Selasa, 24 Mei 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Bermandi lumpur dalam sawah

Posted:

Bermandi lumpur dalam sawah

Bermandi lumpur dalam sawah

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my


Sebahagian peserta mengejar itik sewaktu menyertai Karnival Sukan Bendang dan Permainan Tradisional Perlis di Padang Behor, Kangar, baru-baru ini.


KANGAR 23 Mei – Bukan semua orang mahu bermandi lumpur apatah lagi bagi generasi muda atau bukan ahli keluarga pesawah.

Namun, sawah atau lebih dikenali di utara tanah air sebagai bendang, kini bukan sekadar penting sebagai tapak penanaman padi, malah boleh dijadikan daya tarikan pelancong.

Bendang selain untuk tanaman padi, ia juga menjadi tempat masyarakat pesawah menangkap ikan sama ada ikan laga yang dikenali sebagai 'sempilai' atau ikan untuk dijadikan lauk seperti keli, haruan, sepat, puyu dan sebagainya.

Selain itu, kawasan bendang yang lapang dan berangin menjadi tempat masyarakat bermain layang-layang atau wau sebagai aktiviti riadah yang menyeronokkan.

Itulah istimewanya bendang kepada golongan pesawah dan keluarga mereka, tetapi pada masa kini budaya menangkap ikan dan bermain wau seolah-olah tenggelam ditelan arus zaman.

Sebenarnya, banyak lagi aktiviti di bendang yang masih boleh dilihat di beberapa kawasan di utara Semenanjung walaupun agak susah.

Antaranya di Perlis, walaupun mempunyai kawasan bendang jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan jirannya, Kedah yang digelar negeri Jelapang Padi, ia menyimpan banyak kenangan kepada penduduk negeri paling kecil di utara Malaysia itu.

Sehubungan itu, pelbagai acara berkaitan bendang dijalankan di Perlis sehingga mendapat sambutan memberangsangkan dalam kalangan penduduk setempat dan juga kawasan berhampiran, malah dari negeri jiran.

Selepas kejayaan Pesta Angin Timur Perlis D'Bendang 2011 yang berlangsung di Kampung Banir Tembus, Mukim Sanglang di sini Februari lalu, pesta hampir sama telah dianjurkan baru-baru ini.

Bertempat di Padang Behor di sini, Karnival Sukan Bendang dan Permainan Tradisional peringkat negeri Perlis anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Perlis serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri telah diadakan.

Karnival yang mendapat sokongan kerajaan negeri serta kerjasama daripada penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sena, Majlis Belia Perlis, Gerakan Belia 4B negeri dan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia Perlis berjaya menarik tumpuan ramai menerusi 15 acara yang dipertandingkan.

Antaranya, sukan rakyat diadakan dalam bendang yang becak dan berlumpur sehingga yang paling mencuit hati pengunjung adalah acara menangkap itik, pertandingan bola baling, permainan tui serta tarik tali.

Pelbagai telatah dapat disaksikan, misalnya ketika para peserta yang mengambil bahagian dalam acara mengejar itik dan bermain bola baling dipenuhi lumpur seluruh badan.

Ia diadakan bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ke-68 baru-baru ini.

Turut bersama penduduk menyertai acara tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Sumber Manusia, Perpaduan dan Pengangkutan Perlis, Abdul Jamil Saad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu yang merasmikan karnival tersebut meminta pihak penganjur menyediakan banyak lagi acara tradisi supaya ia terus segar dalam ingatan masyarakat khususnya generasi muda.

"Permainan tradisi seperti tarik upih dan menggagau ikan boleh diselitkan dalam karnival ini kerana ia cukup menarik serta dapat memberikan pengalaman baru kepada generasi muda yang sudah tentu tidak pernah mengalaminya sebagaimana masyarakat pesawah," kata beliau.

Menteri Besar juga berharap, karnival seumpama itu akan dapat menarik ramai pengunjung ke Perlis untuk menikmati keistimewaan tersebut jika ia dijadikan acara yang lebih menarik dan diperluaskan lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Permainan rakyat ditambah dalam karnival

Posted:

Permainan rakyat ditambah dalam karnival

Permainan rakyat ditambah dalam karnival


Abdul Jamil Saad


KANGAR 23 Mei - Karnival Sukan Bendang dan Permainan Tradisional peringkat negeri Perlis yang berlangsung di Padang Behor, di sini, akan diperluaskan lagi menerusi tambahan beberapa permainan tradisi pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Sumber Manusia, Perpaduan dan Pengangkutan negeri, Abdul Jamil Saad berkata, langkah tersebut bagi memeriahkan lagi sambutan di samping memperkenalkan beberapa lagi permainan rakyat yang kini semakin dilupakan.

"Menerusi acara yang diperkenalkan, generasi sekarang dapat mengenali permainan rakyat pada masa dahulu selain dapat belajar atau menimba pengalaman di bendang," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk karnival itu berkata, tahun ini 15 permainan dipertandingkan berbanding sembilan tahun lalu.

"Jika boleh, kita mahu kembangkan lagi acara sukan bendang ini dengan memasukkan beberapa lagi acara untuk menjadikannya lebih menarik, malah Menteri Besar sendiri meminta supaya ditambah lagi pertandingan," kata beliau.

Beliau menjelaskan, setakat ini, Padang Behor akan menjadi lokasi tetap karnival berkenaan kerana kedudukannya cukup strategik dan mudah untuk dikunjungi oleh sesiapa sahaja termasuk pengunjung dari negeri jiran.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya tidak menghadapi masalah sekiranya kawasan-kawasan lain turut sama menganjurkan karnival seumpama itu.

"Kalau kerap diadakan pun baik juga kerana Perlis akan sentiasa menjadi tumpuan ramai," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tergendala akibat masalah tanah

Posted:

Tergendala akibat masalah tanah

Tergendala akibat masalah tanah

Oleh SAHBULAH DARWI
utusankedah@utusan.com.my


Azizan Abdul Razak (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara BDB yang diwakili oleh Mohd. Saad Endut (kiri) dan Belleview Bina Sdn. Bhd. oleh Sonny Ho Kiong Chan di Alor Setar, Kedah, semalam.


ALOR SETAR 23 Mei – Rancangan Kerajaan Pas Kedah untuk membina Kompleks Tunku Yaakob di sini, yang sepatutnya dimulakan hujung tahun lalu masih gagal dilaksanakan akibat masalah teknikal berkaitan tanah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, projek itu bagaimanapun akan diteruskan sebaik sahaja masalah pemilikan tanah selesai.

"Surat sudah dihantar ke Pejabat SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) untuk tanah itu diwartakan dan selepas ia diwartakan dijangka pada Ogos ini proses pengambilan tanah akan dimulakan," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembinaan dua menara kondominium mewah, Amanduri Residences di sini, hari ini.

Perjanjian itu adalah antara Bina Darulaman Berhad (BDB) yang diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Mohd. Saad Endut dan syarikat hartanah, Belleview Bina Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, Datuk Sonny Ho Kiong Chan.

Kompleks tersebut yang terletak di tengah-tengah bandar raya ini menempatkan pusat komersial, terbengkalai pembinaannya walaupun kerajaan negeri bercadang membangunkannya mulai tahun lalu.

Projek itu akan diadakan secara usaha sama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dan pemaju iaitu Bellview Bina Sdn. Bhd.

Azizan berkata, masalah terbengkalai tersebut bukan berpunca daripada kelewatan pihak perancang tetapi masalah teknikal.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri akan memastikan projek tersebut berjaya disiapkan kerana ia adalah salah satu komponen pembangunan yang dirancang dibina bersama sebuah kompleks beli-belah dan satu unit hotel lima bintang selain dua blok kondominium itu.

Mengenai kondominium itu beliau berkata, pembinaannya yang menelan kos RM110 juta akan mula dilaksanakan November 2011 dan dijadual diduduki tiga tahun kemudian.

"Ia mempunyai dua menara setinggi 22 tingkat dengan 277 unit kediaman dan enam penthouse di lokasi strategik. Pembangunan tersebut bakal mengubah wajah bandar raya ini," katanya.

Sementara itu Sonny Ho berkata, kondominium itu adalah yang pertama dibina di sini dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan