Rabu, 25 Mei 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Puak Erdogan mahu perubahan dalam Pas

Posted:

Puak Erdogan mahu perubahan dalam Pas

Puak Erdogan mahu perubahan dalam Pas

KUALA LUMPUR 25 Mei – Golongan yang dilihat sebagai puak Erdogan dalam Pas mahu pemilihan parti itu, menjadi titik tolak serta manifestasi kepada perubahan corak kepimpinan secara keseluruhan.

Ia termasuklah pengisian jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu tidak seharusnya terikat kepada golongan ulama, sebagaimana konsep yang diterima pakai oleh kebanyakan ahli Pas ketika ini.

Hasrat itu disuarakan secara terbuka oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad (gambar) sambil disokong Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar serta Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad.

Menurut Khalid, kepimpinan ulama dalam Pas bukan bererti kedudukan orang nombor satu dan dua hanya layak diisi oleh pemimpin berlatar belakang agama, tetapi ia merujuk kepada adanya Majlis Syura Ulama.

"Tapi kadang-kadang orang Pas sendiri pun terpengaruh. Sepatutnya kepimpinan Mursyidul Am (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) patut dijadikan contoh. Beliau walaupun ulama tetapi katalis (pemangkin) kepada perubahan.

"Pas harus bersifat untuk semua dan kalau properubahan (calon) ramai yang menang, ia lebih baik," katanya semasa muncul dalam forum bertajuk Pemilihan Pas: Mampukah Pas membuat lonjakan, di sini malam tadi.

Hadir sama sebagai ahli panel dalam forum dikendalikan Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan itu ialah Kamaruddin, Dr. Dzulkefly serta penganalisis politik, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari.

Menyokong hujah tersebut, Dr. Dzulkefly berkata, Pas perlu direfomis agar tidak terlalu terikat dengan pendekatan konvensional, jika parti itu bercita-cita mahu menggantikan UMNO sekali gus, memimpin negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Kamaruddin bersetuju dengan pandangan bahawa kepimpinan ulama antara punca wakil rakyat Pas gagal menonjol dalam aspek ekonomi berbanding komponen pembangkang yang lain.

"Jika dibandingkan dengan wakil rakyat dari PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan DAP kita ketinggalan dari segi kemampuan berhujah dalam bidang ekonomi," katanya menjawab soalan Wan Saiful.

Pada masa yang sama, beliau juga bangga digelar sebagai puak erdogan kerana menyifatkan, ia satu pengiktirafan sempena kejayaan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan membentuk kerajaan Islam di sana.

Selain itu, beliau juga turut menyeru kepada semua ahli serta perwakilan parti supaya lebih agresif dan vokal dalam menuntut perubahan kerana itulah amanah dan tanggungjawab mereka kepada pengundi.

Dr. Dzulkefly pula, secara terbuka mengakui bahawa beliau adalah penyokong Mohamad Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemilihan Pas umpama 'dam aji'

Posted:

Pemilihan Pas umpama 'dam aji'

Pemilihan Pas umpama 'dam aji'


Mahfuz Omar


KUALA LUMPUR, 25 Mei - Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Ahmad menyifatkan, pemilihan parti itu umpama permainan dam aji.

Ini kerana kata beliau ia bakal menyaksikan pertembungan antara golongan ulama bagi merebut jawatan Timbalan Presiden tetapi dalam masa yang sama menyerlahkan percaturan kumpulan yang condong kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan strategi mereka.

''Saya katakan begitu (umpama dam aji) kerana percaturan kumpulan yang condong kepada Anwar lebih bijak menyusun orang-orang mereka dan hanya menunggu masa untuk sampai kepada sasaran,'' katanya.

Bercakap kepada media UMNO Online, Ghazali berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin lemas dengan asakan puak-puak yang 'berkiblatkan' Anwar

Oleh itu, katanya,, Abdul Hadi perlu pantas melakukan sesuatu jika beliau mahu melihat parti itu terus bergerak sejajar dengan laungan bersama kepimpinan ulama.

''Pertembungan antara Nasharudin Mat Isa dengan Tuan Ibrahim Tuan Man sudah pasti akan memecahkan undi golongan ulama dan yang paling selamat adalah Mohamad Sabu dan kita andaikan beliau menang di kerusi berkenaan.

''Seterusnya di kerusi Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, kita turut buat andaian mereka mendapat kepercayaan perwakilan dan di situlah kita akan nampak berakhirnya kepimpinan ulama di dalam Pas,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan