Selasa, 24 Mei 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Jalan rosak ancam keselamatan

Posted:

Jalan rosak ancam keselamatan

Jalan rosak ancam keselamatan

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusangroup.com.my


PENduduk menunjukkan antara jalan yang rosak sehingga menampakkan besi konkrit yang boleh membahayakan pengguna jalan berkenaan di Taman Puncak Jalil, baru-baru ini. -utusan/Syefry Moniz


KUALA LUMPUR 24 Mei - Jalan yang berlubang dan rosak bukanlah sesuatu yang luar biasa dan asing bagi penduduk di Taman Puncak Jalil sejak menghuni kawasan itu beberapa tahun lalu.

Itulah realiti yang terpaksa dihadapi oleh penduduk berikutan kegagalan pihak bertanggungjawab membaiki jalan tersebut, apatah lagi menyelenggaranya ketika ia masih berkeadaan baik.

Rata-rata penduduk yang ditemui melahirkan rasa kesal mereka dengan kegagalan pihak berkuasa khususnya Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjalankan tugas mereka memastikan jalan itu selesa dan selamat digunakan.

Seorang penduduk, Wan Sukremy Wan Saudi, 35, berkata, jalan yang digunakan penduduk kini rosak teruk, menyebabkan pengguna bukan sahaja berdepan risiko kemalangan tetapi juga perlu menanggung kos tambahan yang tinggi.

Sebagai contoh, katanya, pada tahun lalu, keretanya telah termasuk ke dalam lubang kerana tidak sempat mengelak menyebabkan rim keretanya rosak.

"Kerana kemalangan itu, saya terpaksa menukar satu set rim yang menelan kos sebanyak RM1,500. Kejadian itu bukan sahaja merugikan kami, malah turut berbahaya.

"Penunggang motosikal lebih berisiko. Saya pernah nampak di depan mata saya sendiri seorang penunggang motosikal jatuh kerana tidak sempat mengelak lubang. Mujurlah saya sempat brek pada masa itu," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, S. Ravi, 49, berkata, anaknya pernah terbabas dan melanggar pembahagi jalan akibat cuba mengelak lubang kira-kira dua bulan lalu.

"Akibatnya, anak saya terpaksa mengeluarkan belanja untuk membaiki keretanya yang kemek. Nasib baik tidak begitu teruk," katanya.

Katanya, pihak berkuasa haruslah memandang serius perkara tersebut kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya.

Dalam pada itu, Mohd. Sham Aziz Ismail, 44, pula berkata, tampalan yang dilakukan pada jalan tersebut tidak mampu bertahan lama kerana ia mungkin disebabkan oleh penggunaan bahan yang tidak berkualiti.

"Kami mahu pihak MPSJ memikirkan penyelesaian jangka panjang terhadap masalah itu terutama dengan menurap semula keseluruhan jalan di Taman Puncak Jalil.

"Kalau hanya ditampal, saya yakin jalan akan kembali rosak dalam masa yang singkat terutama jika hujan kerap turun seperti sekarang," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk rasa dianak tiri MPSJ

Posted:

Penduduk rasa dianak tiri MPSJ

Penduduk rasa dianak tiri MPSJ

KUALA LUMPUR 24 Mei - Persatuan Penduduk Taman Puncak Jalil mahu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bertanggungjawab dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di perumahan itu sejak sekian lama.

Persatuan itu berpendapat, kegagalan pihak MPSJ menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk di situ telah menyebabkan mereka merasa seolah-olah dianaktirikan oleh pihak berkuasa tempatan itu.

Presidennya, Zainuddin Zainal berkata, masalah jalan rosak yang merupakan perkara yang paling membimbangkan penduduk perumahan itu dan memberi kesan besar kepada mereka.

Katanya, antara jalan yang rosak teruk ialah sebahagian Jalan Persiaran Puncak Jalil 2 iaitu di hadapan stesen minyak Esso yang kini rosak teruk walaupun sudah ditampal dengan konkrit kira-kira setahun lalu.

"Walaupun sudah dibaiki oleh MPSJ setahun lalu, tidak sampai enam bulan kemudian, jalan itu berlubang semula dan ini mungkin disebabkan oleh simen konkrit yang digunakan itu tidak berkualiti.

"Apabila jalan berlubang, besi konkrit yang digunakan pada jalan akan terkeluar dan menyebabkan tayar kereta dan motosikal pancit jika termasuk ke dalam lubang," katanya ketika ditemui di sini.

Zainuddin berkata, beliau sudah menghantar dua surat yang bertarikh 1 Julai 2008 dan 13 April 2011 kepada MPSJ untuk mengadu mengenai masalah penduduk itu, namun sehingga kini beliau belum mendapat jawapan.

"Penduduk juga telah membuat aduan mengenai sebatang tiang lampu jalan yang condong dan meminta MPSJ membaikinya tetapi apa yang dilakukan ialah tiang itu dipotong, menyebabkan tempat itu tiada lampu jalan.

"Tindakan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan boleh membahayakan keselamatan penduduk kerana jalan yang rosak akan bertambah bahaya jika persekitarannya gelap," jelasnya.

Masalah lain yang turut diadukan pada MPSJ, katanya, ialah permintaan untuk membina bonggol di jalan-jalan utama, memasang papan tanda dan menyelenggara kolam takungan air hujan dan juga masalah sampah yang dilonggokkan di bahu jalan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk bimbang tanah runtuh

Posted:

Penduduk bimbang tanah runtuh

Penduduk bimbang tanah runtuh

Oleh Ilah Hafiz Aziz
pengarang@utusan.com.my


KEJADIAN tanah runtuh yang menyebabkan jalan menghubungkan beberapa blok kediaman rosak di Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA 24 Mei - Ribuan penduduk di Kondominium Ken 3 dan Apartmen Damansara Bistari, SS2 di sini bimbang dengan keselamatan mereka berikutan tebing saliran Sungai Penchala yang terletak berdekatan perumahan itu runtuh akibat hujan lebat petang ini.

Menurut penduduk kedua-dua kediaman itu, tebing saliran itu runtuh sejak beberapa minggu lalu namun disebabkan tiada tindakan segera pihak berwajib, beberapa lagi runtuhan susulan berlaku hari ini.

Salah seorang penduduk, Yahya Ismail, 50, berkata, dia terdengar bunyi kuat runtuhan terbaru ketika hujan lebat kira-kira pukul 5 petang ini.

"Bunyi yang saya dengar sangat kuat seolah-olah guruh berdentum. Sebaik sahaja saya keluar, tebing bersebelahan runtuh menyebabkan jalan tar menghubungkan beberapa blok kediaman retak.

"Jalan yang biasa kami lalui juga mengalami kerosakan hampir separuh berikutan runtuhan itu," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, runtuhan itu berlaku hanya kira-kira 50 meter daripada bangunan blok Kondominium Ken 3.

Seorang lagi penduduk, R Kartik, 22, memberitahu, kediamannya di Apartmen Damansara Bistari hanya terletak 200 meter dari tebing itu dan dia bimbang runtuhan tersebut akan bertambah teruk sekiranya tidak dibaiki.

"Sudah hampir dua minggu runtuhan itu berlaku namun pihak yang bertanggungjawab sekadar menutup dengan kain kanvas dan membiarkannya sahaja.

"Malam ini, runtuhan merebak ke bahagian bersebelahan dan laluan orang ramai terpaksa ditutup. Saya bimbang ia akan membahayakan nyawa kami jika tiada tindakan diambil," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan