerana sejak kecil dia lebih cenderung untuk menjadi seorang perempuan disebabkan hormon lelakinya kurang stabil,'' katanya.

Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Malaysia pula berhujah, sifat kewanitaan yang ada pada pemohon hanyalah pada luaran dan tidak secara dalaman.

Katanya lagi, sekalipun telah membuat pembedahan, tiada laporan lengkap daripada doktor yang mengesahkan penukaran jantina pemohon berlaku seperti wanita semula jadi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar fail tuntutan balas terhadap Hishammuddin

Posted:

Anwar fail tuntutan balas terhadap Hishammuddin

Anwar fail tuntutan balas terhadap Hishammuddin

KUALA LUMPUR 25 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan tuntutan balas terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyamannya atas dakwaan fitnah berhubung penayangan video yang memaparkan aksi seks pelaku mirip seorang pemimpin pembangkang.

Dalam tuntutan balas yang difailkan menerusi firma guaman, Tetuan Faiz & Co. di Mahkamah Tinggi di sini pada 16 Mei lalu, Anwar antaranya menuntut ganti rugi untuk fitnah lisan, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, faedah serta kos.

Anwar selaku defendan mendakwa, dalam satu sidang akhbar pada 21 Mac lalu, Hishammuddin telah menyebut kata-kata fitnah mengenainya untuk merendah-rendahkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen.

Kata-kata menyinggung itu, menurut Anwar, telah diterbitkan semula dalam portal berita, The Malaysian Insider dengan tajuk 'Hisham says sex video man should lodge police report' dan akhbar The Sun pada 22 Mac lalu di muka surat 3 dengan tajuk utama 'Police unaware of clip, says Hisham'.

Anwar mendakwa, Hishammuddin selaku plaintif tahu dan berniat supaya kata-kata tersebut atau intinya akan diterbitkan semula atau membenarkan terbitan semula dengan menyebut kata-kata itu kepada wartawan pada sidang akhbar berkenaan.

Defendan mengatakan bahawa kata-kata yang diucapkan oleh plaintif adalah secara niat jahat dan sindiran yang dimaksudkan atau difahami sebagai membawa maksud bahawa beliau tidak layak memegang jawatan awam.

Defendan mengatakan bahawa kata-kata yang diucapkan oleh plaintif adalah secara niat jahat dan sindiran yang dimaksudkan atau difahami sebagai membawa maksud bahawa beliau tidak layak memegang jawatan awam.

Bersama tuntutan balas tersebut, defendan menyertakan pembelaan yang antaranya menyatakan bahawa kata-kata tersebut diterbitkan dalam keadaan perlindungan munasabah haknya sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada orang ramai yang mempunyai hak bersama untuk menerimanya.

Kata-kata itu juga menurut defendan, adalah ulasan saksama dalam menyuarakan pendapat defendan dan mempunyai kewajaran.

Pada 25 April lalu, Hishammuddin, 50, mendakwa, sehari selepas penayangan video itu pada 21 Mac lalu, Anwar telah bercakap kepada pihak akhbar sejurus selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan