Selasa, 24 Mei 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Struktur tanah lemah – JKR

Posted:

Struktur tanah lemah – JKR

Struktur tanah lemah – JKR

KUALA LUMPUR 23 Mei - Hujan lebat luar biasa selama tiga hari mengakibatkan struktur tanah menjadi lemah hingga membawa kepada berlakunya kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, pada Sabtu lepas yang mengorbankan 16 nyawa.

Pengarah Kanan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Ir. Ashaari Mohamad (gambar) berkata, berdasarkan data taburan hujan yang diperoleh untuk tiga hari, sejumlah 29 milimeter (mm) hujan turun di kawasan itu pada Khamis, diikuti 41 mm pada hari berikutnya dan meningkat mendadak kepada 80 mm pada hari kejadian.

"Jumlah hujan yang turun pada hari kejadian adalah luar biasa sebab jumlah normal adalah sekitar 20 milimeter.

''Apabila hujan turun dan meresap ke dalam tanah ia telah menyebabkan struktur tanah menjadi lemah dan boleh runtuh pada bila-bila masa," katanya ketika menyampaikan taklimat pada majlis penyampaian sumbangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada mangsa tragedi tanah runtuh itu di Hulu Langat, dekat sini hari ini.

Ashaari berkata, berdasarkan tinjauan pihaknya ke kawasan dan puncak cerun berhampiran tanah runtuh itu, terdapat lurah laluan air yang menuju ke kawasan runtuhan.

Selain itu, pokok-pokok yang ditebang di sekitar kawasan terbabit juga menyebabkan kawasan berkenaan menjadi laluan air apabila hujan.

"Tanah-tanah masih bergerak dan kalau ada hujan boleh menyebabkan tanah runtuh dan kita kategorikan kawasan ini sebagai tidak selamat," katanya.

Berdasarkan maklumat yang diterima, beliau berkata, kedudukan antara cerun yang berketinggian 25 hingga 30 meter dengan bangunan rumah anak yatim itu juga terlalu hampir iaitu sekitar tujuh meter atau 25 kaki sahaja.

"Kita menganggarkan sejumlah 3,500 isipadu tanah atau bersamaan 600 buah lori, tanah yang runtuh dan menimpa rumah anak yatim berkenaan dengan ketinggian runtuhan empat meter dan lebar 54 meter," katanya.

Ashaari berkata, cerun di kawasan rumah anak-anak yatim juga telah dipotong dan itu menyebabkan berlaku ketidakstabilan pada keadaan tanah.

"Jadi, hari ini, kami nak teliti balik keadaan tanah dan melihat bagaimana kami boleh baiki semula struktur tanah ini. Kami juga meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) mengawasi keadaan sekitar kawasan perumahan di kawasan ini kerana mereka juga terdedah kepada risiko sama," katanya.

Pada majlis itu, sejumlah RM217,000 sumbangan disalurkan Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor kepada 53 waris dan mangsa tragedi tanah runtuh itu dan rumah kebajikan berkenaan.

Setiap waris kepada 16 mangsa yang terkorban menerima RM5,000 setiap seorang, manakala mangsa yang terselamat menerima sumbangan berjumlah RM1,000, sementara rumah anak yatim itu mendapat sumbangan RM100,000.

Selain itu, kerajaan Selangor turut menyalurkan sumbangan RM5,000 kepada setiap waris. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TSMCG bina pusat dialisis

Posted:

TSMCG bina pusat dialisis

TSMCG bina pusat dialisis

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin melihat kawasan Pusat Dialisis Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin selepas acara pecah tanah di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Megat Najmuddin Megat Khas (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Panzana, Datuk Sufian Majid. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 23 Mei – Impian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina pusat dialisis akhirnya tercapai apabila pusat rawatan bernilai RM1.5 juta itu bakal memulakan pembinaannya tidak lama lagi.

Dikendalikan oleh Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin (TSMCG) yang dipengerusikannya, pusat rawatan tersebut akan memberikan rawatan secara percuma kepada pesakit yang kurang berkemampuan.

Presiden TSMCG, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, pusat dialisis itu akan dibina di Lorong Titiwangsa 7 dekat sini, yang mampu menempatkan 20 pesakit pada satu-satu masa.

Menurut beliau, selain di ibu negara, TSMCG turut bercadang membina pusat rawatan sama di Putrajaya serta Pagoh, Johor.

''Ia adalah impian Timbalan Perdana Menteri sejak sekian lama. Alhamdulillah atas sumbangan pelbagai pihak dan syarikat korporat, impian itu kini menjadi kenyataan.

''Namun, kita mengharapkan lebih ramai pihak tampil memberikan sumbangan kerana kita memberikan rawatan secara percuma kepada pesakit yang layak.

''Lagipun, kos operasi pusat itu mencecah sehingga RM500,000 setahun,'' katanya ketika ditemui pada majlis pecah tanah Pusat Dialisis Tan Sri Muhyiddin yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri di sini hari ini.

Ujar Megat Najmuddin, bagi membolehkan pesakit yang layak untuk menjalani rawatan

percuma di pusat itu, pihaknya sudah memperoleh senarai nama daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kesihatan.

''Kita dapati ramai yang tidak mampu untuk mendapatkan rawatan dialisis. Justeru, atas rasa prihatin, TSMSG mengambil inisiatif untuk bersama menghulurkan bantuan" tambahnya.

Dalam perkembangan lain, beliau mengharapkan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) setelah dilaporkan mengadu sakit pagi ini kembali pulih.

''Kami pernah sama-sama menuntut di sebuah universiti di Singapura kira-kira 45 tahun lalu. Beliau seorang yang komited dalam kerja dan saya mendoakan supaya beliau lekas sembuh untuk menjalankan kerja seperti biasa,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tentera Laut Perancis sedia jalin kerjasama erat

Posted:

Tentera Laut Perancis sedia jalin kerjasama erat

Tentera Laut Perancis sedia jalin kerjasama erat


AHMAD Zahid Hamidi (dua dari kiri) bersalaman dengan Laksamana Pierre-Francois Forissier pada Majlis Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Ke Atas Panglima Tentera Laut Perancis di Wisma Pertahanan semalam yang turut dihadiri oleh Azizan Ariffin (kiri) dan Abdul Aziz Jaafar. - Utusan/Abdul Razak Latif


KUALA LUMPUR 23 Mei - Tentera Laut Perancis bersedia menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk teknologi kapal selam dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Laksamananya, Pierre-François Forissier berkata, sebelum ini armada laut kedua-dua negara sudah bekerjasama sejak Malaysia menubuhkan angkatan kapal selam beberapa tahun lalu.

"Perancis dengan tangan terbuka bersedia menjalin kerjasama dalam bidang ketenteraan laut dengan Malaysia.

"Kerjasama itu boleh melibatkan pelbagai aspek seperti teknologi kapal selam dan juga penghantaran pelatih," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima Anugerah Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) yang disampaikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Sementara itu, Abdul Aziz Jaafar berkata, TLDM berterima kasih di atas sumbangan yang diberikan Tentera Laut Perancis.

"Anugerah DKAT yang disampaikan ini diharap akan dijadikan pemangkin untuk Tentera Laut Perancis terus memberikan sumbangan dalam bidang ketenteraan di negara ini.

"Banyak sumbangan diberikan Perancis terhadap bidang ketenteraan laut terutamanya Markas Kapal Selam yang mana kita memerlukan bantuan Tentera Laut Perancis untuk melatih anggota kita dan kita tidak ketinggalan dalam bidang kapal selam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan