Sabtu, 21 Mei 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Kecewa sikap Jamal

Posted: 20 May 2011 01:38 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Artis ini tak sumbang apa-apa pun sepanjang hampir lima tahun menginap di pusat ini. Dia cuma bagi belanja makan dan minum untuk diri sendiri saja," kata Pengerusi Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Yunus Pathi, ketika meluahkan kekecewaannya terhadap penyanyi popular Jamal Abdillah, 52.

Menurut Yunus, walaupun menggunakan pelbagai kemudahan di pusat itu sepanjang lima tahun lalu, tidak banyak sumbangan diberikan Jamal kepada Pengasih sedangkan dia seorang artis popular.

"Saya tahu dia banyak duit tapi kalau nak minta...sorry.' Terpulanglah kepada dia sendiri menyumbang," katanya.

Menurutnya, Jamal yang nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali boleh dianggap memecahkan rekod sebagai penghuni paling lama menginap di Pengasih tanpa dikenakan bayaran yang sepatutnya.


Yunus berkata, tempoh penghuni yang menjalani pemulihan dadah di pusat itu dikategorikan kepada tiga kategori iaitu tiga, enam bulan dan setahun sebelum dibenarkan keluar bagi memulakan kehidupan baru.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Maut kejar peragut

Posted: 20 May 2011 01:32 PM PDT

PADANG BESAR: "Saya tak sangka niat arwah keluar membeli nasi ayam kegemarannya malam semalam (kelmarin) berakhir tragedi memilukan, malah lebih menyedihkan apabila saya tak sempat bercakap seharian dengannya."

Begitu kata Ruslan Ali, 49, apabila anaknya, Nur Syaza Yasmin, 17, terbunuh akibat digilis sebuah kereta selepas terjatuh dari motosikal diboncengnya ketika cuba mengejar seorang lelaki yang cuba meragut beg duitnya di Jalan Kangar-Padang Besar dekat Balai Baru di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah termasuk pecah kepala manakala adiknya, Nur Syaza Norah, 15, yang menunggang motosikal berkenaan hanya cedera ringan.

Ruslan dari Kampung Bukit Keteri berkata, anak kedua daripada empat beradik itu membonceng motosikal yang ditunggangi adiknya dan keluar dari rumah mereka kira-kira jam 7.30 malam.


Menurutnya, dia dimaklumkan mereka sempat mengisi petrol di stesen minyak berhampiran sebelum membungkus nasi ayam kegemaran arwah yang dibeli di Pekan Balai Baru.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan