Selasa, 31 Mei 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Bercumbu sambil mandi pantai

Posted: 30 May 2011 03:57 PM PDT

Wilayah

AKSI pasangan yang menjadikan kawasan pantai Air Papan sebagai destinasi untuk melakukan maksiat.

AKSI pasangan yang menjadikan kawasan pantai Air Papan sebagai destinasi untuk melakukan maksiat.

Segelintir pengunjung tayang aksi 'ringan-ringan' sekitar kawasan sunyi

MERSING: Sikap segelintir pengunjung pantai Air Papan, di sini, yang menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat bermadu kasih amat dikesali dan tidak disenangi pengunjung lain serta penduduk tempatan.

Mereka memilih kawasan sunyi di sekitar pantai berkenaan sebagai sasaran untuk duduk berdua-duaan selain secara terbuka melakukan aksi 'ringan-ringan' tanpa menghiraukan pengunjung lain.

Gelagat mereka jelas tidak disenangi pengunjung yang kebanyakannya datang bersama anak kecil selain pelajar sekolah yang menjadikan kawasan pantai itu sebagai tempat menghilangkan tekanan belajar. Difahamkan kelakuan sumbang secara terbuka pasangan muda-mudi terbabit sudah agak berkurangan berbanding sebelum ini selepas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Air Papan mengambil inisiatif melakukan rondaan bagi membendung kegiatan yang boleh menjejaskan nama baik pantai berkenaan sebagai destinasi pelancongan terkenal.

Bagaimanapun masih ada segelintir remaja masih melakukannya terutama pada cuti hujung minggu.

Tinjauan Berita Harian di kawasan berkenaan mendapati beberapa pasangan memilih kawasan agak sunyi sebagai tempat bermadu kasih tanpa menghiraukan pengunjung yang bersantai bersama keluarga.

Pelajar, Nur Atiqah Ramli, 16, memberitahu dia sering terserempak dengan pasangan kekasih yang duduk dalam keadaan mencurigakan.
"Sebagai pelajar, saya rasa malu melihat kelakuan mereka yang dipercayai bukan pasangan suami isteri memandangkan kawasan pantai ini turut dikunjungi ibu bapa yang membawa anak kecil," katanya.

Jelasnya, jika perkara itu berlarutan, tidak mustahil akan mewujudkan keadaan lebih buruk seperti pembuangan bayi.

"Bagaimanapun keadaan sekarang agak terkawal berbanding beberapa tahun lalu," katanya.

Rakannya, Nursyahira Idayu Razali, 16, berkata ada juga pasangan yang melakukan maksiat di dalam kereta di kawasan agak terpencil di hujung pantai.

"Mungkin mereka merasakan aksi dalam kereta tidak dapat ditonton orang ramai, namun ada kalanya kelakuan sumbang mereka disedari pengunjung lain serta pihak berkuasa yang sesekali turut mengadakan operasi pencegahan maksiat di pantai ini," katanya.

Selain itu jelasnya, ada juga pasangan bercumbuan dalam air ketika mandi tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

"Mungkin mereka tidak perasaan kelakuan mereka diperhatikan pengunjung lain dan perkara itu sungguh memalukan lebih-lebih lagi kepada ibu bapa yang membawa anak masing-masing," katanya.

Selain menyakitkan mata, kelakuan sumbang mereka dikhuatiri akan meninggalkan kesan tidak baik kepada pengunjung pantai itu.

Justeru penduduk dan pengunjung berharap pihak berwajib menggiatkan pemantauan di kawasan itu supaya tidak lagi dijadikan tempat melakukan maksiat.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengurusan jual air masjid, surau

Posted: 30 May 2011 03:55 PM PDT

Wilayah

Pihak tertentu diminta henti perbuatan salah guna kemudahan atas apa juga alasan

KUALA BERANG: Ada segelintir pengurusan masjid dan surau di negeri ini 'menjual' air yang dibekalkan secara percuma kerajaan negeri kepada individu serta kontraktor untuk pembinaan rumah dan membasuh kenderaan.

Tindakan pengurusan masjid dan surau terbabit menyalahgunakan kemudahan itu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab walaupun atas juga alasan, termasuk mendapatkan sumbangan untuk tabung masjid.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Zaabar Mohd Adib, berkata semua pihak terbabit perlu menghentikan segera penjualan itu kerana ia juga dilarang agama Islam. "Walaupun kerajaan negeri melalui Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) mengenal pasti masjid serta surau yang melakukan sedemikian dan terpaksa menanggung kos, kita tidak bercadang untuk mengenakan caj penggunaan air bersih di semua masjid dan surau.

"Jawatankuasa masjid dan imam diminta memastikan penggunaan air bersih yang diberikan secara percuma digunakan hanya untuk tujuan ibadat. Janganlah buat perniagaan jual air pula," katanya selepas mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said merasmikan Hari Terbuka Loji Air Hulu Terengganu, di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis itu Pegawai Ketua Eksekutif SATU, Husain Embong dan Pegawai Kewangan negeri, Datuk Abdul Razak Ismail.

Zaabar berkata, kerajaan negeri tidak akan mengenakan sebarang caj penggunaan bekalan air bersih di semua masjid dan surau yang pembinaannya diluluskan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), walaupun sebahagian jawatankuasa rumah ibadat itu mengenakan bayaran ke atas pelanggan bertujuan mendapatkan sumbangan tabung.
Beliau berkata, pemberian bekalan air percuma ke semua masjid dan surau adalah tanggungjawab sosial kerajaan negeri, walaupun kerajaan terpaksa menanggung kos sebanyak RM3.43 juta tahun lalu berbanding hanya RM3.26 juta pada 2009.

Dalam perkembangan lain, Zaabar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata, SATU juga kerugian lebih RM18 juta setahun berikutan kehilangan Air Tak Terakuan (NRW) berikutan kebocoran paip bawah tanah yang berusia lebih 30 tahun, menyebabkan kadar NRW di negeri ini ialah sebanyak 37 peratus, berbanding 30 peratus tahun lalu.

Katanya, bagi mengurangkan kadar NRW sehingga 35 peratus, kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM1.4 juta bagi kerja penggantian paip terutamanya di kawasan kritikal yang sering berlaku kebocoran paip.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan