Harian Metro: Mutakhir |
Tanah runtuh: Sumbangan RM50,000 Posted: 22 May 2011 03:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Yayasan Tan Sri Muhyiddin (TSM) Charity Golf hari ini memberi sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, yang 16 daripada penghuninya terkorban dalam kejadian tanah runtuh, semalam. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyampaikan sumbangan itu kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz, yang mewakili rumah anak yatim itu.
"Saya sampai di sana kira-kira 11 malam. Saya maklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (yang berangkat ke acara tersebut) bahawa saya perlu meninggalkan majlis kerana hati saya sudah berada di lokasi tragedi itu.
|
Dibelasah pelatih senior perempuan Posted: 22 May 2011 03:07 AM PDT JITRA: Seorang pelatih Asrama Akhlak (Perempuan) di sini, dimasukkan ke Hospital Jitra setelah mendakwa dipukul sehingga retak tulang rahang oleh dua pelatih senior di asrama berkenaan, Rabu lalu. Pelatih berusia 15 tahun itu mendakwa pada malam kejadian dua pelatih yang sebelum itu berselisih faham dengannya telah mengekorinya ke surau asrama selepas makan malam kira-kira pukul 9 malam.
"Selepas itu saya ke surau, mereka ikut saya dan tolak serta tampar pipi saya," katanya ketika ditemui pemberita di wad hospital itu hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan