Jumaat, 20 Mei 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah RM401 bilion pada 13 Mei

Posted: 20 May 2011 02:55 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM401 bilion (AS$132.6 bilion) pada 13 Mei, 2011 berbanding RM393.2 bilion pada 29 April, 2011.

"Kedudukan rizab mencukupi untuk membiayai 9.4 bulan import tertangguh dan 4.4 kali hutang luar jangka pendek," kata bank pusat dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata komponen utama rizab terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$120.4 bilion), kedudukan rizab IMF (AS$700 juta), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$2.0 bilion), emas (AS$1.7 bilion) dan aset rizab yang lain (AS$7.8 bilion. Jumlah aset BNM, termasuk rizab antarabangsa sebanyak RM486.3 bilion.

Selain rizab antarabangsa, yang lain termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM2.0 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM64.3 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM11.5 bilion) dan lain-lain aset (RM7.4 bilion).

Liabiliti pula meliputi modal berbayar (RM100 juta), dana rizab am (RM13.6 bilion), rizab lain (RM5.4 bilion), mata wang dalam edaran (RM56.3 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM217.5 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM25.8 bilion), deposit lain (RM9.0 bilion), kertas Bank Negara (RM123.2 bilion), peruntukan SDR (RM6.5 bilion) dan liabiliti lain (RM28.9 bilion). - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan ragui status halal susu UHT 1Malaysia: Muhyiddin

Posted: 20 May 2011 02:35 AM PDT

Mutakhir

BALING: Orang ramai tidak perlu meragui status halal susu UHT 1Malaysia kerana ia mematuhi piawaian pensijilan halal yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, bekalan susu itu, yang diimport dari Korea Selatan, mempunyai sijil halal JAKIM selain sijil negara pengeksport.

Muhyiddin berkata, bekalan susu untuk diedarkan ke sekolah tidak mencukupi menyebabkan sebahagian darinya terpaksa diimport luar negara. "Bagaimanapun orang ramai tidak perlu risau kerana JAKIM terlebih dahulu mengeluarkan arahan supaya syarikat pembekal susu ini memperoleh sijil halal sebelum membekalkannya. Jadi jangan risau," katanya selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Baling/Sik di Pulai di sini, hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, diminta mengulas dakwaan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kubur Panjang, Pendang, Shaharol Niza Omar baru-baru ini mengenai susu berkenaan, yang didakwa tidak mempunyai logo halal JAKIM.

Mengulas biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Muhyiddin berkata, kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin MCA bagi membincangkan isu kegagalan pelajar Cina mendapatkan biasiswa itu.

"Keputusannya biasiswa ini membabitkan Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan semua pemimpin parti komponen yang mewakili kaum masing-masing, keputusan dibuat mengikut formula ditetapkan.
"Apabila MCA membangkitkan semula perkara ini dan menyatakan ada pelajar Cina cemerlang gagal mendapat biasiswa, kita akan teliti semula," kata Muhyiddin.

Beliau berkata, mana-mana pelajar yang memenuhi kriteria merit yang ditetapkan iaitu memperoleh semua A+ tetapi gagal memperoleh biasiswa JPA wajar diketengahkan untuk diteliti semula.

"Kementerian tidak ada masalah dalam soal memperuntukan biasiswa ini kepada mereka yang layak malah ibu bapa beranggapan anak mereka layak kerana memperoleh semua A sedangkan kriteria yang ditetapkan adalah A+ bukan A atau A-. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan