Jumaat, 20 Mei 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Ahli MT diarah kemuka laporan bahagian

Posted:

Ahli MT diarah kemuka laporan bahagian

Ahli MT diarah kemuka laporan bahagian

PUTRAJAYA 20 Mei - Jawatankuasa Pengurusan UMNO mengarahkan semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang menjadi 'bapa angkat' kepada 195 bahagian UMNO supaya menyerahkan laporan pemantauan mereka untuk dianalisis Ibu Pejabat parti.

Surat pekeliling mengenainya telah dikeluarkan hasil mesyuarat jawatankuasa itu semalam yang dipengerusikan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ia sebagai langkah persediaan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Kita minta ahli-ahli MT yang jaga bahagian-bahagian ini menyediakan laporan situasi bahagian yang dipantau.

"Ini meliputi janji-janji yang telah dibuat ketua bahagian kepada penduduk di bahagian masing-masing.

"Selepas laporan dihantar ke Ibu Pejabat, kita akan buat analisis. Kalau ada kekurangan, kita akan lihat di mana lompangnya...antaranya bolehkah dirujuk kepada sektor tertentu dan dari segi parti, kalau masih ada percakaran dalam bahagian terbabit, kita akan panggil pihak berkenaan. Ini semua sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya di Presint 15, di sini hari ini.

Mengenai persediaan Barisan Nasional (BN) menghadapi PRU Ke-13, Tengku Adnan berkata, kesemua parti komponen perlu memberi tumpuan kepada isu sebenar iaitu masalah rakyat yang berkaitan himpitan kenaikan harga barang.

"PKR ke, Anwar Ibrahim ke, ia bukan isu pokok, yang utama sekali ialah masalah rakyat seharian iaitu kenaikan harga bahan api. Inilah cabaran kita yang sebenar," katanya.

Dalam pada itu, kata beliau, UMNO yang mempunyai 3.5 juta ahli sedang giat mendaftarkan baki 400,000 ahlinya sebagai pengundi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tuntut perubahan besar perjuangan ahli-ahli UMNO

Posted:

Tuntut perubahan besar perjuangan ahli-ahli UMNO

Tuntut perubahan besar perjuangan ahli-ahli UMNO

PADANG TERAP 20 Mei – Perubahan landskap politik nasional yang berbeza selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 menuntut ahli-ahli UMNO untuk membuat perubahan yang besar dalam perjuangan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, disebabkan senario politik yang sudah bertukar juga, ahli-ahli UMNO perlu meletakkan cara pemikiran mereka dalam keadaan yang betul.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah beberapa kali berpesan kepada saya untuk memberi peringatan ini kepada ahli-ahli UMNO.

"Selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, UMNO dalam keadaan yang tidak tentu arah, namun kita yakin dengan perjuangan UMNO untuk agama, bangsa dan negara jadi sebab itu, kita semua perlu pastikan ahli-ahli UMNO terus berada dalam objektif yang betul," kata beliau.

Muhyiddin berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap di Dewan Sekolah Menengah Dato Syed Ahmad, di sini hari ini.

Menurut beliau, ahli-ahli UMNO juga perlu meningkatkan usaha untuk mendekati rakyat dengan mengadakan program-program yang menyentuh jiwa rakyat.

"Program-program sebegini tidak memerlukan wang yang banyak, hanya kita turun berjumpa rakyat sekurang-kurangnya seminggu sekali," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan