Selasa, 31 Mei 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Pemancing dikhuatiri lemas

Posted: 31 May 2011 02:08 AM PDT

PASIR MAS: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas perahu yang dinaikinya untuk memancing tenggelam di Sungai Kelantan di Kampung Galok dekat sini tengah malam tadi.

Hassan Abdul Ghani, 25, sebelum itu keluar memancing bersama Aziz Husin, 60, siak masjid di kampung berkenaan.


Aziz ketika ditemui berkata kejadian berlaku pukul 12 tengah malam ketika mereka selesai memancing dan hendak pulang apabila bot dimasuki air dan tenggelam.

"Saya bernasib baik kerana sempat berpaut pada ranting buluh tetapi arus deras menyebabkan Hassan lemah," katanya.


Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Azuhan Ibrahim berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan pagi tadi dan akan diteruskan sehingga 7 petang ini.


"Jika mangsa belum ditemui operasi akan disambung esok," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bebaskan filem dari rokok

Posted: 31 May 2011 01:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengeluar filem disaran supaya tidak perlu memapar rokok atau gambaran merokok di dalam filem mereka.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 10 filem teratas yang membuat keuntungan besar di pawagam tahun lalu seperti Alice in Wonderland, Harry Potter, How to Train Your Dragon dan Inception tidak memaparkan rokok.


"Inception misalnya adalah untuk menghibur orang dewasa, tetapi tidak menggambarkan watak pelakon yang merokok," katanya pada Kempen ASAP dan pelancaran filem pendek mengenai antimerokok "Cinta Akhir" di sini hari ini.

Sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia hari ini, Liow berkata kementerian itu juga bersedia untuk bekerjasama dengan pembuat filem yang mahu mengeluarkan filem dengan tema yang sama.


Beliau berkata berdasarkan Global Youth Tobacco Survey pada 2000, 18.2 peratus remaja Malaysia berumur antara 13 hingga 15 tahun merupakan perokok ketika ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan