Ahad, 22 Mei 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Perkukuh jentera pilihan raya

Posted:

Perkukuh jentera pilihan raya

Perkukuh jentera pilihan raya

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


KHAIRY Jamaluddin (kiri) bersalaman dengan anggota perwakilan pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil di Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.


MELAKA 22 Mei - Ahli UMNO diminta memberi tumpuan terhadap usaha menguatkan jentera pilihan raya parti, bukannya pemilihan di peringkat bahagian yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, setiap ahli parti bertanggungjawab memperkukuhkan keyakinan dan kepercayaan rakyat agar menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).

''Jangan kita anggap pilihan raya akan datang perkara yang mudah dan memandang ringan soal persiapan menghadapinya.

''Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah soal hidup mati UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil di sini malam tadi.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, sikap mementingkan kedudukan dalam parti hanya akan menghancurkan UMNO yang akhirnya merugikan parti sekali gus membolehkan pembangkang mengambil alih kuasa pentadbiran negara.

''Saya mahu ingatkan, apa guna kedudukan dalam parti jika pilihan raya nanti UMNO dan BN kalah kepada pembangkang dan akhirnya kita tiada lagi mempunyai kuasa," kata beliau.

Malah, katanya, tiada guna memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan jika parti tidak mempunyai kuasa disebabkan pembangkang menguasai pentadbiran negeri.

''Berjuang untuk parti, tiada istilah marah atau kecewa jika tidak dapat kedudukan kerana kepentingan individu hanya memecahbelahkan UMNO, yang penting sekarang kita perlu bekerja keras sebagai satu pasukan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," ujarnya.

Sementara itu, Khairy meminta mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO di semua bahagian mengemukakan usul membantah keputusan kerajaan menaikkan harga petrol RON97 baru-baru ini.

''Pemuda Bahagian yang belum mesyuarat diminta membuat usul tersebut dan apabila semua sudah selesai, Pemuda BN akan menyerahkannya kepada Ibu Pejabat UMNO bagi membantah kenaikan harga petrol.

''Pemuda UMNO merasakan ini bukan masa untuk kerajaan mengurangkan subsidi dan membebankan rakyat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nik Aziz bertopeng imej warak

Posted:

Nik Aziz bertopeng imej warak

Nik Aziz bertopeng imej warak

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Mei - Tindakan memperalat pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di Kelantan dalam program politik Pas membuktikan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin yang tidak bermaruah.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, tindakan itu juga membuktikan Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin yang tidak mempunyai prinsip dan bertopengkan imej warak untuk memperdaya pelajar sekolah agama di Kelantan.

"Ucapan Nik Abdul Aziz pada Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu semalam membuktikan apa yang JMM kata mengenai Menteri Besar Kelantan itu benar." katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tohmahan tidak berasas Pas terhadap UMNO selama ini akhirnya memakan diri apabila Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana semalam menjadi bukti bagaimana parti itu memperalatkan pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di seluruh Kelantan dalam program politik mereka.

Lebih mengejutkan apabila ucapan beberapa pimpinan Pas termasuk Nik Abdul Aziz dalam program tersebut turut meniupkan kebencian dan penentangan di kalangan pelajar terbabit terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Azwanddin berkata, Nik Abdul Aziz merupakan seorang pengecut kerana hanya berani berpidato dan berbohong di hadapan budak-budak kecil yang baru belajar agama.

"Mengapa beliau (Nik Abdul Aziz) tidak berani untuk berpidato dengan tokoh seperti bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris," katanya.

Beliau berkata, tidak hairan sekiranya Mursyidul Am Pas itu menjadi tali barut DAP seperti Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu.

"DAP mahu Nik Abdul Aziz dan Mohamad mengunakan Pas sebagai alat memecahbelahkan undi Melayu dengan mengunakan faktor dan sentimen agama bagi mewujudkan kebencian di kalangan orang Melayu.

"Saya setuju bila orang kata undi Pas sama seperti undi DAP," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan