Rabu, 25 Mei 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Kaunter JPN dibuka Sabtu dan Ahad ini

Posted: 25 May 2011 02:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kaunter di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya akan beroperasi seperti biasa pada Sabtu dan Ahad ini.

JPN dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan bahawa kaunter berkenaan yang melibatkan urusan kad pengenalan, kelahiran, kematian, anak angkat, perkahwinan, penceraian dan kewarganegaraan dibuka bermula 8 pagi sehingga 5 petang sempena program Himpunan Sejuta Belia 2011 di Putrajaya.


Jabatan Imigresen pula memaklumkan bahawa kaunter perkhidmatan pasport di semua cawangannya di seluruh negara tidak akan beroperasi sempena sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 4 Jun ini.

Operasi kaunter ditutup pada 3 dan 4 Jun bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak, operasi ditutup pada 4 dan 5 Jun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harga RON95, diesel dan LPG kekal

Posted: 25 May 2011 02:40 AM PDT

PUTRAJAYA: Harga petrol RON95, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) kekal buat masa ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri berkata Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.


"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.


Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan