Khamis, 26 Mei 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Harga RON95, diesel, LPG kekal

Posted:

Harga RON95, diesel, LPG kekal

Harga RON95, diesel, LPG kekal

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 25 Mei - Orang ramai kini boleh menarik nafas lega apabila Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa sekarang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tetap akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi berikutan peningkatan harga bahan bakar itu di pasaran global.

"Sebelum keputusan ini dibuat, kerajaan telah mengambil kira semua sudut termasuk keluhan rakyat supaya tidak menaikkan harga minyak.

"Namun, jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tidak ditetapkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi (sebanyak RM18 bilion) terhadap bahan bakar ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Tambah Ismail Sabri, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakyah dan spekulasi daripada pihak pembangkang tentang kenaikan harga minyak hingga mencetuskan suasana panik.

"Pengekalan harga bahan bakar itu tiada kena mengena dengan desakan pembangkang ataupun bagi menarik sokongan rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

"Kerajaan yang ada hari ini ialah kerajaan yang prihatin pada nasib rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya.

Mengulas mengenai pemansuhan pemberian subsidi diesel super kepada beberapa sektor pengangkutan, beliau menjelaskan, pemberian subsidi seharusnya disalurkan kepada golongan yang memerlukan saja dan bukannya untuk semua pihak.

"Sebelum ini lori pengangkut pun kita bagi, tapi lepas ini kita hanya beri kepada yang memerlukan sahaja seperti kenderaan awam, bot-bot kecil dan teksi.

"Hasil daripada penarikan balik subsidi ini, kita berjaya buat penjimatan sebanyak RM700 juta iaitu untuk lori dan bot," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemuda, Puteri UMNO sokong keputusan tidak naikkan RON95

Posted:

Pemuda, Puteri UMNO sokong keputusan tidak naikkan RON95

Pemuda, Puteri UMNO sokong keputusan tidak naikkan RON95

KUALA LUMPUR 25 Mei - Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO hari ini merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana membuat keputusan yang tepat untuk tidak menaikkan harga minyak RON95.

Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak tersebut membuktikan bahawa kerajaan mendengar suara rakyat terutama golongan muda di negara ini.

"Kerajaan telah membuat keputusan yang tepat. Keputusan tersebut juga amat bermakna kepada Pemuda UMNO di mana sebelum ini kami lantang menyuarakan bantahan kenaikan harga minyak itu.

"Kami yakin keputusan kerajaan ini telah melegakan hati seluruh rakyat Malaysia dan sedikit sebanyak dapat membantu mengelakkan kenaikan kos perbelanjaan harian mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khairy juga berharap harga tersebut akan terus kekal untuk satu jangka yang lama bagi mengelakkan rakyat menanggung beban akibat kenaikan harga minyak dari semasa ke semasa.

"Kami amat berharap kadar ini akan kekal buat satu tempoh yang lama kerana dengan keadaan inflasi yang tidak menentu, kami khuatir ia akan membebankan rakyat sekiranya harga minyak RON95 dinaikkan," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata, keputusan itu sejajar dengan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

"Keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak RON95 ini diharap akan terus mengekalkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Azizan tarik diri bertanding

Posted:

Azizan tarik diri bertanding

Azizan tarik diri bertanding

oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 25 Mei - Jumlah calon daripada golongan ulama yang akan bertanding jawatan penting dalam pemilihan Pas semakin berkurangan.

Ia berikutan keputusan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd.Razak hari ini untuk tidak bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden parti.

Sebelum ini, bagi jawatan Timbalan Presiden, Azizan dicalonkan bersama-sama dengan lima calon lain termasuk dua ulama iaitu Nasharudin Mat Isa yang mempertahankan jawatan dan Pesuruhjaya Pas Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Walaupun sebelum ini sudah ada ura-ura Azizan tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden namun harapan disandarkan kepada beliau untuk merebut jawatan Naib Presiden yang menyaksikan beliau dicalonkan bersama-sama 13 pemimpin lain.

Keputusan Azizan itu diumumkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Mohd. Helmi Mohd. Khalib dalam satu kenyataan di sini.

Mohd. Helmi berkata, penarikan diri Azizan itu dilakukan kerana merasakan beliau perlu memberi tumpuan dan perhatian kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah.

"Bagaimanapun, Azizan akan bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dalam muktamar kali ini.

"Azizan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pas kawasan yang telah mencalonkan beliau bagi dua jawatan berkenaan," katanya.

Azizan sebelum ini diletakkan sandaran menjadi salah seorang wakil ulama bagi jawatan Naib Presiden berikutan keputusan Tuan Ibrahim tidak mempertahankan jawatan berkenaan.

Penarikan diri Azizan menyebabkan golongan pro ulama bergantung kepada dua lagi calon yang masih belum menyatakan pendirian mereka akan bertanding atau tidak.

Dua calon berkenaan ialah Ketua Penerangan Pas pusat, Idris Ahmad dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah.

Setakat ini, dua calon daripada golongan profesional sudah menyatakan pendirian mereka untuk bertanding iaitu Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Calon-calon lain yang layak tetapi belum membuat keputusan ialah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub, Ketua Penerangan Pas Terengganu Nik Zawawi Nik Salleh dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli.

Dua calon yang memutuskan tidak akan bertanding walaupun mendapat pencalonan ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dan Pengerusi Biro Tanah dan Pembangunan Wilayah Pas Pusat, Mazlan Aliman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen