Utusan Online - Dalam Negeri |
- Kesan trend kahwin lewat
- Nantikan pengumuman istimewa pada Himpunan Sejuta Belia
- Penduduk Pagoh rai hari lahir Muhyiddin
Posted: Kesan trend kahwin lewatOleh Syukri Shaari KUALA LUMPUR 24 Mei - Trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi bukan sahaja membawa implikasi negatif kepada institusi kekeluargaan malah turut merencatkan pembangunan negara. Pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, trend negatif itu akan menyebabkan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara semakin lembap. "Sekiranya trend ini berterusan, saya khuatir kadar kelahiran bayi di negara ini akan semakin menyusut dan kita tidak dapat menambah jumlah penduduk yang merupakan aset paling berharga. "Negara kita tidak akan berkembang dengan jumlah penduduk sedia ada sekitar 26 juta orang sahaja. Kita perlu jumlah penduduk yang lebih ramai untuk membantu membangunkan negara. "Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada negara pada masa akan datang kerana kita bakal kekurangan tenaga kerja sehingga memaksa membawa masuk tenaga dari luar yang saya lihat merupakan satu pembaziran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Selain itu, menurut Fatimah, kos perbelanjaan perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit turut menjadi faktor penyumbang kepada trend tersebut. Katanya, situasi itu mendorong golongan yang berhasrat untuk berkahwin membuat pinjaman daripada bank bagi menampung segala kos perbelanjaan. "Paling tidak pun pasangan yang ingin berkahwin perlu menyediakan RM20,000. Ia merupakan antara sebab ramai yang membuat pinjaman bank untuk berkahwin. "Kesannya pula, bebanan hutang bertambah kerana kadar bunga bagi pinjaman bank agak tinggi dan menjejaskan kehidupan pasangan selepas berkahwin," jelasnya. Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Datuk Ramani Gurusamy berpendapat, keinginan golongan wanita untuk memiliki kehidupan yang stabil menjadi faktor penyumbang trend itu semakin berleluasa. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Nantikan pengumuman istimewa pada Himpunan Sejuta Belia Posted: Nantikan pengumuman istimewa pada Himpunan Sejuta BeliaPUTRAJAYA 24 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman istimewa kepada golongan belia pada acara kemuncak sambutan Himpunan Sejuta Belia, Sabtu ini. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, golongan belia perlu menantikan dan mengambil perhatian terhadap pengumuman istimewa yang akan disampaikan nanti. "Buat masa ini, saya sendiri pun tidak tahu apakah intipati amanat yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri ketika acara kemuncak itu nanti. "Para belia pasti ingin mengetahui apakah pengumuman yang ingin disampaikan oleh beliau, jadi mari bersama kita nantikan," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan persiapan Himpunan Sejuta Belia di sekitar Putrajaya di sini hari ini. Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, Najib juga akan bersama-sama dengan belia menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-Juara Eropah antara Manchester United (Man Utd) dan Barcelona di Persiaran Perdana, Putrajaya pada 28 Mei ini. Beliau berkata, layar skrin gergasi akan didirikan di Persiaran Perdana bagi membolehkan orang ramai turut serta menyaksikan perlawanan tersebut. Selain itu, beliau berkata, pihaknya berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan menjelang acara kemuncak itu. "Saya berpuas hati dengan persiapan sehingga sekarang dan kita lihat Putrajaya sedang berubah wajahnya dan ia memberi getaran baru membayangkan kekuatan tenaga orang muda yang akan berhimpun di sini," katanya. Dalam pada itu, beliau menjangkakan jumlah tajaan untuk sambutan tersebut akan mencecah RM30 juta. "Setakat ini, jumlah tajaan yang berjaya dikutip menghampiri RM23 juta, jumlah itu melepasi sasaran yang ditetapkan sebanyak RM10 juta," katanya. Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak penaja yang memberi sokongan kepada penganjuran Perhimpunan Sejuta Belia itu. Antaranya, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas); Proton; Sime Darby Bhd. (Sime Darby); Naza World; KFC Holding Berhad; Telekom Malaysia Bhd. (TM) dan Celcom Axiata Bhd.(Celcom) serta beberapa syarikat penaja yang mengambil bahagian. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Penduduk Pagoh rai hari lahir Muhyiddin Posted: Penduduk Pagoh rai hari lahir Muhyiddin
PAGOH 24 Mei - Masyarakat berbilang kaum di sini mengambil kesempatan meraikan sambutan hari lahir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ke-64 ketika pemimpin itu 'turun padang' melawat kawasan parlimennya hari ini. Walaupun lewat beberapa hari kerana hari lahirnya jatuh pada 15 Mei lalu, kemeriahan meraikannya tetap dirasai. Sambutan hari lahir itu disambut oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pagoh dan Jawatankuasa Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian tersebut di Kompleks Seri Pekembar. Timbalan Perdana Menteri turut memotong pulut kuning pada majlis yang dihadiri Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Taat; Ketua Wanita UMNO bahagian, Senator Noriah Mahat dan Pegawai Daerah Muar, Mislan Karmani. Sementara itu, sambutan di Taman Sri Pagoh yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada kaum Cina tidak kurang meriahnya apabila orang ramai mengucapkan hari lahir dan bergambar bersama pemimpin tersebut. Terdahulu, Muhyiddin beramah mesra dengan masyarakat Cina di situ bagi mendengar masalah mereka dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan kurang berkemampuan daripada pelbagai kaum. Warga emas, Er Swee, 78, dan V. Mugaya, 60, terharu mendapat sumbangan itu dan teruja kerana dapat menyambut hari lahir Timbalan Perdana Menteri. "Terima kasih Tan Sri Muhyiddin kerana memberi sumbangan kepada kami. Semoga Tan Sri sentiasa sihat dan panjang umur," kata Er Swee. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan