Jumaat, 20 Mei 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Gadis kejar peragut maut

Posted:

Gadis kejar peragut maut

Gadis kejar peragut maut

Oleh MARZITA ABDULLAH
utusanperlis@utusan.com.my

PADANG BESAR 20 Mei - Seorang kakak yang geram terhadap peragut kerana cuba meragut rantai leher adiknya bertindak nekad mengejar suspek dengan motosikal di Jalan Kangar-Padang Besar, di sini malam semalam.

Namun, dalam kejadian pukul 7.45 petang itu, motosikal tersebut hilang kawalan setelah dihimpit suspek lalu melanggar belakang sebuah kenderaan.

Mangsa, Nur Syaza Yasmin Ruslan, 17, kemudian terjatuh dan digilis sebuah kereta sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Nur Syaza Yasmin ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan, Bukit Keteri.

Dia sedang menuju ke sebuah kedai menjual telefon bimbit selepas mengisi minyak di Beseri apabila seorang remaja lelaki yang menunggang sebuah motosikal menghampirinya.

Remaja itu berpura-pura bertanyakan sesuatu sebelum bertindak cuba meragut rantai adiknya, Nur Syaza Naurah, 15.

Menurut Nur Syaza Naurah, suspek gagal meragut rantai dipakainya yang hanya diperbuat daripada plastik, namun kakaknya yang marah dengan tindakan lelaki itu bertindak mengejarnya.

"Saya membonceng untuk mengecam nombor pendaftaran motosikal suspek. Suspek yang melihat kami mengejarnya telah bertindak menghimpit motosikal kami menyebabkan kakak hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar belakang sebuah kenderaan," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Bukit Keteri, di sini hari ini.

Berikutan kejadian itu, katanya, kakaknya tercampak di tengah jalan raya dan tidak sedarkan diri akibat hentakan di kepala, manakala dia sendiri terlantar di bahu jalan.

Katanya, dia cuba membantu kakaknya untuk ke tepi jalan raya, namun sebuah kenderaan dari arah belakang menggilis kakaknya sebelum memecut ke arah Padang Besar.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Deros ketika dihubungi hari ini mengesahkan kemalangan tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987.

Jenazah Nur Syaza Yasmin yang dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Keteri, sebelum solat Jumaat, hari ini.

Bapa mangsa, Ruslan Ali, 49, ketika ditemui memberitahu, Nur Syaza Yasmin sebelum ini pernah memberitahu bermimpi memakai pakaian, namun semuanya tidak muat kerana kecil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga keldai dadah ditahan

Posted:

Tiga keldai dadah ditahan

Tiga keldai dadah ditahan

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my


Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (kanan) dan pegawainya melihat dadah jenis syabu yang dirampas daripada tiga warga Bulgaria di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 20 Mei – Biarpun taktik menggunakan bagasi yang diubah suai untuk menyeludup dadah ke negara ini sering ditumpaskan pihak polis, masih ada keldai dadah cuba-cuba 'menyembunyikannya' dengan kaedah itu.

Terbaru, tiga warga asing dari Bulgaria ditahan bersama dadah jenis syabu seberat 5.68 kilogram, bernilai RM1.5 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (LTASI) Senai di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, suspek berusia 25, 26 dan 36 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pukul 4.15 petang.

"Kesemua suspek yang dipercayai keldai dadah dari satu sindiket dadah antarabangsa Asia Barat ke Malaysia, ditahan sejurus tiba di LTASI.

"Mereka membawa dua bagasi pakaian yang diubah suai dengan dadah tersebut disorokkan di dalam ruang khas dan dilekatkan dengan pita pelekat.

"Berdasarkan siasatan awal, seorang daripada suspek telah empat kali masuk ke Malaysia manakala dua lagi kali pertama ke negara ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Mokhtar, sekiranya dadah tersebut terlepas ke pasaran dan diedarkan, ia mampu menampung kira-kira 20,000 penagih dadah.

Katanya lagi, siasatan awal mendapati, modus operandi mereka menggunakan lapangan terbang domestik bagi mengelirukan pihak berkuasa tempatan.

Mohd. Mokhtar berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti destinasi suspek sebelum memasuki Malaysia.

"Kejayaan menumpaskan sindiket dadah tersebut adalah kali kedua kerana kita turut mematahkan cubaan menyeludup dadah dengan tertangkapnya dua lelaki warga Iran di LTASI pada 30 April lalu," ujarnya.

Kesemua suspek, katanya, direman sehingga Rabu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan