Utusan Online - Utara |
- Polis cari suspek kes curi cip elektronik
- Cegah gejala buang bayi
- Sukarelawan rayu bantuan biaya kos pembedahan
Polis cari suspek kes curi cip elektronik Posted: Polis cari suspek kes curi cip elektronik
PULAU PINANG 22 Mei - Polis memburu seorang lelaki tempatan dipercayai menjadi dalang kes kecurian cip elektronik membabitkan kerugian hampir RM60,000 di sebuah kilang di Bayan Lepas di sini. Suspek, Ahmad Sobri Ali, (gambar) 26, dikatakan mengupah rakannya yang bekerja di kilang berkenaan untuk mencuri cip tersebut pada 18 Mei lalu, kira-kira pukul 12 tengah hari. Menurut jurucakap polis, alamat terakhir suspek adalah di Simpang Kuala Menora, Kuala Ketil, Kedah. "Kita sedang mengesan suspek yang dipercayai bertindak sebagai dalang dalam beberapa kes kecurian barangan kilang di sini. Polis berjaya memberkas tiga rakan suspek berusia 20-an hingga 30-an kelmarin. "Difahamkan, kemungkinan hasil barangan yang dicuri itu dijual kepada pihak tertentu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam. Difahamkan, suspek turut terlibat dalam kes kecurian melibatkan beberapa buah kilang di sekitar kawasan yang sama minggu lepas. Dalam pada itu, polis meminta orang ramai yang mengenali suspek supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Eddura di talian 012-2482121. | ||
Posted: Cegah gejala buang bayiPeserta Konvoi Jelajah 1Malaysia Kami Prihatin siri ketiga membawa kain rentang sepanjang 150 meter sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-68 Raja Perlis dan mengedar risalah kempen kesedaran pembuangan bayi kepada masyarakat di Felda Rimba Mas, Padang Besar, baru-baru ini. KANGAR 22 Mei - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan masyarakat khususnya remaja supaya lebih peka bagi mencegah gejala pembuangan bayi yang semakin berleluasa pada masa kini. Titah baginda, ini kerana gejala tersebut bayi bukan lagi menjadi kejutan kepada masyarakat malah ia seolah-olah suatu 'trend' yang kian menular sehingga nyawa bayi tidak berdosa kelihatan tiada nilainya. "Keindahan dan kesempurnaan hidup berkeluarga sudah jauh menyimpang daripada matlamat sebenar, apa dikurniakan seolah-olah tiada penghargaan dan bayi dilahirkan tiada pembelaan sewajarnya," titahnya Baginda bertitah demikian pada Majlis Makan malam Konvoi Jelajah 1Malaysia Kami Prihatin siri ketiga di Hotel Seri Malaysia di sini baru-baru ini. Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Sambil memuji usaha konvoi Jelajah 1Malaysia, baginda meminta masyarakat supaya lebih prihatin untuk membanteras gejala pembuangan bayi menerusi pelbagai usaha. Menurut baginda, statistik kes pembuangan bayi yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan 396 kes seumpama itu dicatatkan dari 2005 hingga 2010. "Ini cukup membimbangkan dan memerlukan penglibatan semua pihak untuk menghalangnya daripada berlaku," titah baginda. | ||
Sukarelawan rayu bantuan biaya kos pembedahan Posted: Sukarelawan rayu bantuan biaya kos pembedahan
ALOR SETAR 22 Mei - Seorang sukarelawan yang sering membantu masyarakat, Mohd. Nazri Azizan, 33, kini terpaksa merayu bantuan orang ramai untuk membiayai kos pembedahan berjumlah RM13,000 pada Julai ini. Nazri yang tiada punca pendapatan ketika ini berkata, pembedahan tersebut bagi merawat penyakit tulang belakang yang dihidapinya sejak November lalu. "Sejak menghidap penyakit itu, saya tidak lagi boleh melakukan kerja-kerja berat malah terpaksa berulang alik ke hospital untuk rawatan. "Disebabkan penyakit ini, saya menjadi letih, lemah dan menggigil secara tiba-tiba dan mudah pitam atau terjatuh," katanya di pejabat Utusan Melayu di sini hari ini. Justeru itu menurutnya, hospital kini menjadi seolah-olah rumah keduanya kerana terlalu kerap berulang alik untuk rawatan dan terbaru terpaksa ditahan di wad Hospital Sultanah Bahiyah selama sembilan hari. Katanya, pembedahannya dijadual dijalankan pada sekitar Julai ini di Hospital Pulau Pinang. Nazri berkata, masalah kesihatannya bermula apabila dia sebagai petugas operasi Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam kemalangan iaitu terjatuh dari rumah dua tingkat di Negeri Sembilan pada 2000 semasa menyertai operasi membantu mangsa kebakaran bersama anggota bomba. "Dalam operasi itu, ahli-ahli keluarga dalam rumah terbakar itu dapat diselamatkan tetapi saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana patah tangan dan sakit tulang belakang. Tetapi selepas menerima rawatan di hospital, keadaan saya kembali pulih," katanya. Menurutnya, ekoran itu, dia terus aktif membantu golongan memerlukan dan di Kedah dia menjadi sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah. Bagaimanapun, tambahnya, tulang belakang tiba-tiba kembali sakit sewaktu sibuk mengangkut barang dan membantu mangsa banjir di negeri ini pada November lalu. Ekoran masalah kesihatan itu, Nazri berkata, segala urusan mencari rezeki diambil alih oleh isterinya, Juli Hoslita Johari, 30, yang bekerja sebagai pembantu gerai makan di pasar malam dengan pendapatan antara RM15 hingga RM20 sehari. Dia dan isteri yang sebelum ini terpaksa tinggal di rumah flat milik mertuanya terpaksa menyewa sebuah bilik kerana rumah mertuanya itu turut didiami oleh tiga adik iparnya yang sudah berkeluarga. "Setiap bulan kami membayar sewa sebanyak RM130 untuk bilik kecil ini. Pendapatan isteri saya tidak mencukupi untuk perbelanjaan kami berdua keraja duit itu juga kami terpaksa simpan untuk kos rawatan pembedahan nanti," katanya yang berasal dari Negeri Sembilan. Selain itu, katanya, dia turut mendapat bantuan sebanyak RM150 sebulan untuk membiayai kos rawatan dan perbelanjaan harian bagi tempoh setahun. Katanya, orang ramai yang sudi membantu boleh menghubunginya menerusi 012-5765304 atau menyalurkan terus sumbangan melalui akuan Bank Muamalat 02010077169728. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan